Esok birthday mummy. Yeay ! Bulan Ogos ini, bukan birthday mummy je...Ogos merupakan bulan hari jadi mummy dan Tok Abah. Juga ramai sahabat-sahabat blogger mummy yang jatuh pada bulan ini seperti KC, PCL, Irra, Bonde dan ramai lagi. Bila sampai masanya bulan hari jadi. Perkara utama kene ingat ialah untuk memperbaharui lesen memandu. Mummy selalu lupa juga untuk memperbaharui lesen memandu. Untuk elakkan keterlupaan. Mummy akan memperbaharui lesen memandu setiap 2 tahun.
Jangan Lupa Lesen Memandu Bila Tibanya Bulan Hari Jadi

Dah selamat memperbaharui lesen memandu...seperti biasa 2 tahun terus mummy perbaharui lesen memandu. Buat pada hujung minggu (Sabtu) di Pejabat Pos Tesco Kajang. Mudah dan cepat. Kebetulan tak ramai orang.