Parcel Untuk Dhia Dari Blogger Cici - Baru-baru ni, mummy balik dari ofis. Tengok atas meja dalam rumah ada 1 parcel untuk Dhia, terkejut ! Hehehe..fefeling mummy je ada parcel kat rumah. Sekali amek ! Anak ko pun ada parcel tau.

Parcel Untuk Dhia Dari Blogger Cici
Buka parcel, tengok-tengok ada cekak rambut. Tak ada notes apa-apa pun. Semak balik bahagian belakang envelope. Dari Cici, eh blogger Cici ke hantar parcel untuk Dhia? Allahu ! Terkejut sangat, kita !
Blogger Cici ni, ada beberapa kali mummy jumpa semasa event blogger. Tapi, tak sempat berborak sangat. Selalunya datang komen di Media Social je. Tu, je lah cara nak rapatkan silaturrahin pada waktu zaman sekarang ni.
![Parcel Untuk Dhia Dari Blogger Cici Parcel Untuk Dhia Dari Blogger Cici]()

Btw, Tq aunty Cici, moga aunty dan keluarga di murahkan rezeki selalu ya ! Cekak rambut H&M ni lawa sangat, Dhia suka bawa pi sekolah. Tiap hari bertukar cekak. Pandai aunty Cici pilihkan cekak Dhia. Kebetulan juga, Dhia tak ada cekak. Cekak lama Dhia abes patah dan hilang.
Korang nak kenal dengan blogger Cici? Korang boleh baca cerita beliau di http://mommycici.blogspot.com/
Korang nak kenal dengan blogger Cici? Korang boleh baca cerita beliau di http://mommycici.blogspot.com/