Quantcast
Channel: Bicara Mummy Azlinda Alin
Viewing all 2979 articles
Browse latest View live

HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

$
0
0
HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...entri kali ini kisah nebulizer Daim. Haha tak memasal kena pakai gara-gara RSV ni. Ramai kawan mumyy terkejut. Dorang ingatkan Daim kena attach Asma. Oh no ! Daim tak kena attach asma buat masa ni. Tapi, kalau tak di jaga boleh jadi asma lah ! Huhuhu


HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL


HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

Haaa..macam mana boleh bawa balik HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL ? 10 Februari 2020 Daim kena post hospitalization (follow up / check up selepas keluar wad) . Hat ni, bayar bil pakai duit sendiri dulu. Lepas tu, boleh claim ke AIA Insurance. Memang 100% AIA akan bayar. 

Kisah follow up ni, masa nak jumpa doktor Shariza, macam biasa Daim kena cek suhu. Masa ni, suhu Daim 38 huhu ! Lagi sekali mummy tak perasan. Tapi, perasan badan panas je lah. Sebab termometer masih kat kedai anta untuk dorang cek.

Doktor bagi ubat PCM (demam) dan minta pakai neb di rumah sebab kahak Daim masih ada (batuk kokol).

Masa ni, Daim tak masuk wad, mummy kena monitor suhu Daim selama 2 hari. Jika demam, kena bawa ke hospital lagi.


HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

Ubat neb Daim untuk 2 hari, sebab lagi 2 hari kena datang hospital balik..

Baca juga:

HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

untuk di campurkan dengan yang atas. setiap 6 jam ke pakai..weii jenuh jd nurse kat rumah huhu

HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

Oleh kerana nak kena monitor suhu demam Daim, belilah hat termometer macam klinik desa ha...hat tradisional. Sementara nak tunggu termometer lama tu kedai cek (ada warranty 3 tahun).

Hat termometer tepek kat dahi ini, harga RM8.90 je murah !

10 Februari 2020, suhu Daim 39 lepas balik hospital


HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL
Happy kakak dan abang...semua nak jadi nurse,,pakaikan neb Daim

HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

12 Februari 2020, sebelum jumpa doktor untuk follow up. Suhu turun ke 38 dah masa ni. Bagi PCM dan barulah ke appointment doktor.

12 Februari ni lah Daim kena tahan wad untuk kali ketiga ! Yes ke-3 uolsss.

Mummy dah berdebar masa ni, banyak kes meninggal sebab demam.

Dan keduanya, seram Guarantee Letter AIA (GL dari AIA) entah lepas ke idak ntah ni huhuhu

HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL


HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL

HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL ini mummy sewa dari hospital untuk 2 hari je. Sebab doktor advice 2 hari.

Kalau tak mahu sewa, boleh ke mana-mana klinik buat neb. Huhu. Kalau ke klinik duit lagi,kan. Baik sewa aje.

Harga sewa HOME CARE NEBULIZER DARI AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S SPECIALIST HOSPITAL untuk sehari ialah RM20 . Manakala deposit RM100 (akan dipulangkan kemudian)

So far, pengalaman mummy menggunakan nebulizer Philips Resporonics ini sangat bagus. Mudah pakai dan mudah simpan.

Kalau korang perlukan neb untuk anak korang, mummy cadangkan brand Philips ini. Highly recommeended.

Okay, berbalik kisah Daim admit kali ketiga ini, lepas ke idah GL dari AIA insurance? Ha..korang baca entri seterusnya lah ye !

3RD TIME DAIM WARDED AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL

$
0
0
3RD TIME DAIM WARDED AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL - Hai semua sambungan entri sebelum ini..Mummy ada bagitahu 10 Februari 2020 yang lepas Daim ada appointment follow up ( post hospitalization 2nd time warded). Apa jadi masa ni? Daim demam balik 38 darjah celcius huhu ! Doktor Shariza (Pakar kanak-kanak Avisena) minta mummy monitor suhu badan Daim dalam masa 2 hari. Jika Daim tak ok, kena bawa Daim ke hospital balik !

12 Februari 2020 demam Daim masih on off. Doktor pakar cek, tonsil Daim membengkak dan telinga pun merah. Infection lagi ! Apa lagi? Mask wad lah... Macam maan dengan GL insurance AIA kami? 

Okay..cerita pasal bilik hospital ni kan. Macam biasa, musim virus ni, hospital penuh saje. Tapi, rezeki Daim pada hari tu, ada bilik kosong. Cuma bilik belum ready sedang kemas (macam hotel daaaa..). Sementara tunggu proses GL dari AIA, mummy dapat kebenaran balik dulu.Okay Gl AIA proses dahula lah, sebelum masuk wad. Berdebar gaklah, lepas ke idak ini !

Mummy macam biasa balik rumah dulu. Ambil barang dan bawa barang. Oleh kerana hari sekolah, hari kerja..macam biasa, mummy handle sengsorang. Tok mak dan Dzal ikut juga petang tu. 

Malam nanti, atok datang ambil.

Samapi je kat rumah, GL AIA Insurance Daim approved. Alhamdulillah..boleh masuk wad. Bill hospital AIA bayar, tak payah pikir apa dah. Fikir duit untuk top up harga bilik aje lah.

Sebab mummy upgrade bilik single yang berharga RM230 semalam.

3RD TIME DAIM WARDED AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL




3RD TIME DAIM WARDED AVISENA WOMEN'S AND CHILDREN'S CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL macam biasa. Neb setiap 4 jam / 6 jam, ubat cair kahak, ubat titik telingan dan titik hidung. Manakala, ubat PCM stop sebab doktor nak tengok suhu badan Daim macam mana


Oleh kerana dah kali ketiga masuk wad, tapi mummy jarang up makanan hospital sini. So, kali ini mummy up lah ye. Ni breakfast Daim Nasi Goreng dan satay. Satay untuk Daim, manakala nasi goreng tu, mummy yang punyaaaa...

Air, memang amek jus je, sebab air panas, coffee, tea, milo memang dah di bekalkan dalam bilik (macam hotel lah jugakk)




alhamdulillah selera ada...


Nasi Ayam Hainan untuk lunch









warded 12 February 2020 - 14 February 2020

Ada hati nak makan sendiri...tak padan dengan sakit. Masa ni, mummy berdua je dengan Daim. Memang berkepit ajelah budak ini dengan mummy. Tak ada geng lain nak main dengan dia huhu.

Daim tidur, mummy pun sama tidur hehe. Mummy pulak boring.

Mujur hari ketiga dah keluar wad. Masa nak keluar tu, daddy datang singgah tolong kemas sket-sket. 

Sepanjang di wad, alhamdulillah demam Daim dah ok..Tapi doktor minta mummy continue neb atau pun inhaler. Jika nak gunakan inhaler, chamber kena beli sendiri sebab chamber inhaler tu hospital punya harga tinggi sket.

Chamber ini, insurance memang tak tanggung ye sebab dia barang. Bukan ubat ! So, hangan kata insurance ini menipu je kejenya hehe.

Bil hospital Daim ini, sebanyak 3 kali masuk wad, 2 kali follow up keluar wad dah lebih RM AIA Insurans bayar. Huhuhu. Kalau kata pakai duit sendiri.... mana nak cekauuuuu.

Mana kena top up sket-sket tu considered okaylah. Demi kesihatan anak, kita ni amanah Allah je !

Akhir sekali, terima kasih pada yang mendoakan Daim ye. Alhamdulillah sehingga hari ini, Daim tidak ada demam dah.

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

$
0
0
HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 - Ha, kemahen entri hari ini, kisah hari kekasih / Valentine's Day. Mahu ada yang ceramah mummy ni,kang ! Sabar korang ! Jangan ceramah dulu ye. Sememangnya kami tak sambut pun hari kekasih / Valentine's day ni. Sambut apo jadahnya dalam wad weiiii. Busy jaga Daim dan belah petang nak discharge dari hospital pulak ! Daim boleh keluar wad pada 5 petang 14 Februari 2020. Saje je ni, bagi tajuk blog gempak. Almaklumlah sejak Google buat apa ntah, teruk juga jatuh UV, PV blog mummy ni. 

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 mummy dapat 6 kuntum bunga ros. Sebenarnya, sepanjang kami kawan, kahwin memang tak pernah daddy bagi bunga. Katanya, membazir ! Mahal dan bukannya boleh makan pun. Mummy pun tak kisah pun, tapi mummy ni nakal juga. Suka ajuk..ajukkan daddy. Tak pernah bagi bunga :(

Amek ! Setelah 9 tahun, nah 6 kuntum bunga ros HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Kat hospital memang ada kedai bunga. So, daddy kat hospital je ni. Agaknya appreciated mummy jaga Daim sepanjang duduk dalam wad sebanyak 3 kali.

Mummy memang tak bagi daddy cuti, sayang cuti tu ha..Biarlah daddy berkorban kerja cari duit untuk keluarga mummy.

Mummy pula berkorban jaga Daim di hospital. Hidup ini memang kena give and take lah ! Nak bahagia. Jangan ada hasad atau nak berkira !

Haaaaa..dari mummy tak berkira tu lah dapat macam-macam hadiah dari daddy hehehehe. Terima kasih sayang !

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Balik je rumah, ada lagi surprise dalam bilik VICTORIA'S SECRET ! Allahu ! Banyaknya HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020 ni. Malu pulak rasa ! 

Hat ini, memang mummy tak pernah meminta, sebab kami ada banyak stok body perfume, hand sanitizer Bath & Body Works (stok jual). Kalau rasa nak pakai, boleh je beli dari kedai sendiri hehe.

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Perfume, body mist, losyen dan lip gloss lengkap. Macam hantaran kahwin pulak hahaha. Perfume, body mist dan losyen semua dari bauan Victoria's Secret Bombshell

HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020


HADIAH VALENTINE'S DARI HUSBAND 14 FEBRUARY 2020

Lengkap dengan pouch lak tu....OMG mummy suka sangat. Tak pernah ada dalam wishlist.. Tetiba dapat depan mata. 

Rezeki yang tak di sangka !

Moga Allah berikan rezeki yang tak di sangka-sangka juga buat suamiku...ameeennnnn..

Mummy tak bagi daddy apa-apa ke hari kekasih ini. Haaa..sebenarnya, memang kebetulan sangatlah. 

Last month kitorang ada singga butik Coach di Johor Premium Outlet. Ingatkan saje nak belanja daddy wallet. Since beliau kata walletnya dah buruk.

Tapi, daddy kata harga macam mahal. Baik beli dengan PS kitorg je.

So, mummy order kat PS mummy untuk wallet coach daddy.

Tup..tup..tup wallet Coach tu sampai ngam-ngam 14 Februari...kekdahnya hari tukar-tukar hadiah gamaknya hehehehe

NAK DERMA SUMBANGAN BARANGAN TERPAKAI? ARACARE ADA!

$
0
0
NAK DERMA SUMBANGAN BARANGAN TERPAKAI? ARACARE ADAAssalamualaikum dan salam sejahtera.. Ada kala kita ni, nak menderma RM, tapi tak berapa banyak boleh nak di sumbangkan. Tapi, jika kita boleh sumbangkan barangan terpakai yang masih elok. Tentunya, ramai yang boleh sumbangkan dengan lebih. Betul, tak? Setuju, tak? 


NAK DERMA SUMBANGAN BARANGAN TERPAKAI? ARACARE ADA


Berbalik kisah sumbangan dan derma ni, mummy berbesar hati untuk share di blog kali ini. Lama tak share benda-benda kebajikan NGO. Sebenarnya, memang mummy nak perbanyakkan aktiviti kebajikan tahun ini sehingga tahun mendatang. Bukan lah, nak jadi orang yang acah-acah baik. Tapi, dah umur semakin senja ni, takkan nak kumpul duit adsense je kan. Hahaha. 

Jualan Kasih Sayang Aracare kembali lagi 💕 Kalau korang nak tahu NGO ARACARE sedang di dalam proses  pengumpulan barangan

1. Preloved ( barangan terpakai ) bagi JUMBLE SALES 

2.Pada 8 MAC 2020 bagi mengutip dana utk tabung mereka 

Sesiapa yang berminat nak berikan barangan preloved (terpakai) seperti :

 1. barangan seperti pakaian ( lelaki, wanita dan kanak2)
2. Permainan kanak-kanak 
3. bahan bacaan.

Mummy pasti, ramai di antara kita yang sedang kumpul barangan yang elok. Tapi, tk tahu nak sedekahkan atau saluran ke mana. 


Aracare sebuah badan NGO ini, sentiasa membuat aktiviti kebajikan. Mereka bukan sebulan dua melakukan projek seperti ini, ye. Sebenarnya, sudah bertahun-tahun lamanya. 

Mereka berasal dari aktiviti keluarga dan kenalan rapat sahaja. 

Sehingga kini, beberapa buah sekolah telah memanggil pihak Aracare untuk bekerjasama

Berminat untuk join sedekah 'tanpa duit' hanya dengan barangan terpakai.

Hubungi Aracare atau boleh tanya mummy personal utk nombor person in charge. 

Sebahagian barangan yg telah dikumpulkan juga akan di sedekahkan pada komuniti rohingnya di kawasan Puchong dan Subang Bestari

Sekiranya anda berada di sekitar Selangor/ KUALA Lumpur

Pengambilan barangan, pihak Aracare boleh diuruskan..☺

Selanjutnya, boleh layari ke :

#aracare #ngo #charity #derma

Bagaimana melindungi tali sawat atau timing belt kereta anda supaya tahan lama?

$
0
0
Hai ..Assalamualaikum semua. Siapa yang memandu kereta atau van? Mummy dah lama memandu kereta, tapi selalu pening bab timing belt. Ada masa, malas nak layan. Biar laki ku sahaja yang layan hahaha. Oh ya, alang-alang bercerita tentang timing belt ini, Bagaimana korang melindungi tali sawat atau timing belt kereta anda supaya tahan lama? 

Ada setengah workshop kata setiap 3-4 tahun tukar je timing belt tu. Nak paling bagus, tukar setiap 2 tahun. Perghhhh...

Bagaimana melindungi tali sawat atau timing belt kereta anda supaya tahan lama?




Ada yang tak tahu apakah itu timing belt? apakah itu tali sawat ? dan kenapa ia begitu penting bagi enjin kereta korang ? 

Pada dasarnya ia adalah tali - biasanya getah dengan gentian tegangan tinggi - yang menyelaraskan gerakan putaran aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft) di dalam enjin supaya injap terbuka dan ditutup pada waktu yang tepat semasa pengambilan setiap silinder dan lejang keluaran (strok ekzos), agar enjin kenderaan boleh bergerak. 

Dengan kata lainnya, tali sawat dapat memastikan aci engkol dan aci sesondol dalam enjin kereta berfungsi dengan baik. 

Ini adalah bahagian yang rumit dalam enjin, jika tali sawat rosak, enjin tidak akan berfungsi lagi. Sebenarnya ini adalah senario kes terbaik. 

Bagi sesetengah enjin, satu atau lebih injap mungkin akan tersekat apabila tali sawat putus, sementara piston akan bergerak ke atas dengan kuat, menembusi injap terbuka. 


Oleh itu, enjin anda mungkin akan mengalami beberapa injap dan piston yang pecah. Lebih buruk lagi ialah enjin mungkin rosak sama sekali. Ini berlaku jika injap dan rod menekan penutup enjin, manakala piston boleh pecah kerana aci engkol bengkok dan patah. 

Semua ini, boleh mengakibatkan kesan buruk dan membebankan jika tali sawat rosak. Disebabkan itulah, pemilik kereta disyorkan untuk menukar tali sawat mereka pada selang masa yang tetap bagi mengelakkan kerosakan dan kemerosotan. 

Memandangkan penukaran tali sawat tidak dapat dielakkan, terdapat cara untuk melindunginya supaya ia boleh tahan lebih lama, sehingga mengurangkan keperluan penggantian yang kerap. Perkara paling penting dalam kehidupan, kuncinya adalah penyelenggaraan. 




Untuk tali sawat, sebenarnya hanya memerlukan beberapa semburan WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing. Ia menembusi gentian tali sawat untuk memberi kelenturan dan fleksibiliti, serta membantu mengelakkan ia berbunyi dan mudah tergelincir. 

Untuk menggunakannya, hidupkan enjin terlebih dahulu. Kemudian ambil botol WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing bersama straw kuning yang tersedia dan goncang sebelum menyembur produk ini secara perlahan pada permukaan dalam tali sawat - berdekatan takal terkecil atau paling tinggi. Elakkan menyembur secara terus ke arah takal. 

Kemudian, biarkan enjin hidup beberapa minit supaya set terbabit dapat dibersihkan. Penyelesaian ini boleh diulang semula jika perlu. 

Langkah mudah ini adalah cara yang diperlukan untuk memastikan tali sawat anda tahan lebih lama. 




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan produk pakar penyelesaian automotif, boleh melayari https://wd40.asia/

MENGENAI SYARIKAT WD-40® 

Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu 

ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive 

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.


Tun Dr. Mahathir Meletakkan Jawatan Perdana Menteri ke-7

$
0
0
Tun Dr. Mahathir Meletakkan Jawatan Perdana Menteri ke-7 hari ini -  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. dari semalam kita di gemparkan dengan berita politik, ada yang kata pembubaran parti, ada juga berita desas desus Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Huhu mummy tak berani kongsiakan berita yang tak benar. Sehinggalah petang tadi , mummy terbaca di page FB Tun M. Tun Dr. Mahathir mengumumkan secara rasminya peletakkan jawatannya.


Tun Dr. Mahathir Meletakkan Jawatan Perdana Menteri ke-7 




Mummy nak kata terkejut tu, tidaklah. Cuma masih tertanya-tanya kenapa dan apa akan terjadi selepas ini.

Paling berdebar nak tunggu kesudahannya lah.

Lain macam politik Malaysia kali ini, mummy yakin akan datang pastinya lebih mencabar.

Ramai ahli bijak pandai ada di Malaysia. Maka, di situ ada cabaran tersendiri.

Apapun cabaran,marilah kita hadapinya dengan tenang dan doakan kesejahteraan Malaysia dan umat Islam terjaga di muka bumi ini. Amin....

12 Ribu Lebih Jawatan Kosong Di KerjaKosong.Co Jom Cari Kerja !

$
0
0

12 Ribu Lebih Jawatan Kosong Di KerjaKosong.Co Jom Cari Kerja ! - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Tengah bekerja ke tu? atau korang sedang mencari kerja? Pertama sekali mummy nak ucapkan tahniah pada beberapa orang kawan mummy yang dapat better offer dari kerja sebelumnya. Biasalahkan, bila dah berumur dan banyak pengalaman. Pastinya kita akan bertukar career. Sama ada pilihan kita untuk bekerja di tempat yang lebih mencabar atau lebih relax. 

Bagi yang belum ada pengalaman kerja, korang jangan risau ye ! Peluang pekerjaan masih banyak di luar sana? Tak percaya? Jom baca sampai habis, mummy akan kongsikan dengan pembaca blog mummy.

12 Ribu Lebih Jawatan Kosong Di KerjaKosong.Co Jom Cari Kerja !




12,959 Jawatan Kosong Di KerjaKosong.Co Jom Cari Kerja




Tahukah anda Malaysia mempunyai lebih daripada 700,000 orang penganggur yang mencari jawatan kosong 2020 ? Kadar pengagguran kian meningkat gara-gara gaji yang ditawarkan rendah dan skop kerja tidak sesuai. Ha...taku? Jangan takut........

Sebenarnya banyak jawatan kosong yang ada di Malaysia sama ada popular atau tidak. Antara jawatan yang kerap dicari termasuk jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp.

Jawatan-jawatan kosong ini antara paling ramai orang cari dan orang minat. Mungkin kerjanya menarik dan gajinya setimpal dengan pekerjaan. Mungkin juga ada yang minat untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengira gaji.

Bagi korang yang mahu cari jawatan kosong , mummy suka belek jawatan kosong ini di portal KerjaKosong.Co <-memang banyak jawatan kosong yang kita boleh cuba dapatkan di website ini. Ada pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan dan juga jawatan kosong swasta di portal ini. Kiranya, one stop center je ! 

12,959 Jawatan Kosong Di KerjaKosong.Co Jom Cari Kerja

Pencarian kerja korang akan lebih mudah dengan adanya laman web ini. Laman web ini memberikan info-info kerja kosong yang terbaru, tepat , dan berserta tips mudah dapat kerja. Sama ada kerja kosong dari sektor kerajaan mahupun kerja kosong dari sektor swasta.

Bagi mereka yang selalu search google mencari laman web pekerjaan, anda mungkin akan mengalami sedikit bengang dan kecewa kerana terlalu banyak laman web yang pelik-pelik yang "kononnya" memaparkan jawatan kosong yang terkini, padahal jawatan tersebut tidak wujud atau sudah tamat tarikh permohonan.

Jadi kalau tak nak pening, pastikan hanya semak jawatan kosong di laman web KerjaKosong.Co sahaja ye! Jangan lupa bookmark portal kerja kosong ini dan selalu check setiap hari.

Mudah tak nak dapatkan info dan senarai  jawatan kosong 2020? Mudah je, kan !


Mummy harap, sharing mummy ini akan dapat memberikan manfaat buat semua yang sedang job hunting. All the best dan sekali lagi mummy ingatkan korang. Bukalah portal rasmi dengan kerap jika korang ingin dapatkan kerja. Usaha tangga kejayaan gituuuu.


EPHYRA PLUS MEMBANTU MUMMY UNTUK KEKAL CANTIK DAN SIHAT

$
0
0
EPHYRA PLUS MEMBANTU MUMMY UNTUK KEKAL CANTIK DAN SIHAT - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Sihat ke tu? Mummy ? Mummy alhamdulillah sihat , cuma anak je lah... beberapa minggu yang lalu, tak sihat ! Apa..mummmy tak nampak penat? Huhuhu penat wei, 3 kali Daim keluar masuk wad. Alhamdulillah, sekarang Daim dah sihat. Dah ceria ! Eh, masa sakit pun ceria jugak hehe . 

EPHYRA PLUS MEMBANTU MUMMY UNTUK KEKAL CANTIK DAN SIHAT


Di pendekkan cerita, masa Daim masuk wad tu, punyalah mummy risau. Almaklumlahkan, hospital pun ada macam-macam virus. Dengan sekarang ni Influenza, Coronavirus dan memacam lagi. Bila imunisasi badan lemah, dan kita tak cukup rehat. Kita yang menjaga orang sakit ini pun, ada high risk juga ! So, mummy memang tak berenggang tau dengan EPHYRA PLUS MEMBANTU MUMMY UNTUK KEKAL CANTIK DAN SIHAT


MINUMAN EPYRA PLUS DARI SERBUK JUS NANAS MUMMY UNTUK CANTIK DAN SIHAT

Apo, bawa Ephyra Plus ke hospital ke? Iya ! Selfie sekejaplah dalam wad. Kang korang tak percaya pulak..hehehe. Sekarang , korang percaya tak mummy minum EPHYRA PLUS MEMBANTU MUMMY UNTUK KEKAL CANTIK DAN SIHAT di hospital? 

Hehe Haruslah percaya, kan?


Waktu pagi, selepas Daim tidur. Mummy ambil quick breakfast dengan minum EPHYRA PLUS MEMBANTU MUMMY UNTUK KEKAL CANTIK DAN SIHAT Biasalah budak tengah tak sihat tu, kita pun tak dapat rehat sangat.

Kejap-kejap Daim terjaga,
Ada masa, Daim nangis..   tak bagi mummy jauh dari dia. Jadi, nak breakfast pun kena lelaju.

Nak selamat, breakfast dengan Ephyra Plus lah dulu.

CARA MINUM EPHYRA PLUS



Memang mudah breaakfast dengan ephyra Plus ini, dalam 3 minit siap !. Macam mana cara minum Ephyra Plus? Oh senang sahaja. Korang ikut je langkah-langkah ini :-

1. Koyakkan 1 sachet ephyra Plus



2. Tuangkan ke dalam shaker Ephyra Plus


3. Isikan 150 ml air masak putih suam / sejuk. Jangan tuangkan air panas ye. Nanti hilang zat-zat yang ada dalam Ephyra Plus ini.


4. Goncangkan sehingga serbuk ephyra Plus larut .


5. Siaap...jommmm minum !

Ephyra ini, sesuai di minum sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur. Mummy suka buat breakfast sebab nak kenyang dan nak kan tenaga yang berpanjangan. . Mummy minum time perut kosong supaya badan lebih cepat menyerap segala nutrisi dan ia dapat mempercepatkan tempoh tindak balas.

Sedap tau rasa minuman Ephyra Plus ini, tak masam, tak berapa manis. Lepas minum mummy rasa fresh sangat, sedap tau. Rasa nak minum sehari dua tiga kali. Hihi. Tapi yang disarankan minum 1-2 kali sehari je. Yang penting.... banyak khasiatnya. 

Siapa yang boleh minum Ephyra Plus ni? Ada yang tanya mummy, perempuan je ke boleh minum Ephyra Plus ni? Jawapannya, Ephyra Plus boleh diambil oleh lelaki dan wanita yang berumur seawal 20an sehingga 50an. Amat sesuai bagi korang yang mempunyai gaya hidup yang sibuk mcm mummy. Mummy pun recommend untuk ibu-ibu yang mengandung, berpantang dan menyusu untuk try minum Ephyra Plus ni. Boleh kata ramai yang berpuas hati tau. Bagi ibu mengandung, berpantang dan menyusu juga boleh mengambilnya. Bonus point, untuk korang yang menghadapi masalah kulit jerawat, jeragat, kulit kusam dan lain-lain pun untuk try. Nak tahu lagi detail tak apa kelebihan Ephyra Plus ni? tak? 

Ha..jom baca sampai habis




KELEBIHAN EPHYRA COLLAGEN PLUS


Kelebihan minuman Ephyra Plus ini sama sahaja seperti Ephyra premium sebelum ini. Bahan kandungannya sama sahaja. Yang membezakannya Ephyra Plus kali ini ditambah dengan L-Cystein iaitu agen utama untuk anti-penuaan dan juga anti-oksida

2



Bagi mummy, 2 bahan utama dalam Ephyra Plus ini yang agak istimewa :-


1 ) L-Cystein membantu tubuh meningkatkan penghasilan Glutathione semulajadi dalam badan. L-Cystein digabungkan dengan Vitamin C dalam EPHYRA menjadikan ia sangat bagus untuk mencerahkan kulit, merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat,kulit kusam, tona tidak sekata

Serta meningkatkan metabolism badan dan memberikan tenaga yang konsisten

2 )  Glutathione dalam badan berfungsi untuk melawan radikal bebas. Glutathione juga berperanan untuk kecerahan kulit. Tinggi kandungan Glutathione, makin cerah kulit kita.



Antara bahan lain seperti Astaxantin, Gam Akasia, Salmon Ovari Peptide, Serbuk Tomato, Marigold Extract, Acerolla Cherry, Superberry ( Cranberry extract, Bilberry Extract ), Acai Berry dan juga Kolagen Ikan Laut Dalam. 

Di mana setiap bahan-bahan ni mempunyai peranan masing-masing bagi membantu sistem badan dan hormon kita menjadi lebih teratur, dan yang paling best ia membantu menyahkan toksik-toksik dalam badan supaya badan lebih segar dan bertenaga. Ni lah asbab Mummy sentiasa aktif je walaupun asyik ke sana ke sini.

MUMMY PUAS HATI !


Sejujurnya, testimoni Ephyra plus yang mummy dah minum hampir 2 kotak. Alhamdulillah, kesihatan mummy sangat bagus. Walau berkali-kali ke hospital check up anak, follow up anak, anak masuk wad.

Bukan tu sahaja, mummy pun kerap travel. Minum Ephyra memang tak sempat nak rasa letih !  Even mummy busy dengan macam-macam hal, tapi mummy still aktif tau! Bangun pagi pun tak rasa lesu atau tak bermaya.

Kulit pun tak kusam, tak cukup rehat pun maintain macam biasa ! Glowing dan tetap cantik..eh, puji diri sendiri pulak ! Actually, Mummy nak bagi tahu yang mummy sangat puas hati dengan kesan yang Ephyra Plus bagi kepada kulit mummy. Slowly but surely, kena yakin dan istiqamah baru lah dapat apa yang kita nak.

Tu dari testimoni mummy. Testimoni orang lain pun ada juga :- 

Testimoni Ephyra Plus - Kulit tak kering

Testimoni Ephyra Plus - Pelawasan lancar



Ephyra Plus diklafikasikan sebagai makanan tambahan dan mendapat kelulusan KKM, mempunyai SIJIL HALAL JAKIM dan menerima award Super Health Brand 2016-2018. 


Harga Ephyra Plus kali ini lebih murah RM88 je untuk 15 sachets. Kalau Ephyra sebelum ini (Ephyra premium) ada 30 sachets. Besar dan susah nak bawa travel. Pek ephyra Plus sekarang kecil mudah mummy nak bawa ketika berjalan atau pun bercuti.

Kalau korang nak try, pun mudah. Boleh beli sedikit, berbanding sebelum ini. Kena beli 30 sachets terus. Walaupun sachet Ephyra Plus lebih kecil berbanding dengan Ephyra Premium tapi kandungan serbuk tetap sama dan tak dikurangkan (15g).

Korang yang sedang dalam pantang, menyusu anak, mak-mak yang sibuk berkerjaya, mak-mak yang ada anak jangan lupa mengambil Ephyra ini. 

Belum berkahwin ? Ha...pun WAJIB mengambil Ephyra ini untuk kesihatan dalaman. 

Macam mana nak dapatkannya? Untuk pembelian dan keterangan lanjut. Korang boleh hubungi nombor yang tertera di bawah ye !


Whatsapp : 0341417889 / 0197521665



HUGGIES SALES DI SHOPEE!

$
0
0
Calling Mums & Dads: More Huggies for Your Baby

Calling all mums and dads, it’s time to stock up on Huggies diapers for your little ones. Huggies diapers are designed to keep your baby comfortable and protected at all times. Here’s a piece of awesome news: Huggies is having their Super Brand Day on Shopee this weekend! From 28 February to 2 March, find the best deals from your favourite brands Huggies, Kleenex, Scott and Kotex and save up to 50% on products such as diapers, baby wet wipes, tissue, kitchen towel and many more on Huggies / Kleenex by Kimberly-Clark Official Store on Shopee. 


HUGGIES SALES DI SHOPEE! 

I
Exciting offers to look out for include:

  

Two is better than one, stretch your Ringgit further and save more when you purchase in a bundle:

That’s not all! On top of the exclusive offers and promos, on 28 February and 2 March, apply SBDHUG04to enjoy up to 15% off your cart while on 29 February and 1 March, apply SBDHUG03to receive 12% off your favourite products from the Huggies Official Store. Customers can look forward to the Huggies Super Brand Day on 2 March to enjoy even lower prices during Shocking Sale throughout the day. The Huggies Super Brand Day is in conjunction with the Shopee 3.3 Mega Sale happening from now until 3 March. Shopee users can look out for products with a price cut as high as 50% during Shocking Sale, while 50% discount vouchers are up for grabs. 
To check out Huggies Super Brand Day’s exciting offers and deals, please visithttps://shopee.com.my/huggies.os
To apply voucher: 
  1. Select your desired products from the Huggies Official Store and add to cart.

  2. At the Shopping Cart, look for Huggies Official Store selection and click “Get Voucher” to claim discount vouchers.

  3. Upon check out at the Voucher section, click on “Use voucher or enter code”. Select your desired voucher or key in the voucher code.

  4. Proceed to check out and pay.

DAY 2 : BERCUTI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI

$
0
0
DAY 2 BERCUTI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ajommm kita sambung balik kisah percutian kami di Pulau Tioman Berjaya Resort Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam. Untuk cerita tentang percutian kami pada hari pertama, korang boleh baca di SINI ye ! Bagi yang ada ikuti mummy di Facebook dan Instagram mummy ...korang pasti dah dapat melihat gambar teaser terlebih dahulu.

Oleh kerana aktiviti seperti menunggang ATV, berkelah, mandi di swimming pool Tioman Berjaya Resort telah kami lakukan pada hari pertama. Aktiviti selebihnya pula, kami beraktiviti pada hari kedua.


DAY 2 BERCUTI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI





DAY 2 : BERCUTI DI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN SNORKELING, MAKAN-MAKAN, INDOOR GAMES DAN LAYAN SUNSET TEPI PANTAI. Ye ada beberapa wish lists je kami nak kena perabihkan hari kedua ini di Tioman....sebelum pulang ke rumah pada hari ketiga. Huhuhu sekejap je masa berlalu, tak puas holidays layan vitamin sea !

Seperti biasa hari kedua ni, wajiblah siapkan diri di bilik mandi, siapkan anak-anak dan siapkan laki ops haha.

Kami memilih memakai baju putih semalam aje. Sebab dalam tu ada baju mandi sebenarnya (swimming suit). So, nak pergi breakfast takkan nak [akai swimming suit pulak kan hehe.

mummy memilih light food


bubur, tak nak bagi perut full sangat sebab nak naik bot





Ni lah, part paling best kalau bercuti ! Mummy dapat gantung kualiiii. Lepas tu, breakfast secara buffet di Berjaya Tioman ini, best ! Banyak pilihan tau. Anak-anak kami, memasing memilih dapat memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Happy sangat depa !

SNORKELING DI PULAU RENGGIS TIOMAN !



Selesai breakfast di Matahari Restaurant Berjaya Tioman, kami terus ke lobi hotel untuk menunggu bas kecil yang akan membawa kami ke Sea Sports Berjaya Tioman. Di sini, kami akan naik jeti ke Pulau Renggis.

Fuh, nampak macam jauh aje kan Pulau Renggis Tioman tu? Padahal tak jaug dari Berjaya Tioman Resort je. 


Daddy menyiapkan anak-anak

Dah ready for snorkeling

Jeti Berjaya Tioman , untuk naik bot ke Pulau Renggis Tioman


Dalam 10 minit macam tu je ke Pulau Renggis. Masa ini, waktu pagi air nak surut . So, arus agak kuat juga masa ni. Alhamdulillah mummy tak mabuk laut.

Dhia, daddy , Dzal turun sekejap je snorkeling. Budak-budak tu takut. Daddy pulak, badan dia macam tertarik (sakit) . So, kito rang tak berapa nak layan snorkeling. 

Mummy macam biasa, jaga Daim. Kalau mummy turun memang Daim nangislah nak ikut nanti.


Pulau Renggis ini, di khaskan untuk snorkeling

Jernih air laut, tenang je melihat keindahannya !



Layan ikan makan pulak.

Ni pun best juga hehe. Nampak macam-macam spesis ikan ada. Snorkeling dari bot je lah nampaknya hehehe





Habis snorkeling, sebelum bot nak bergerak. Macam biasalah, kita posing sat !

Nampak pokok hijau tu? Tulah Pulau Renggis !



Settle snorkeling, layan anak main pasir pulak. Seronok depa dapat green light main pasir hehehe. kalau kat rumah, jangan harap nak dapat main pasir ,kan ! Pakej snorkeling di Berjaya Tioman Resort ini tak mahal sangat dalam RM30 tak silap mummy. Sebab ianya di khaskan untuk tetamu yang menginap di Berjaya Tioman sahaja.

LUNCH DI MATAHARI RESTAURANT, BERJAYA TIOMAN


Selesai ber snorkeling, kami terus balik ke bilik hotel kami. Untuk mandi dan siapkan diri untuk makan tengah hari di Matahari Restaurant Berjaya Tioman Resort pulak.

Lunch kami di Matahari Restaurant Berjaya Tioman Resort adalah secara buffet.



Daim macam biasa, makan kek, pastry aje lah dia tu ha !


Dhia ni, sejak sekolah pandai makan nasi dan bertambah kadang-kadang tu


Tak done habis makan, tidur dah si kenit ni hehe




Rehatkan diri sebentar di lobi, sebelum acara main indoor games !

INDOOR GAMES DI BERJAYA TIOMAN !



Yeayyy dah sampai ke games room. Games room Berjaya Tioman Resort ini berada dalam Berjaya sahaja. Tak jauh dari lobi !

Daddy dan anak-anak main snooker.

hat ini, tak main sebab anak-anak tak sampai.

Daim dah bangun, sibuk nak main jugak hehe

daddy main video games dengan Dzal, tentunya daddy lah menang kan



Token ada banyak lagi, sambung lagi main snooker. Entah berapa round ntah hehehe. Belasah je lah !

LAYAN SUNSET DI BERJAYA TIOMAN RESORT


Sebelah petang pula, kids ajak tengok sunset. Ye lah, dah menghampiri last day kan. Wajib lah layan sunset di tepi resort kami ! 

Semalamnya dah layan sunset ketika naik ATV.

Dhia dan Dzal seronok berlari di tepian pantai, pantai BERJAYA Tioman Resort ini gak tenang dan tak crowded. So, tak risau sangat anak main di tepian pantai !


Cuma kami tak mandi je laut petang tu. Hampir ke Maghrib kan. Tak elok sangat dah time gitu. Mummy pun limitkan masa , hanya boleh nikmati sunset sebelum 7.15 petang sahaja.



Allahu cantiknya, keindahan Allah ciptakan !

DINNER DI MATAHARI RESTAURANT BERJAYA TIOMAN RESORT


Sebelah malam, bertemakan hitam kuning, kami dinner di Matahari Restaurant sahaja !


Makan secara buffet juga !







Oleh kerana jatuh pada hari TAHUN BARU CINA, ada yee sang, kuih tart, mazola hotel sediakan. Perghhh ! Terasa seperti berya di perantauan pulak hahaha


Selesai day 2 kami, esok harinya merupakan hari ketiga. Hari terakhir kami di BERJAYA Tioman Resort. Sobssssss...

ITINERARY KAMI DAY 2 : BERCUTI BERJAYA RESORT PULAU TIOMAN 


9 .00 am : Breakfast
10.30 am: Ke Sea Sports
11.30 am : Snorkeling
1 pm : Selesai naik jeti
1.15 pm : balik bilik
2 pm : lunch
3.30 pm : Main games (indoor)
4.30 pm : balik bilik dan berehat
6.30 pm : Nikmati sunset
8.00 pm : Dinner



Atas ini, mummy rumuskan masa dan aktiviti kami . Mana nak nak ke Berjaya Tioman . Korang boleh ikut itenarary kami ni. Tapi, nak arrange masa sendiri pun boleh juga !



3 SYAMPU SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK PILIHAN MUMMY

$
0
0
3 SYAMPU SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK PILIHAN MUMMY - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Tadaaaa..memperkenalkan syampu terbaharu yang mummy dan sekeluarga sedang pakai iaitu SYAMPU SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK . Mummy memilih produk SAFI Shayla Botanical Silk setiap masa tak kira di rumah mahu pun ketika berjalan atau bercuti kerana SAFI Shayla Botanical Silk ini banyak kelebihannya terutama pada yang bertudung macam mummy. Tak bertudung pun boleh pakai juga. Seisi keluarga boleh pakai sebenarnya.


3 SYAMPU SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK PILIHAN MUMMY




SYAMPU SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK memang sangat sangat sesuai untuk yang bertudung seperti yang tertulis di botol SYAMPU SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK - HIJAB HAIRCARE EXPERT . Selain ianya sesuai untuk mummy yang bertudung. Kenapa dan apa sebab lain mummy sukakan SAFI Shayla Botanical Silk ini? ha....banyak kelebihannya tau ! 

Antara kelebihan SYAMPU SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK  :-

💋 Wangi : bau wanginya boleh bertahan sehingga 48 jam 😍. Walaupun bertudung seharian, rambut tetap wangi... tak adalah spoil percutian  kami sekeluarga. Seharian berjalan sana sini 😊 penuh dengan confidence aje.

Bila nak keluar appointment jumpa client pun mummy lebih confident sekarang hehehe.


💋 Keduanya, mummy suka dengan kandungan bahan Safi Shayla Botanical Silk ni. 0‰ paraben, 100‰ dari Botanical, tiada bahan merbahaya : No SLS, No Colorants, No Alcohol, No animal testing

💋 Ada 3 pilihan variasi yang memang mummy sangat perlukan iaitu Hair Fall Rescue (rambut gugur), Silky Sheen Care (rambut licin dan terurus) dan Intense Nourishment (menjaga kelembapan rambut)

Jom kita lihat kebaikan setiap satu darinya .....


Safi Shayla Botanical Silk SILKY SHEEN CARE



Safi Shayla Botanical Silk SILKY SHEEN CARE amat sesuai untuk rambut kering dan kusam. Ianya di lengkapi dengan argan oil, Organik Habatussauda dan minyak bunga ros. 

Safi Shayla Botanical Silk SILKY SHEEN CARE dapat melembutkan rambut dan melembabkan rambut secara semulajadi.

Hasilnya....Rambut lebih beralun dan mudah di urus


Safi Shayla Botanical Silk HAIR FALL RESCUE 



Safi Shayla Botanical Silk HAIR FALL RESCUE pula sesuai untuk individu yang mempunyai rambut kering dan rapuh. Rambut mummy lah tu !

Safi Shayla Botanical Silk HAIR FALL RESCUE ini, di lengkapi dengan argan oil, Organik Habatussauda dan minyak bunga matahari

Membantu mengunci kelembapan rambut, menguatkan rambut


Safi Shayla Botanical Silk INTENSE NOURISHMENT




Safi Shayla Botanical Silk INTENSE NOURISHMENT sesuai untuk rambut kering dan kasar.

Safi Shayla Botanical Silk INTENSE NOURISHMENT di lengkapi dengan argan oil, Organik Habatussauda dan minyak chamomile

Menyihatkan rambut, menenangkan dan menyuburkan rambut



Alhamdulillah ketiga-tiganya mummy dah cuba. Ikut kesesuaian pada rambaut mummy. Yang pastinya, rambut mummy adalah rambut yang sedikit kering. So, tersangatlah sesuai untuk menggunakan Syampu Safi Shayla Botanical Silk ini.



Mummy siap bawa pi travel tau. Biasalah, bila travel ni. Kita akan banyak habiskan masa outdoor. Peluh-peluh tu, boleh membuatkan rambut dalam tudung menjadi masam dan kita kurang selesa. Ha...masa ni lah mummy akan menggunakan syampu Safi Shayla Botanical Silk without fail !

Bagi yang nak dapatkan Safi Shayla Botanical Silk ini, boleh dapatkan di pasaraya besar, online seperti Lazada, Shopee, Watsons online dan banyak lagi.

Harga mampu milik RM20.90 sahaja 💋

Selanjutnya, boleh layari ke www.safi.com.my

#safimalaysia #safibotanicalsilk #rushmedia #gengkotakhitam

SEDIH SAYU VIDEO LAGU CINTA SEJATI BUNGA CITRA LESTARI

$
0
0
SEDIH SAYU VIDEO LAGU CINTA SEJATI BUNGA CITRA LESTARI - Hai Assalamualaikum semua ! Beberapa hari lepas, mummy tertonton video konsert Bunga Citra Lestari (BCL) yang bertajuk CINTA SEJATI video yang kawan-kawan mummy share di media sosial. Allahu sedihnya, bila tengok Bunga Citra Lestari (BCL) tak mampu menyanyi di sebabkan kesedihan. Bertambah sayu mummy, apabila peminat Bunga Citra Lestari (BCL) juga turut sedih dan bantu menyanyi bersama-sama Bunga Citra Lestari (BCL). Mummy memang dari dulu peminat Bunga Cinta Lestari (BCL) & arwah suami beliau.

SEDIH SAYU VIDEO LAGU CINTA SEJATI BUNGA CITRA LESTARI 



Suka tengok kehidupan mereka suami isteri, sifat romantik mereka sekeluarga. Sehinggakan video WANITA TERBAHAGIA menjadi sumber inspirasi mummy sekeluarga .

Berbalik video Bunga Citra Lestari lagu CINTA SEJATI tu. Mummy as usual, bila dah suka. Cepat cepat cari liriknya, lebih feel dengan lirik sambil tengok video. Pasti NANGIS ! hahaha

jom layannnnn

LIRIK LAGU CINTA SEJATI - BUNGA CITRA LESTARI 


Manakala hati menggeliat mengusik renungan
Mengulang kenangan saat cinta menemui cinta
Suara sang malam dan siang seakan berlagu
Dapat aku dengar rindumu memanggil namaku
Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian

Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatiku
Sukmaku berteriak menegaskan kucinta padamu
Terima kasih pada Mahacinta menyatukan kita

Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian

Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh sukacita
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu
Cinta kita sejati

Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarah
Menggelarkan cerita penuh…

Mummy doakan BCL terus kuat ! 

GIFTS UNTUK BIRTHDAY DHIA, FRIDGE MAGNET UNTUK GAMBAR TRAVEL KAMI

$
0
0
GIFTS UNTUK BIRTHDAY DHIA, FRIDGE MAGNET UNTUK GAMBAR TRAVEL KAMI DAN MUG UNTUK WEDDING ADIK ANGKAT 

Ulang tahun kelahiran, Ulang tahun perkahwinan, Hari Krismas, Tahun Baru, Pertunangan, Pernikahan, Graduasi, Makan Malam Tahunan, Hari Ibu, Hari Ayah, semua ini dan banyak lagi adalah saat-saat paling berharga buat mummy. Jadi, untuk birthday Dhia tahun ini, mummy hadiahkan sebotol botol air stainless steel yang di tempah khas untuk Dhia !



GIFTS UNTUK BIRTHDAY DHIA, FRIDGE MAGNET UNTUK GAMBAR TRAVEL KAMI DAN MUG UNTUK WEDDING ADIK ANGKAT 


Sebenarnya Dhia lahir pada 22 Mac , tapi tak apa lah...bagi awal botol air untuk Dhia dulu. Dhia jenis suka botol air macam ini (dah ada 1 dari jenama Smiggle). Kata Dhia, best minum air dalam ni sejuk sampai petang. 


Oleh kerana Dhia ada 1 botol jenis macam ni (stainless steel). Tapi, Dhia nak kena bawa ke sekolah pagi dan petang. Dari situ, mummy datang idea nak hadiahkan Dhia custom made botol air macam ini sempena birthday Dhia.



Dalam misi mencari tempat tempah botol air stainless steel custom made. Tetiba terjumpa dengan Ms Elaine dari The Present . 1 kali deal (whatsapp) terus mummy kasik on. Hanya beritahu nak design macam mana. 

Ms Elaine, dengan pantasnya menghantar gambar artwork pada mummy.

Artwork Ms Elaine memang mummy puas hati. Terus tak cakap banyak ! Jadi !



Dah alang-alang menempah botol air Dhia. Terus mummy tempah fridge magnet gambar percutian kami di Pulau Tioman. Ha..kalau nak tahu, kami dah jarang beli fridge magnet masa holiday. Tapi, akan tempah gambar kami holiday ke fridge magnet setelah selesai balik dari bercuti !




Last but not least, tempah mug yang bergambar untuk pengantin baru sirrang ni. Adik angkat mummy, mak bela dari baby sampai lah zaman sekolah menengah. Sekejap amsa berlalu. Dah kahwin dah pun !

Moga mug ini, memberikan seribu makna buatmu Faiz !


Kenapa mummy memilih The Present untuk buat souvenir?


The Present ini adalah jenama utama SanTAC. Di sinilah Malaysia bertukar untuk produk unik yang menyatakan apa yang paling disukai orang. Dari fenomena budaya pop terkini dan skandal politik ke hobi kegemaran, aktiviti, sebab dan minat, mudah untuk mencari reka bentuk dan barang-barang yang ada di The PresentThe Present ini adalah kedai hadiah peribadi dalam talian dengan menggunakan kaedah Print On Demand. 

Jangan buang! Mari kita bekerjasama untuk menyelamatkan sumber bumi. Teknologi percetakan kami menyesuaikan diri dari penyelesaian pemindahan haba BigTREE, di mana dapat semua imej atau reka bentuk terutama foto boleh dicetak pada produk dengan warna yang lebih tepat. 

Semua produk kosong yang The Present dapat dari kilang Bestsub. Kilang Bestsub dengan pengeluaran profesional dan kawalan kualiti telah berjaya meluluskan audit kilang yang dijalankan oleh BSCI dan SQP. 

Juga produk The Present dengan pensijilan ISO9001, SGS, CE, FDA dan Intertek telah memenangi pengiktirafan dari seluruh dunia. Mereka adalah produk yang hebat yang boleh dipercayai dan dibeli. The Present biasanya menghantar pesanan pelanggan kami dalam masa 24 jam. 



Nak cari hadiah juga? Jangan lupa menggunakan voucher ini, ye ! RM5 untuk anda !



Yang berminat nak join bisnes ini pun, boleh juga. Hubungi sahaja Ms. Elaine, 019-9858151

BestSub Malaysia, Total Brandme Sdn Bhd 

Address: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang. 

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)

#ThePresent
#Personalized Gift
#SafeForDailyUse
#BigTree
#NoPinHole
#JSCoating
#SGSCertificate
#colouraccurate
#BestSubMalaysia
#WhiteMug
#GradeA


Umrah Mak Dan Abah Postpone Kerana Covid 19

$
0
0
Umrah Mak Dan Abah Postpone Kerana Covid 19 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kes COVID 19 dari corona virus ini sangatlah serius. Bukan di Malaysia sahaja malah satu DUNIA ! Sedih, pilu tapi nak hidup kena teruskan hidup. Makanya, mummy masih keluar rumah untuk bekerja dan amalkan pre cautions ! 

Umrah Mak Dan Abah Postpone Kerana Covid 19


Paling mummy sedih ialah Umrah Mak Dan Abah Postpone Kerana Covid 19 ! Nak ikutkan mak, abah dan abang mummy menuanaikan umrah pada 8 Mac 2020. Tapi, pada Hujung Februari 2020 kerajaan Arab Saudi membatalkan semua kemasukan warga negara lain (selain warganegara mereka) untuk memasuki tanah mereka samada untuk menunaikan umrah ataupun melancong.


Barang-barang sudah di pack, tinggal nak berangkat sahaja. Tapi, itulah ...kita ini manusia yang kerdil, hanya mampu merancang ! Allah jua yang menentukannya kun fayakun....

Kalau ikut umrah maka, abah sesebelum ini. Mummy suka bagi note duit Arab (riyal) pada mak dan abah.

Kali ini, terasa berat nak bagi duit Arab untuk duit belanja mak abah ke sana. Mummy bagi matawang RM sahaja pada mereka.

Ya Allah, rupanya kau dah hint aku dulu !

Apapun, di harapkan segeralah berakhir segala penyakit, virus jahat yang ada di muka bumi ini.

Moga mak, abah, along kuat hadapi ujian ini. Insyallah Allah sebaik perancang, mungkin akan dapat tarikh yang lebih baik untuk mak,abah dan along untuk tunaikan ibadah umrah nanti. Amin....

AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?

$
0
0
AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? - Yes, salah satu soalan hot buat mummy. Almaklumlah... mummy kan agent insurance AIA. Walau ramai orang pandang negatif pada agent insurance. But, i am ok with this line. I love this line sebab nawaitu mummy nak bantu orang bukan nak menyusahkan orang especially adik beradik, saudara mara dan juga kawan-kawan mummy. Kalau mampu RM30 sebulan pun tak apa. Ada je insurance semurah RM30 ! Okay stop pasal harga insurance ini... berbalik kepada soalan hot yang sering mummy terima AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?


AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ?


AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? Sebelum mummy jawabkan bab ini. Terlebih dahulu mummy nak share sedikit basic info tentang COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . 



1. COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS permualaannya adalah dari demam dan selsema

2. Demam selsema yang lebih 3 hari ini, biasanya kalau ke hospital swasta memang confirmed akan masuk wad hospital. Kes sebegini AIA Insurance cover (jika ada medical card)

3. Jika di dapati demam selsema itu adalah COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . Pesakit terus di hantar ke hospital kerajaan.

4. COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS  untuk masa ini hospital kerajaan akan handle.

5. Jika masuk wad di hospital kerajaan, AIA Insurance akan bayar RM100 sehari untuk elaun hospital (basic medical card). Manakala, COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS pula, AIA akan bayar RM200 sehari untuk elaun hospital kerajaan

Kena bayar extra ke untuk kes COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS . . Okay bab ini apa yang mummy dapat info dari pihak AIA adalah NO EXTRA CHARGE ? NO EXTRA COST bagi yang sudah ambil polisi sebelum 31 Mac 2020.

Atas ini, pencerahan mummy tentang kemasukan wad dan juga pemegang pilisi insurance AIA yang mempunyai plan medical card (kad perubatan). Macam mana pula jika berlaku kematian? ada pampasan kematian dari AIA Insurance tak?

Bab ini, pampasan kematian iaitu jika pemegang polisi mempunyai polisi LIFE INSURANCE / INVESTMENT LINKED dengan AIA Insurance. Yes, korang akan dapat extra RM10K pampasan ! Dengan syarat , polisi di ambil sebelum 31 Mac 2020 ! extra RM10k ye. Bukan kaleng-kaleng !

Secara amnya, AIA INSURANCE COVER KE COVID-19 ATAU DI KENALI SEBAGAI CORONA VIRUS ? Hehehe..bab ni mummy tak nak jawab dah. Jemput baca aje lah :)

Nakkan benefits ini tanpa kos tambahan? Bolehlah ambil mana-mana plan insurance dengan agent AIA, kalau korang tak suka nak ambil dengan mummy sekali pun.

Sebab apa? HARIMAU MATI TINGGALKAN BELANG, KITA MATI TINGGALKANLAH $$$$$$

Kalau nak tahu harga , jenis polisi yang sesuai ikut bajet. Korang boleh je whatsapp mummy. Insyaallah, mummy akan berikan harga kasih sayang untuk korang yang tersayang. Hehehe


Walau korang dah ada perlindungan polisi insurance, kebersihan jangan sesekali di abaikan ye ! Sanitised dan basuh lah tangan dengan kerap. Lelagi, apabila kerap bersalam atau berjumpa dengan orang yang ramai dan padat.

Moga kita di jauhkan dari malapetaka ! Amin..

COVID-19 PENDEMIK KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)

$
0
0
COVID-19 ADALAH PENDEMIK, KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) - Assaalmualaikum dan selamat sejahtera semua, jarang-jarang mummy nak menulis tentang penyakit. Almaklumlah, mummy bukan doktor nak kupas isu COVID-19, tapi bila WHO memberitahu bahawa COVID-10 adalah pendemik. Bahasa-bahasa ini biasanya di tuju khas buat penyakit berjangkit yang baharu. Erm....takutnya.......... Eh korang tahu tak Pendemik tu apa?


COVID-19 PENDEMIK KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) 



Secara amnya,ianya sama tapi tak serupa ENDEMIK, EPIDEMIK dan PANDEMIK ni. Apa perbezaan antara Endemik, Epidemik dan Pandemik ?


Endemik bermaksud kejadian sesuatu penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat. Bilangan kes penyakit tersebut sentiasa ada dan pada kadar yang stabil.

Epidemik membawak makna penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama sehingga tidak terkawal.

Pandemik kejadian penyakit merebak ke peringkat atau skop lebih besar, merentasi negara dan benua serta ianya berlaku secara cepat dan pantas.

Macam sekarang la Covid-19 yang tersebar begitu cepat ke seluruh pelusuk dunia. 13 kali ganda merebak. 

Pendemik Influenza pernah terjadi pada zaman perang satu ketika dahulu. Di mana separuh penduduk dunia menghidapinya. Allahuakhbar, moga scientist atau pakar dapat temui penawarnya dengan cepat !

MINYAK HITAM GLIDE LUBRICANTS MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 TERBAHARU!

$
0
0
GLIDE TECHNOLOGY SDN BHD PERKENAL “WAJAH BARU” MINYAK PELINCIR GLIDE LUBRICANTS KELUARAN BUMIPUTERA - Assalamualaikum! Hai.. Hai.. Hai semua. Siapa kata orang pempuan pandai bawa kereta je! Eh, kita orang perempuan tahu juga tentang minyak hitam, tau! Tak percaya? Ha.. Jom tengok aktiviti mummy ni ha.. Mummy ke perasmian MINYAK HITAM GLIDE LUBRICANTS MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 TERBAHARU! 




MINYAK HITAM GLIDE LUBRICANTS MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 TERBAHARU! 


Kini terdapat pelbagai jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Namun, pastikan anda memilih minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta anda! 


Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.


Majlis pelancaran “ The New Glide” itu diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd.

Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.


Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan.



MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. 

Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai

untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)

Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.

Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa


Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan.

Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah RM170.00.

Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my 


Kenapa anda memerlukan pelincir silikon di rumah?

$
0
0
Kenapa anda memerlukan pelincir silikon di rumah? - Pernahkah anda berasa kecewa apabila tingkap kuasa sukar digerakkan ke atas dan ke bawah, namun anda terlalu sibuk sehingga anda tidak sempat untuk mendapatkan bantuan mekanik sebelum ia tersekat? 


Atau pernahkah anda berdepan dengan masalah getah tingkap kediaman anda atau pintu peti sejuk telah mengeras sehingga tidak boleh berfungsi dengan baik lagi? Secara pada asasnya tingkap dan pintu peti sejuk anda tidak tertutup rapat – malah menyebabkan ada ruang terbuka – dan apa yang anda fikir boleh dilakukan adalah mencabutnya dan mengantikan getah itu dengan yang baharu? 

Jelas, keadaan ini menunjukkan bahawa getah dan PVC mudah mengeras dari masa ke masa. Untuk mengatasi masalah ini, selalunya kita memerlukan pelincir bagi mengembalikan getah yang mengeras itu kepada keadaan asal. 

Inilah sebabnya mengapa Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar WD-40® menjadi penting supaya ada di setiap rumah. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah sembur pelincir silikon ini pada permukaan yang bermasalah. 



Ia adalah formula tanpa pewarna dan berkesan dalam memberikan pelinciran yang sangat baik, tanpa mengotorkan. Ia juga melindungi daripada kelembapan, dan kalis air. 

Adakah anda sedang melakukan kerja penyelenggaraan rumah dan mendapati paip saliran plastik tersekat? Tiada masalah. Hanya semburkan pada bahagian terbabit dan anda akan dapati ia akan mudah dibuka. 

Selain getah dan PVC, produk ini juga berkesan ke atas logam dan vinil. Jadi, anda boleh menggunakan produk ini pada engsel pintu dan kunci mangga, dan untuk menanggalkan 

bahan tampalan seperti tampalan pintu PVC, pemasangan tolak paip dan banyak lagi. 

Manakala bagi tingkap kuasa yang bermasalah, curahkan dan semburkan Pakar Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar WD-40® di sepanjang penyisipan getah di kedua-dua sisi serta bahagian atas pintu kereta, dan lapkan lebihan yang ada. Biarkan selama beberapa minit, dan tingkap kuasa anda boleh digerakkan ke atas dan ke bawah seperti biasa. 

Untuk maklumat lanjut dan tips, mengenai barisan produk pakar automotif, boleh melayari 


MENGENAI SYARIKAT WD-40®


Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive 

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia

HADIAH WANG TUNAI RM20000 DARI PRINGLES MALAYSIA !

$
0
0
Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000! - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! Apa khabar? Entri kali ini, mummy nak share opportunity pada korang (pembaca blog mummy) tentang satu peraduan yang hadiahnya agak lumayan ! HADIAH WANG TUNAI RM20000 DARI PRINGLES MALAYSIA !




Sesebelum ini, mummy suka beli Pringles perisa original atau pun sour cream & onion. Mummy tak pasti korang ada minat flavor yang sama macam mummy tak? Tak kisah perisa apa pun dari Pringles yang pastinya...pringles memang kegemaran kami sekeluarga !


HADIAH WANG TUNAI RM20000 DARI PRINGLES MALAYSIA !


HADIAH WANG TUNAI RM20000 DARI PRINGLES MALAYSIA !? Ye betul ! Bukan acah-acah mahupun omong-omong kosong tau ! Jom sertai cabaran untuk meneka cita rasa korang dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad dari Pringles.




Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut. 

PERISA MESTERI DARI PRINGLES MALAYSIA !


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut! 

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul! 

"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!" Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara. 

"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib. 




Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"! 

• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!) 

• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan. 

• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000! 

Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya. 




Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul! 

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000! 

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari 



DAY 3 : 3 HARI 2 MALAM BERJAYA TIOMAN RESORT TRIP !

$
0
0
DAY 3 : BERJAYA TIOMAN RESORT TRIP ! - Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, dah ke bahagian terakhir trip kami di BERJAYA TIOMAN RESORT ! Sambung kembali story entri blog part 3.. Percutian terindah bersama keluarga kecil kami ! Bagi yang ada baca dan ikuti entri mummy part 1 dan part 2. Kami banyak beraktiviti 2 hari terawal. Hari ketiga ini, feri kami pada jam 11 pagi. 10 pagi, kami dah kena bergerak dari hotel dengan menaiki bas yang di sediakan oleh hotel.

Thank you Resort Manager Tioman Berjaya. Hantar kami sampai naik bas



Seawal pagi, mummy mengemas dan menyiapkan anak-anak. As usual, mummy tak akan ganggu daddy waktu macam ni. Sebab daddy akan drive dari Mersing ke KL berjam-jam lamanya . So, kita bagi daddy rehat, tak payah bantu mummy mengemas mahu pun siapkan anak-anak

Jam 8 pagi, kami bersarapan di tempat biasa Matahari Cafe. Mummy tak makan banyak sangat. Hanya alas perut je. Kalau nak berjalan jauh, memang takut makan banyak. Takut perut tak berapa best sepanjang perjalanan nanti.

Lelagi nak mengharungi perjalanan dalam bot Tioman - Mersing tu ha.. Almost sejam lebih. Makan banyak kang boleh muntah pulak kang dalam feri. 

So, kena ambil langkah berjaga-jaga.











 Bye-bye bilik 246, bye Tioman Berjaya Resort. Jumpa lagi ye. 

Sejujurnya, percutian ini merupakan percutian paling indah, paling tenang dan paling santai di awal tahun 2020 kami. Refresh diri, berkumpul dan beraktiviti dengan keluarga tersayang. 

Seriously, tak percaya? Korang boleh try holidays di sini dan rasai pengalaman di sini! 

Selanjutnya mengenai Tioman Berjaya Resort 

Berjaya Tioman Island Resort
26800 Tioman Island, Pahang
Tel: +6094191000
Email: tioman.rsvn@berjayahotel.com


Viewing all 2979 articles
Browse latest View live