Masih mummy ingat lagi komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan ini dalam rancangan Akademi Fantasia. Dulu-dulu memang mummy suka tengok AF.
Beliau yang berumur 57 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi Jumaat di Hospital Selayang. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut tengah malam Khamis kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.
Alfatihah. Moga Allahyarham di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin