Quantcast
Channel: Bicara Mummy Azlinda Alin
Viewing all 2984 articles
Browse latest View live

Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha Kene Selera Mummy

$
0
0
Mc Donald's lagi...kali ini mummy mencuba burger baru iaitu Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha. Sebelum ini, mummyd dah cuba burger Syok Dari McD. Sememangnya  Burger Mc Donald's Syok dan Hawaiian Deluxe Chicken Aloha kene dengan selera Mummy. Aumms...

Jemput Makan... Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha

Oleh kerana dek sibuk banyak kerja minggu ini... kejar dateline, seperti biasa...mummy lunch drive thru McD dan makan di ofis.

Sambil kerja, sambil makan. Fefeling berangan jadi staff yang workaholic pulak. Hahahaha. Jangan muntah darah baca statement menipu mummy ni ye.

kikiki

 Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha Kene Selera Mummy


Apa Ada Dalam Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha?

Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha ini mengandungi lapisan ayam yang ranggup, nenas, sayuran yang segar, cheese dan sos Hawaiian.

Di lengkapi dengan air frozen Fanta dan kentang goreng jika beli satu set !

Pergh..makan tak pandang kiri kanan. Tau-tau licin habis ! Tak sempat ajak korang makan.

Belanja gambar pun, boleh la ..kan? kan?


Harga Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha

Ada yang nak kira bajet sebelum beli? Boleh tengok harga kat bawah ini ye.

Ala Carte - RM12.95
Medium set - RM16.00
Large Set - RM17.60


 Burger Mc Donald's Hawaiian Deluxe Chicken Aloha Kene Selera Mummy

FREE air Fozen Fanta
Seperti biasa, beli dan bayar guna kad debit. Dapat 1 air tambahan FREE.

Jangan lupa pakai kad debit, jika ada kad debit :)
(dah macam promoter kad debit lak..hehehehe)





Double Storey House 20'x70' RM380, 888

$
0
0

Double Storey House 20' x 70' - bermula dengan harga RM380, 888



Bagi sesiapa yang belum mempunyai kediaman sendiri, ini lah masanya untuk kita survey harga rumah, lokasi rumah dan pelbagai kemudahan yang di sediakan oleh pemaju.

Bagi mereka yang berminat, PNB Development Sdn Bhd telah melancarkan satu lagi produk mereka iaitu Double Storey House dengan keluasan 20' x 70' bertempat di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

Produk ini di kenali dengan nama Mawar Qaseh.


Dan bersempena dengan pelancaran itu, satu majlis pelancaran akan di adakan esok bertempat di D'Streetmall, Kota Seriemas.

Antara artis yang akan menjayakan ialah Siti Nordiana, Hazama dan Sepahtu.

Ni ada pesanan dari Siti Nordiana.


Aturcara Majlis Pelancaran



 Brochure Double Storey House




Pandangan dari Scale Model






Lokasi Majlis Pelancaran.


Bagi sesiapa yang tidak tahu tempat ini, follow sahaja maps di bawah ini:-




BIODATA AMIRA OTHMAN HEROIN ABANG BOMBA I LOVE YOU

$
0
0
Godek biodata Amira Othman. Lama mummy tak follow tentang artis. Bila, nampak best lakonannya atau sedap nyanyiannya. Barulah mummy ada perasaan nak kenali artis tersebut. Drama bersiri yang mummy gemar tonton sekarang ialah Abang Bomba I Love You. Heroinnya dan lagu tema OST Abang Bomba I Love You dinyanyikan oleh artis yang bernama Amira Othman. Allahuakbar, sebelum ini, memang tak berapa kenal Amira Othman ini. Mummy terus godek-godek biodata Amira Othman.



BIODATA AMIRA OTHMAN HEROIN ABANG BOMBA I LOVE YOU


BIODATA AMIRA OTHMAN HEROIN ABANG BOMBA I LOVE YOU


Nama Penuh: Nadia Amira Othman 
Nama Popular: Amira Othman 
Umur: 23 Tahun (pada 2016) 
Asal: Skudai, Johor Bahru, Johor 
Agama: Islam 
Bangsa: Melayu 
Warganegara: Malaysia 

Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon 
Lagu Popular: Hati-Hati, Sesaat Untukku 
Drama: Abang Bomba I Love You (12 September 2016) 
Pencapaian: Tempat Ke-3 Akademi Fantasia 2013 Media Sosial Amira Othman 

Instagram Amira Othman: https://www.instagram.com/amiraaothman 
Twitter Amira Othman: https://twitter.com/amiraaothman_ 

Semoga berjaya Amira, mummy doakan agar Amira terus sukses dalam dunia seni.

3 Menu Lunch Ketam Nenas Cili Api, Sardin Goreng dan Ikan Goreng Kicap

$
0
0
3 Menu Lunch terus zass mummy masak. Ketam masak cili api nenas, sardin masak sambal dan ikan goreng kicap. Ada masa buntu nak masak lunch, kan? Idea tak de la...penat la..bosan layk sama la. Hehe tapi.. baru-baru ini mummy rajin sedikit. Tu yang sampai 3 menu untuk lunch - Ketam masak cili api nenas, sardin masak sambal dan ikan goreng kicap .

Mummy suka masak makanan pedas, tapi anak pula tak boleh pedas. Jadi...kena lah variasikan masakan yang simple tak membazir dan semua orag dalam rumah boleh makan.


3 Menu Lunch Ketam Nenas Cili Api, Sardin Goreng dan Ikan Goreng Kicap



Antara 3 menu masakan Ketam masak cili api, nenas, sardin masak sambal dan ikan goreng kicap.

Nak resepi ke? Allah korang lagi expert kot masak gini. Campak-campak je siap. Hehehe

Kalau nak gak..boleh la godek-godek kat SINI. Lebih kurang je cara mummy masak.

Mummy pun kalau idea masak tak de..godek balik entri blog lama-lama hehehe.


7 Sebab Memilih Sista USB Cable - Cepat Cas Dan Transfer Data (Quick Charge and SYNC)

$
0
0
Sista USB cable - cepat cas dan transfer data ! "Telefon siap cas penuh !""eh..cepatnya penuh !"Haa...Sapa tak suka kalau handphone cepat cas. Mummy pun sama, suka pakai USB cable telefon yang cepat cas. Bateri handphone  sekarang ini, tak dapat tahan sehari. Banyak penggunaan, mesti bateri cepat habis. Lagi satu, nak transfer data / gambar dari kamera / handphone ke PC. Mesti nak cepat transfer, kan? Tak lalu lah nak tunggu lama-lama.

Sista USB cable - cepat cas dan transfer data (Quick Charge and SYNC)

Latar Belakang Sista Malaysia

Sista Malaysia berasal dari Hong Kong, SISTA juga mempunyai banyak cawangan. Antaranya di Shenzhen, sebuah bandar yang di kenali antarabangsa sebagai bandar yang membuat reka bentuk produk digital dan kerja-kerja pembikinan komponen digital juga.

7 Sebab Perlu Ada Sista USB cable - cepat cas dan transfer data (Quick Charge and SYNC)


Mummy memang agak cerewet membeli USB cable, sebab mummy risau handphone meletop. Hehehe. Banyak kes,kan handphone sedang cas dan meletop.

Jadi... mummy akan pastikan barangan aksesori untuk telefon mummy dari barangan berjenama yang boleh di percayai dan bermutu tinggi.


 Sista USB cable - cepat cas dan transfer data (Quick Charge and SYNC)



 Sista USB cable - cepat cas dan transfer data (Quick Charge and SYNC)


Ok jom tengok di bawah ini, 7 sebab kenapa mummy memilih Micro USB Cable dari SISTA :-

1. Cepat, selamat dan tahan lama
2. Berkauliti tinggi kerana kandungannya mengandungi oxygen fee copper.
3. Cepat transfer data dan cepat mengecas bateri telefon bimbit
4. Material dari PVC yang tahan lasak.
5. Mudah di bawa dan banyak pilihan USB cable. Kali ini mummy memilih warna biru.
6. Bi-mould, durabel design.
7. Panjangnya 1000mm.


 Sista USB cable - cepat cas dan transfer data (Quick Charge and SYNC)


Harga Sista USB cable murah je RM39. Kalau nak beli, pastikan yang original tau . Cek samada ada ke tidak QR kod Sista USB Cable - Cepat Cas Dan Transfer Data (Quick Charge and SYNC).

Dimana boleh beli Sista USB cable - cepat cas dan transfer data (Quick Charge and SYNC) ?


Ha...mesti tertanya-tanyakan. Kat mana boleh beli Sista USB cable - cepat cas dan transfer data (Quick Charge and SYNC). Untuk pembelian boleh semak di : https://www.facebook.com/notes/sistamalaysia/where-to-buy-sista-in-malaysia/615504301953037

Dan untuk keterangan lanjut, boleh layari :




Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !

$
0
0
Baru-baru ini, mummy pergi Kuantan Pahang. Sempatlah terjah ke Cherating yang bersempadan dengan Kemaman, Terengganu. Tak jauh mana pun.. dalam 20-30KM perjalanan dari Kuantan ke Cherating. Dah alang-alang kan...kalau tak singgah, rasa rugi pula.

Mummy dari dulu suka satar di kawasan Shell, Cherating (sempadan Kemaman, Terengganu). Terus rekemen dengan tok abah dan tok mak bebudak ini. Mereka setuju nak jalan-jalan cari makan di sana. Alhamdulillah.

Banyak berubah dah kawasan Cherating ini...mummy ingatkan mummy dah salah jalan. 

Mencari petrol stesen Shell tak jumpa-jumpa. Risau juga..kalau-kalau Shell Cherating ini dah tutup. Dok jalan terus je..kang alih-alih sampai Terengganu pula.




Alhamdulillah sampai dah.. Jumpa pun, deretan kedai yang menjual keropok lekor dan satar. 

Ada banyak gerai keropok dan satar yang ada di sekeliling Cherating sempadan Kemaman, Terengganu ini.

Tak tahu nak pilih gerai mana satu, main terjah je gerai Aziz Satar. Tak salah pilihan rupanya....Sedap satarnya ! 

Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !


Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !

Satar dan keropok lekor goreng Cherating Aziz Satar ini menjadi santapan menu lunch kami. Bungkus dan terus makan dalam kereta. 

Tak boleh nak berhenti lama sangat. Takut lewat sampai rumah nanti. Esok dah Isnin. Nak kene kerja ! Tok abah pula nak ambil budak-budak sekolah.


Satar di Aziz Satar Cherating, Sedap !

Satar Aziz Satar Cherating ini penuh dengan isi ikan yang putih dan fresh, ada cili api yang pedas juga.. perghhhhhhhhhhh. 

Tak pandang kiri kanan makan dalam kereta. Tahu-tahu... sebungkus habis. 

Tak cukup nak bawa balik Kajang. 

Terpaksa, beli dan tambah lagi satar untuk bawa pulang ke rumah. Boleh la daddy bebudak ni buat rasa...

Eh..terasa rindu satar ni, mana nak dapat satar sedap kat Kajang ye?

Hadiah Untuk Anak Dari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

$
0
0
Minggu lepas nasib baik mummy cepat dapat terjah McD, demi Barbie untuk si Dhia Batrisya. Minggu pertama ini, dengan setiap pembelian happy meal mummy dapat patung barbie comel - agent Barbie. Mainan untuk lelaki pun best juga, koleksi kereta dari jenama hot wheels. Tapi, mummy beli  1 set je untuk dapatkan barbie. 

Kekonon ingatkan ada kesempatan masa untuk dapatkan kereta hot wheels Dzal Aidi. 


Hadiah Untuk Anak Dari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels


Hadiah Untuk Anak Aari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

Hadiah Untuk Anak Aari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

Hadiah Untuk Anak Aari Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels

Dalam terfikir-fikir nak beli satu set Happy Meal untuk dapatkan kereta Hot Wheels. Nanti-nanti lah datang balik, bukan jauh pun McD dari rumah.

Sudahnya, selang beberapa hari datang ke McD. Semua barbie dan hot wheel shabis.

Huhu..tak ada rezeki. Sorry Dzal, kebetulan tempoh hari mummy beli time lunch. Takkan nak beli 2 set, mau buncit nanti perut mummy huhu.


September 2016 - Oktober 2016 - Happy Meal McD Barbie Spy Squad dan HotWheels




Hari ini, ada keluaran terbaru barbie dan hot wheels..nampaknya mummy kene terjah cepat-cepat untuk dapatkan koleksi Barbie dan Hot Wheels.

Harap-harap, ada banyak stok barbie dan hot wheels. Erm..mak kau pulak yang excited melampau, ye. 

Eh...jimat tau beli happy meal McD, dapat barbie dan hot wheel. Barbie kecik gini kat shopping mall pun dah RM10, kereta hot wheel je pun dah RM7-10 harganya.






Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19

$
0
0
Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Dari RM19 ! Hanya RM19 ! Ya betul tau...dari RM19 je, tak tipu...buat apa nak menipu huhu. Tshirt mak, bapak, hinggalah ke tshirt anak-anak dari RM19. 

Ada lagi, yang murah kat Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Beli 2 helai RM29 juga. Tapi tshirt budak, kene beli sama jantina. Tak boleh beli sehelai untuk anak perempuan dan sehelai untuk anak lelaki.

Mummy ni, biasalah...dapat duit belanja dari daddy. Mesti terus pergi beli baju anak-anak dan baju daddynya.

Memang tabiat dari dulu. Pastu, bila daddy tanya..beli apa duit yang dia bagi? Erm.....terus menggagau nak cerita. Hahahaha.

Allah ...bukan selalu pun shopping. Time sales gini la.. pi shopping dan terjah Padini Concept Store tu ha.


Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19


Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya


Mummy suka pi Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya, hari kerja mudah parking. Banyak pilihan pakaian, sebab Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya ini besar. Ada jual pakaian anak-anak juga.

Sampai bila sale di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Bab ni mummy tak tahu...sebab tak ada tulis pun tarikhnya. Cuba lah terjah...manatahu ada rezeki ke kan.

REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

$
0
0
Sempatkan diri menonton wayang SULLY (disebut sebagai Sa-li) baru-baru ini, dengan siapa ? Mummy tonton sorang-sorang je. Mummy memang seorang yang independent sedikit. Bukan sejenis manja tak bertempat dengan suami yang tiap masa nak minta asben teman, asben hantarkan ke sana sini. Kalau asben free, tak pe. Dia pun ada kerja, mencari rezeki untuk anak bini. Nak tahu best ke tidak wayang SULLY. Jom baca review movie SULLY dari mummy.

Asalnya, tak ada niat pun nak tengok wayang. Balik dari shopping baju anak dan asben. Terus laju je kaki ini melangkah ke GSC.


 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR


Sampai di GSC IOI Mall terus mummy ke kaunter dan bertanya, "Cerita apa yang best sedang jalan waktu sekarang?". " Movie SULLY kak, sekarang tengah iklan...cerita ni best kisah kapal terbang ". Mummy terus setuju, kebetulan tak lama lagi.  Mummy, daddy dan anak-anak nak naik kapal terbang.


 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR
gambar sumber google

SINOPSIS FILEM SULLY (disebut sebagai Sa-li) 

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR

 REVIEW FILEM SULLY DARI KISAH BENAR
 gambar sumber google

Filem Sully merupakan kisah benar dari Amerika yang menceritakan tentang Kapten Sully Sullenberger. Kisah benar ini berlaku pada tahun 2009. Kapten telah membawa kapal terbang United States Airlines Airbus A320.

Kapal terbang ini telah melanggar sekumpulan burung. Sebagai akibat, enjin kapal terbang itu rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kapten Sully meminta nasihat dari pusat kawalan untuk mendarat di kawasan terdekat. Tetapi, Kapten Sully menukar plan nya untuk mendarat di atas air di sungai di Hudson.


gambar sumber google

Kapten Sully berjaya menyelamatkan sebanyak 155 orang penumpang Airbus US. Semua penduduk anggap Kapten Sully sebagai hero.

Sebab tak pernah ada lagi kapal terbang yang selamat mendarat di atas air.

Walaupun Kapten Sully berjaya menyelamatkan banyak nyawa, tapi banyak pihak yang mempertikaikan tindakan dia. Pihak atasan menganggap Kapten SUlly ada agenda lain. Sedangkan mengikut simulasi, kapal terbang itu boleh mendarat di lapangan terbang yang terdekat.

Tindakan Kapten Sully telah menjadi siasatan dari pegawai penyiasatan. 



Saat ini, mendebarkankan. Ada tekanan dari keluarga kerana dah kesempitan kewangan untuk perbelanjaan, membayar pembiayaan rumah, dan lain-lain. 

Sedangkan Kapten Sully pula di gantungkan kerja hingga selesai penyiasatan.


REVIEW FILEM SULLY


Pada pendapat mummy, jalan cerita ini agak slow. Tapi, mudah untuk di hayati. Efek dan jalan ceritanya mummy suka sangat. Nampak real.

Movie Sully ini sebenarnya lebih kepada pengajaran. Walaupun Kapten Sully berpengalaman 40 dalam dunia penerbangan dan telah berjaya menyelamatkan nyawa orang.

Tindakan beliau masih tidak dapat memuaskan hati. Pelbagai pihak mencari kesalahannya kerana percayakan kepada simulasi kapal terbang.

Begitu juga dengan kita, betapa baiknya kita. Betapa ikhlas dan murni hati kita. Tapi, ada sahaja pihak yang suka pertikaikan. Betul, tak?

Apapun, jika kita di jalan yang benar. Jangan khuatir. Teruskan dengan kebenaran yang ada.

BINTANG untuk SULLY
Oleh kerana cerita ini best bagi mummy. Mummy berikan 4 bintang untuk cerita ini ! 


TENTANG MOVIE SULLY


PENGARAH: Clint Eastwood
PELAKON: Tom Hanks, Aaron Eckhart, Laura Linney, Anna Gunn, Mike O’Malley dan Max Adler
GENRE: Drama
DURASI: 96 minit
PENGEDAR: Warner Bros. Pictures
TARIKH TAYANGAN: Bermula 8 September 2016



Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !

$
0
0
Zaman penuh mencabar ini, masing-masing buat kerja lebih dari satu pekerjaan,kan ! Bukan senang, nak senang. Begitulah mummy, masih bergiat dalam perniagaan online juga. 

Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !


BUKU YASIN 50SEN


Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !


Alhamdulillah murah rezeki minggu ini, terjual buku yasin 50sen mummy. Murah,kan? Kalau nak buat doorgifts ke nak sedekah yasin. Sesuai dengan harga ni.

Customer mummy dari Putrajaya (puan Intan), beli buku yasin untuk bawa balik kampung.

Deal tengah hari, untuk membeli buku yasin dan terus berjanji untuk COD di Tesco Kajang.

Jam 8.30 malam, berjumpa kami untuk COD.

Jimat COD ini, sebab cost postage je dah bernilai dekat RM40 (100 buku yasin). Luar Kajang mummy tak buat COD (buat masa sekarang).


SHAKLEE ONLINE


Bukan Senang Nak Senang, Menjual Online Juga !

Ni bisnes dari zaman 2012, Shaklee. Diam tak diam dah 4 tahun mummy jalankan bisnes Shaklee secara part time. 

Malam, balik dari kerja...selesaikan bungkus membungkus barangan untuk di pos.

Penat tak penat...kene gagahkan juga. Demi mencari rezeki yang halal.

Cuma sekarang mummy tak buat COD, semua pos. Stok pun laku keras, hari ini barang sampai...hari ini juga stok masuk.

Tak sempat nak update stok yang ada dalam tangan. 

Korang yang berminat nak order barangan dari mummy, whatsapp terus je ye : 012-6460421

FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

$
0
0
Baru-baru ini, mummy dan keluarga ke Family Day #TinaLegacy di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. Tok mak dan Tok abah mengajak kami anak beranak pergi. Padahal, ni family day besan Tok Mak. Tok Mak kene gantikan family mereka yang tak dapat hadirkan diri. Eh...bayar tetap bayar tau..bukan free. Walaupun tok mak tu pi gantikan tempat orang lain.

Mummy pun kene angkut dek Tok Mak dan Tok Abah. Nampak gayanya...berjalan sakan kami anak beranak lagi.


FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !



FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !


AKTIVITI FAMILY DAY #TINALEGACY DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG

DAY 1

Jam 9 pagi - Bertolak dari Kajang
Rehat di Kawasan Rehat Temerloh
Rehat di Kawasan Rehat Gambang



FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !














12.00 tengah hari - sampai di Kuantan
Makan Tengah Hari
2.30 petang - Berkumpul di lobby De Rhu Beach Resort, Kuantan
4.15 petang - Dapat kunci bilik dan terus menyiapkan diri


















5.15 petang - Sukaneka dewasa -pakai selipar giant, lari dalam guni dan kukur kelapa.
Sukaneka kanak-kanak - masukkan air dalam botol, rebut kerusi, 
Sukaneka veteran - cari gula dalam tepung, isi air dalam belon.
7.00 malam - Bersurai dari Sukaneka












8.00 malam - Makan Malam dan Penyampaian Hadiah

Day 2
7.00 pagi - Sarapan Pagi
Aktiviti bebas
12.30 tengah hari - check out

Tu je aturcaranya...padat dan puas hati. Seronok pun seronok !


BEST KE DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN PAHANG?

Ni kali kedua mummy datang. Sebelum ini pernah datang dengan daddy, Dhia dan Dzal dalam perut lagi. Memang best..cuma tak bestnya lambat check in  jehehehe. 





Posing di sekitar De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang. Sempat mandi kolam tapi, tak ada gambar. Almaklumlahkan banyak sesi kejar mengejar anak-anak.

Sebelum terjun kolam kasi bergambar dulu.





Ada banyak pool di sediakan di sini. Pilih je ..nak mandi kat kolam mana satu.




FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

Bilik hotel pun luas, ada tempat iron baju, minum kopi teh dan banyak lagi.

FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

Selepas siap berkemas..terus check out. Heading to Cherating pulak.

FAMILY DAY #TINALEGACY DI DE RHU BEACH RESORT KUANTAN PAHANG HAVOC !

Kenangan semasa Family Day #tinalegacy di De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang. Masuk acara sukaneka kukur kelapa..dengan jari jemari pun kene kukur hehehe.

Doa Akhir / Hujung Tahun (30 Zulhijjah) dan Awal Tahun (Awal Muharam)

$
0
0
Salam 30 Zulhijjah, ,,selamat berhujung minggu dan selamat menyambut Awal Muharam esok. Seperti biasa, hujung tahun (tahun Islam) ada doa hujung tahun dan awal tahun.

Jom kita baca sama-sama doa hujung tahun (30 Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharam)


Doa Akhir / Hujung Tahun (30 Zulhijjah) dan Awal Tahun (Awal Muharam)


Doa Akhir Tahun / hujung tahun ini boleh dibaca tiga kali ketika berakhirnya tahun baru Islam.

Boleh juga dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah.

Moga mummy dan keluarga dapat mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan. 

Semoga kami mendapat ampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan yang dilarang oleh-Nya.

Semoga amalan kami yang baik dan elok pada tahun ini diterima oleh Allah SWT.

salam maal hijrah, maksud maal hijrah, lagu maal hijrah, maal hijrah 1437, maal hijrah 2016, doa maal hijrah, cuti maal hijrah 2016, maal hijrah mp3, program maal hijrah, awal muharram 2016, kelebihan awal muharram, doa awal muharram, maksud awal muharram, awal muharram in arabic, awal muharram 2016



Maksudnya :
''Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Amiin yaa rabbal ‘alamin...''



salam maal hijrah, maksud maal hijrah, lagu maal hijrah, maal hijrah 1437, maal hijrah 2016, doa maal hijrah, cuti maal hijrah 2016, maal hijrah mp3, program maal hijrah, awal muharram 2016, kelebihan awal muharram, doa awal muharram, maksud awal muharram, awal muharram in arabic, awal muharram 2016

Doa Awal Tahun 1 Muharram


‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya malam 1 Muharam.

Doa Awal Tahun dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, ataupun pada malam 1 Muharam.


Maksudnya :
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarganya dan sahabatnya. Dan Segala puji milik Allah, Tuhan seluruh alam. Amin yaa rabbal ‘alamin…”

Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumya. Amiiin.

Salam Maal Hijrah 2016 - Awal Muharam 1838H

$
0
0
Salam Awal Muharam.1838H...Selamat menyambut Maal Hijrah. Tahun Baru bagi umat Islam. Alhamdulillah...dapat menutup buku lama dan berjumpa dengan buku baru. Lembaran baru hari ini. Apa khabar semua sihat? Moga hari ini dan mendatang kita di berikan kesihayan yang baik, di murahkan rezeki dan sentiasa mendapat RedhaNYA. amin.



APAKAH ITU MUHARAM?


Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). 

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khawas (khusus) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Asyura & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.”

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah SAW: “Benar!

• Allah SWT telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura,
• dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Asyura;
• dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Asyura;
• dan Allah SWT menyelamatkan dari api neraka pada hari Asyura;
• dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura;
• dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura;
• dan Allah SWT memberi taubat kepada Adam pada hari Asyura;
• dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura;
• dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura;
• dan akan terjadi Kiamat pada hari Asyura.

PERISTIWA 10 MUHARRAM
10 Muharram – Dinamakan juga ‘Hari Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: “Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?” Jawab Baginda SAW:

1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram

Peristiwa lain
1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah SWT menjadikan ‘Arasy.
7.Allah SWT menjadikan alam.
8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah RA berkata: “Hari Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa AS dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat, engkau berpuasalah pada hari Asyura.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata: “Barangsiapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.” Sufyan berkata: “Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.”

Said bin Jubair dari Ibn Abbas RA berkata: “Ketika Nabi SAW baru berhijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Asyura, maka ditanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka: “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa AS dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW: “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu“, maka Nabi SAW menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata: “Dinamakan Asyura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.” 

Ada lain pendapat yang mengatakan hari Asyura kerana Allah SWT telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan:

1.Allah SWT telah menerima taubat Nabi Adam AS
2.Allah SWT menaikkan darjat Nabi Idris AS
3.Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh AS
4.Nabi Ibrahim AS dilahirkan pada hari Asyura dan diangkatkan sebagai ‘Khalilullah’ (Kekasih Allah) juga diselamatkan dari api.
5.Allah SWT menerima taubat Nabi Daud AS
6.Allah SWT mengangkat Nabi Isa AS ke langit
7.Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS
8.Allah SWT menenggelamkan Fir’aun
9.Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10.Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman AS

Semua ini terjadi pada hari Asyura. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Asyura kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah SWT pada umat ini:

1.Bulan Rejab – Allah SWT menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat ini ke atas umat yang lain.
2.Bulan Sya’ban – Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW ke atas semua Nabi.
3.Bulan Ramadhan – Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah SWT terhadap semua makhluk.
4.Lailatul Qadar yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
5.Hari Aidil Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah)
6.Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah SWT.
7.Hari Arafah yang dapat menebus dosa dua tahun.
8.Hari Aidil Adha iaitu hari berkorban.
9.Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
10.Hari Asyura yang puasanya dapat menebus dosa satu tahun.

Salam Maal Hijrah

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

$
0
0
Kelantan Floating Market Pasar Terapung Pertama di MalaysiaAlhamdulillah, urusan perjalanan kami dari Kuala Lumpur di permudahkan. Jadual penerbangan MH1384 juga mengikuti jadual. Terbang pada jam 7.55 pagi dan tiba 9 pagi di Kota Bahru Kelantan. Mood tak sabar nak ke Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Tiba sahaja di Kota Bahru Kelantan Airport, pihak Xcell Travel and Tours dah menanti kami. Mudah perjalanan kami, walaupun penat ...tapi ada arrangements macam ni. Kurang rasa penat. Kami berdua suami isteri boleh fokus jaga anak-anak.

Van Xcell Travel and Tours ni pun besar. Dhia yang sedang tidur dalam stroller pun tak perlu kejut.

Angkat dengan stroller tu terus masuk ke dalam van.

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia


Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Kami di bawa terus ke Medan Ikan Bakar (MiB). Awal-awal gini...makan ikan ikan bakar? 

Eh..tak lah, kami ke Medan Ikan Bakar Kota Bahru Kelantan (MiB) ini untuk menaiki bot untuk ke Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia.

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia terletak di Pulau Suri dalam kawasan Tumpat. Tapi..sebenarnya tak berapa jauh dari Medan Ikan Bakar Kota Bahru (MiB).


Naik Bot Laju ke Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia


Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Kami sangat bernasib baik kata pihak pengurusan Xcell Travel and Tours. Sebab sampai ke Kota Bahru pada waktu Pagi.

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia rupanya hanya di buka pada setiap hari Sabtu pagi sahaja.

Rezeki anak-anak juga dapat merasa naik bot ke Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Sebelum bertolak..kami siap-siap pakai life jacket. Safety first ! 

Waktu pergi ni Dhia masih tidur. Nyenyak walaupun..bot ini laju.

Laju bot ni, memula macam takut gak, lama-lama...best rasanya !! 

Dzal pun teruja dan suka. Mana tak suka..pertama kali kot dapat naik bot ni.

Video live mummy ada upload di SINI ye.

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Bot ni, berharga RM20 seorang untuk pergi dan balik ke Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Bot yang mummy sekeluarga naik ni sangat selesa. Siap boleh angkut stroller. .anak tido pun tak terencat. Berbumbung lak tu.

Ada bot yang murah juga, dalam harga RM10 dan RM4 untuk pergi balik. Tapi..dari jeti yang berlainan. Bot juga lain. Berbentuk sampan dan tidak berbumbung.

Yang ada anak kecil, mummy cadangkan.. naik lah bot yang selesa.

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Masih tidur lagi Dhia Batrisya..tak bangun-bangun. 

Memang seorang jenis susah tidur. Tapi, kalau dah tidur. Pengsan jadi nya. Hehe


Selfie di jeti Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Ni pintu masuk  Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia . Dah nampak meriah,kan !!

Berniaga atas air | Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia


Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia

Ni lah.. Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia. Ala-ala Thailand dan Vietnamkan. 

Bagi yang belum pergi pasar atas air yang kat luar negara tu. Apa kata cuba yang dalam negeri dulu.

Bawa duit lebih tau...sebab kat sini semuanya murah-murah. Rugi kalau tak beli.

Apa yang mummy suka Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia
, mummy dapat makan macam-macam makanan tradisi Kelantan.

Banyak makanan yang fresh, di goreng dan di masak atas sampan.

Sotong, udang dan ikan goreng tepung - RM5

Laksam RM3

Aktiviti mencanting LIVE

Aktiviti menganyam secara LIVE



Meriah dengan pengunjung. Semasa mummy datang sini. Mummy dapati ramai local people yang datang. 

Ada juga yang balik ke kampung dan singgah di Kelantan Floating Market - Pasar Terapung Pertama di Malaysia kerana tak mahu lepaskan peluang menikmati gerai sampan atas air ini.

Licin ikan goreng tepung

Buah campur RM3. Makan bersama 2 pilihan pencicah

Air kelapa wajib minum bila berjalan.

Siap makan dan minum...Xcell Travel and Tours terus  bawa kami check in ke hotel.

Allahuakbar nikmatnya bila ada transporter macam ni. 

Kalau pergi sendiri..mau terkial-kial cari jalan. On GPS Waze..pastu sesat bagai..dengan kang bateri phone weak.

Dengan line telefon kejap ada..kejap tak de. Boleh spoil mood holiday. Kan??

Tak nak mood holiday spoil? Sevab tu...kami memilih jalan-jalan dengan agensi pelancongan dari Xcell Travel and Tours 

Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi :

En Wan : +60109282086

Neelofa dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot

$
0
0
Drama Suri Hati Mr Pilot - Lepas drama bersiri Abang Bomba I Love You tamat dia ASTRO RIA dan RIA HD. Drama Suri Hati Mr Pilot pula akan muncul. Drama Suri Hati Mr Pilot merupakan novel yang di adaptasi dari karya novelis Dyla Dyna. 


Neelofa dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot


Pelakon utama Drama Suri Hati Mr Pilot ialah Fattah Amin dan Neelofa. Neelofar ni memang mummy minat sangat lakonannya. Fuh.. Melekat lagi lah mummy depan TV. hehehehe


Neelofa dan Fattah Amin Dalam Suri Hati Mr Pilot


Drama Suri Hati Mr Pilot diarah oleh pengarah Michael Ang. Diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd.

Ish....Tak sabar pula rasanya mummy nak tonton 10 Oktober nanti Drama Suri Hati Mr Pilot.

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot


Baca sinopsis drama ni pun macam dah teruja je.

Sinopsis tentang drama ini : Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. 

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?” 

Dah nampak menarik,kan ! 


WATAK PELAKON DALAM DRAMA SURI HATI MR. PILOT

Fattah Amin sebagai Ejaz
Neelofa sebagai Warda
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan



TENTANG SURI HATI MR. PILOT

JUDUL : SURI HATI MR. PILOT
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Oktober 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis / 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd

PELAKON : Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren.

Pelakonnya pun hebat...memang mummy yakin cerita ni boleh jadi top !

10 Oktober ni akan di siarkn. 10 Oktober juga merupakan hari jadi suami tercinta..memang terbaik 10.10 ni.






XIGDUO™XR RAWATAN UNTUK DIABETES JENIS 2 (Type2Diabetes Millitus) T2DM

$
0
0
Rawatan Diabetes jenis 2? Eh..Eh.. ada berapa banyak jenis Diabetes ni, ye? Mummy pun baru tahu. Ada beberapa jenis Diabetes. Jom, kita gali ilmu tentang Diabetes jenis 2 (Type_2_Diabetes Millitus) T2DM.

" Susah kalau dah bergantung insulin ini, tak boleh skip "

"Makan pun kene jaga sekarang. Pilihan beras perang atau beras rebus"

"Orang Diabetes ini, bila buat operation. Lambat baik, lama kene tahan dalam wad"

"Baru-baru ini pergi interview kerja dan buat saringan kesihatan. Oleh kerana ujian air kencing di dapati ada Diabetes jenis 2. Permohonan kerja saya di tolak.

Keluhan sahabat baik mummy yang sedang mengalami Diabetes jenis dua. Kini, kehidupannya tak seperti dulu. Makanan dan minuman kena jaga, salah makan boleh membahayakan kesihatan.

Hidupnya juga lebih bergantung pada banyak ubat-ubatan. Sampai satu tahap beliau rasa tak lalu nak makan ubat yang banyak.

Diabetes jenis 2 ini boleh di katakan tahap kritikal juga. Perlu penjagaan dan rawatan yang rapi.


Sumber : SINI

JENIS DIABETES


Sebenarnya Diabetes ini ada 3 jenis. Diabetes Jenis 1, Diabetes Jenis 2 dan Diabetes Jenis 3 yang di kenali juga sebagai Gestational Diabetes yang biasanya di hidapi oleh ibu mangandung sahaja.

1. DIABETES JENIS 1

Apakah Diabetes Jenis 1? Diabetes Jenis 1 di kenali sebagai “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” bergantung pada Insulin.

Pesakit yang sedang menghidapi diabetes jenis 1, mereka ini mempunyai masalah tubuh badan menghasilkan insulin.

Mereka perlu mengambil suntikan insulin untuk sepanjang hidup mereka. Mereka juga perlu memastikan tahap darah glukosa yang betul dengan menjalankan ujian darah biasa dan mengikuti diet khas.

2. DIABETES JENIS 2

Diabetes Jenis 2 (Type_2-Diabetes Mellitus) T2DM. Lebih kurang 90% diabetes adalah di kategorikan sebagai Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus) T2DM

Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus T2DM) disebabkan 'disorder carbohydrate (sugar)' metabolism atau juga dipanggil 'non-insulin dependant diabetes meillitus'.

Penyakit ini dibahagikan kepada 'hyperglycemia' (gula dalam darah) dan 'glycouria' (gula dalam air kencing). Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan pengeluaran insulin dalam badan.

Biasanya terjadi sejajar dengan peningkatan usia, penambahan berat badan atau obesiti, keturunan atau genetik dan juga gaya hidup yang kurang aktif. Biasanya diabetes jenis ini tidak memerlukan suntikan insulin tetapi perlu dikawal dan pemakanan perlu dijaga.

3. GESTATIONAL DIABETES (HAMIL)

Jenis ini memberi kesan kepada wanita semasa hamil. Ada wanita yang mempunyai tahap yang sangat tinggi glukosa dalam darah mereka dan badan-badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel mereka menyebabkan tahap progresif kenaikan glukosa.

Diagnosis dibuat semasa mengandung. Kebanyakan pesakit boleh mengawal diabetes mereka dengan senaman dan diet.


RAWATAN DIABETES JENIS 2 (Type 2 Diabetes Mellitus) T2DM





Perunding Senior Endokrinologi, Prof Dr. Chan Siew Pheng mengatakan berdasarkan dari National Health Morbidity Survey, Diabetes Jenis 2 (Type_2_Diabetes Mellitus) T2DM menyerang kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia. Ia merupakan satu penyakit yang semakin lazim dan kian meningkat dalam kalangan masyarakat (peningkatan dari 2.6 juta berbanding 2011).

Menurut Professor Dr. Chan Siew Pheng, Pendekatan pelbagai cara diperlukan dalam pengurusan Diabetes'. Ini termasuklah :-

· Ubah gaya hidup
· Kerap membuat aktiviti fizikal seperti bersenam.
· Melakukan diet berkhasiat
· Kombinasi ubat oral bagi mendapatkan kawalan glisemik ideal, di mana dos serta/atau jenis ubat disesuaikan mengikut tempoh rawatan.
· Rawatan konvensional pula bukan rawatan paling efektif kerana diabetes adalah penyakit kompleks yang berkaitan dengan kesihatan lain seperti obesiti, jantung dan darah tinggi.


Ini bagi mengelakkan penularan dan perkembangan penyakit berkaitan kardiovaskular.

Professor Mark E. Cooper, Timbalan Direktor dan Ketua Pegawai Saintifik, Institut Jantung & Diabetes Baker IDI, Australia berkata, “Cabaran utama bagi kebanyakan pesakit Diabetes Jenis 2 adalah bagi mengawal tahap glukos dalam darah"

Namun, hanya sebahagian daripada pesakit berjaya dalam mendapatkan target HbA1c mereka.

Ini kerana, kebanyakan mereka tidak komplian terhadap rawatan, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil pelbagai ubatan dalam dos yang kerap setiap hari.

Dengan pengenalan terapi kombinasi sekali sehari seperti xigduo™ XR, pesakit memperoleh cara yang lebih mudah untuk mengawal penyakit ini.

"Dalam sebuah kajian yang melibatkan 600 pesakit diabetes, dapat menunjukkan hanya 16.6% pesakit mengikuti rawatan diabetes yang diperskripsi, menunjukkan pengurangan dalam permintaan ubatan harian.

Tambah Prof Dr. Mark Copper. Ramai pesakit Diabetes menjadi kritikal kerana tidak berdisplin dalam pengambilan ubat-ubatan.

Kini, terdapat rawatan untuk Diabetes Jenis 2 yang mudah di ambil – xigduo™ XR


RAWATAN KOMBINASI DIABETES JENIS 2 XIGDUO™XR SEKALI SEHARI KINI DI MALAYSIA


· Gabungan dapagliflozin dan Metformin sebagai rawatan bagi kawalan awal glisemik.

· Dos kombinasi tetap pertama SGLT2 (FDC) di Malaysia, mengurangkan 2% Hba1c disamping penambahbaikan bagi risiko penyakit kardiovaskular.

APAKAH ITU RAWATAN DIABETES JENIS 2 XIGDUO™XR SEKALI SEHARI KINI DI MALAYSIA?

Ubat kombinasi baru, tablet xigduo™ XR (dapagliflozin+Metformin XR) sekali sehari.

Menggabungkan dua agen anti-hiperglisemik, dapagliflozin dan Metformin, xigduo™ XR membantu dalam mengurangkan tahap glukos dalam darah serta mempromosi kawalan awal glisemik bagi pesakit Diabetes Jenis 2 di Malaysia. 

Dapagliflozin merupakan perencat Sodium-glucose co-transporter 2 (SGLT2) dengan data keberkesanan. Ianya berfungsi bagi mengelakkan glukos daripada diserap kedalam buah pinggang serta mengeluarkan glukos daripada tubuh badan melalui air kencing.

Manakala, Metformin sering digunakan sebagai rawatan pertama bagi Diabetes Jenis 2 bagi mengurangkan produksi glukos di dalam hati serta mengelakkan penyerapan kembali glukos ke dalam usus perut dan memperbaiki kadar sensitiviti insulin.

Di dalam xigduo™ XR, formula lepasan berpanjangan Metformin membolehkan dos sekali sehari yang sekaligus mengurangkan kesan lazim usus gastro seperti cirit-birit, rasa loya dan sakit perut yang sering dikaitkan dengan kesan Metformin.

Gabungan ni membantu dalam mengurangkan HbA1c sebanyak 2%, disamping turut membantu dalam mengurangkan berat badan serta tekanan darah. 

Ini sekaligus dapat membantu merawat faktor risiko dalam pembentukan isu kardiovaskular dalam kalangan pesakit diabetes.

Merupakan satu gangguan kronik metabolik, Diabetes Jenis 2 dikategorikan dengan kehadiran kandungan tinggi glukos dalam arah melalui ketidakupayaan tubuh badan dalam menghasilkan atau menggunakan insulin.

Kajian The Second Burden of Disease Study for Malaysia juga meletakkan Diabetes sebagai satu faktor penyumbang dalam pengubahsuaian tahun kehidupan (DALY) serta kematian di Malaysia.

Dalam kajian peringkat awal, di mana pesakit dengan pengambilan ubatan dua-tiga kali sehari lebih cenderung untuk tidak mengambil ubatan apabila dibandingkan dengan mereka yang mengambil dos sekali sehari. 

Ini jelas menunjukkan keperluan bagi mengurangkan dos harian untuk memperbaiki komplian pesakit

Pelancaran xigduo™ XR di Malaysia ini merupakan satu langkah proaktif dalam memberikan yang terbaik kepada mereka yang terjejas dengan penyakit ini. ni menunjukkan usaha dalam menghasilkan penyelesaian pengurusan yang inovatif dan efektif bagi penyakit kronik seperti Diabetes.

Marilah kita merawat sebelum melarat. Kunjungi pakar perubatan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai xigduo™ XR. Sesungguhnya setiap penyakit ada jalan untuk di ubati.

Wordless Wednesday Azlinda Alin

SHAWL EXCLUSIVE BERMANIK MURAH DAN CANTIK DARI N.U.R LUXURY KUALA LUMPUR

$
0
0
SHAWL EXCLUSIVE BERMANIK, MURAH DAN CANTIK DARI N.U.R LUXURY KUALA LUMPUR - Perempuan mana cukup dengan tudung atau shawl yang sedia ada. Walaupun berpuluh-puluh atau beratus koleksi ada dalam almari. Tetap akan rasa tak cukup koleksi tudung / shawl. Betul, tak? Mummy pun macam tu, sentiasa rasa tak cukup dengan tudung dan shawl yang sedia ada.  Kali ini, mummy melaram dengan shawl esklusif bermanik dari N.U.R EXCLUSIVE KUALA LUMPUR. Fuh..memang mummy tak tipu..lawa-lawa shawl dari N.U.R Luxury Kuala Lumpur ini tau.

10 SEBAB MUMMY SUKA SHAWL EXCLUSIVE BERMANIK DARI N.U.R LUXURY KUALA LUMPUR :-


1. Berkualiti tinggi dari heavy Chiffon.
2. Maniknya juga berkualiti, dari jauh dan nampak lip lap lip lap
3. Panjangnya 1.8 meter..memang rasa puas mummy melilit. Macam-macam gaya boleh di pelbagaikan.
4. Lebarnya pula 0.8 meter. Ha..memang lebar. Bila pakai tak ada ternampak leher. Kemas tertutup rapi je.
5. Di datangkan dengan pelbagai warna. 
6. Harga yang berpatutan dan boleh di katakan murah juga !
7. Mudah cuci, mudah di gosok dan tidak cepat ronyok.
8. Material kainnya sejuk. Tak paans bila pakai
9. Yang paling best shawl ni limited edition tau. Coraknya juga esklusif. Tak dapat di mana-mana coraknya. Hanya ada di N.U.R EXCLUSIVE KUALA LUMPUR.
10. Ada 2 pilihan shawl bermanik dari N.U.R EXCLUSIVE KUALA LUMPUR La Fleur Shawl  dan Lixy Fleur Shawl

SHAWL BERMANIK N.U.R EXCLUSIVE KUALA LUMPUR (NLX) : NLX La Fleur Shawl


SHAWL EXCLUSIVE BERMANIK MURAH DAN CANTIK DARI N.U.R LUXURY KUALA LUMPUR

SHAWL EXCLUSIVE BERMANIK MURAH DAN CANTIK DARI N.U.R LUXURY KUALA LUMPUR

SHAWL EXCLUSIVE BERMANIK MURAH DAN CANTIK DARI N.U.R LUXURY KUALA LUMPUR

Mummy menggayakan Shawl bermanik dari N.U.R Exclusive Kuala Lumpur - NLX La Fleur Shawl berwarna Sea Green. 

Mudah di sesuaikan dengan pakaian formal atau tidak formal seperti ke pejabat, majlis rasmi, kenduri dan lain-lain.

Harga asal RM75
Harga promosi : RM69

SHAWL BERMANIK N.U.R EXCLUSIVE KUALA LUMPUR (NLX) : NLX Lixy Fleur Shawl




Shawl yang kedua ini pula, Shawl bermanik dari N.U.R Exclusive Kuala Lumpur - NLX Lixy Fleur Shawl berwarna Orange Peach. 

Shawl manik ala bunga tabur yang comel ini juga sesuai di padankan dengan semua pakaian seperti baju kemeja, t-shirt, baju kurung, kebaya dan juga jubah. 

Harga asal RM49
Harga promosi : RM100 untuk 3 helai

Seterusnya, mummy nak share tips penjagaan tudung heavy chiffon.




Tips Penjagaan Tudung Heavy Chiffon :

(1) Sebelum mencuci shawl heavy chiffon ini, mummy akan rendamkan sebentar di dalam air yang yang berisi sabun pencuci.

(2) Bilaskan shawl heavy chiffon dengan air bersih sehingga hilang sisa-sisa sabun. 

(3) Mummy akan keringkan shawl heavy chiffon dikawasan yang redup. Bukan dibawah matahari panas terik. Ini adalah untuk mengelakkan warna shawl heavy chiffon cepat pudar.


(4) Shawl heavy chiffon jangan diperah kuat. 

(5) Heavy chiffon tidak sesuai di cuci mesin. Ia akan merosakkan struktur heavy chiffon. 

(6) Jangan basuh heavy chiffon dengan pakaian lain. Khuatiri warna heavy chiffon akan bertukar.

(7) Pastikan heavy chiffon di gosok / iron dengan suhu yang rendah untuk mengelakkan terbakar. 

Di mana boleh dapatkan shawl bermanik dari N.U.R Exclusive Kuala Lumpur - NLX ?


SHAWL EXCLUSIVE BERMANIK MURAH DAN CANTIK DARI N.U.R LUXURY KUALA LUMPUR

Nak beli di mana shawl N.U.R Luxury Kuala Lumpur ? Mudah je nak beli. Boleh beli online atau pun walk ini ke :-


Nur Luxury Couture
(HQ) B2-2-2 , Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 012 986 2769 (Hotline)
Email : nurluxurycouture@gmail.com

Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot

$
0
0
Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot - Typical mummy..dah layan sinopsis Suri Hati Mr Pilot di SINI . Dok terfikir pula, lagu apa yang bakal hot OST Suri Hati Mr Pilot.

Ha....Dah jumpa pun. Jom layan lirik Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot

Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot


Tajuk : Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot
Nyanyian : Alif Satar duet Shila Amzah

LIRIK LAGU Selamanya Cinta OST Suri Hati Mr Pilot



Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) Mengembalikan Tenaga dan Memantapkan Wanita

$
0
0
Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) sangat membantu mummy beberapa minggu ini. Ada yang tanya mummy, tak penat ke travel setiap minggu? Mahu tak penat !! Huhu.. Mummy bernasib baik sebab ada Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia).

Baru mummy perasan, setiap minggu selama 3 minggu mummy pergi jalan-jalan. Alhamdulillah, kurang rasa penat walau travel dengan 2 orang anak kecil. Sebab Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia). Sangat membantu, tau !

Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) Mengembalikan Tenaga dan Memantapkan Dalaman dan Luaran Wanita 



Mesti ramai yang pelik dan belum tahu tentang Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia).

Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) adalah produk keluaran La Reena Rich Health and Beauty ini milik bumiputra. Diasaskan oleh Puan Norizalina Azhar.

Beliau telah mencuba produk ini sebelum menjualnya. Selain untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita. Suplemen wanita ini juga mampu melangsingkan tubuh badan seorang wanita. 

SIAPA HARUS MENGAMBIL MAMA MUDA JUICE + STEVIA (MM JUICE + STEVIA)?

Wanita yang bermasalah seperti di bawah ini amat di galakkan untuk mengambil Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) :-

Kulit semakin kendur
Kulit tidak sekata
Kerap letih dan lesu
Semua asset makin kendur
Masalah vagina longgar/kentut vagina
Lemah tenaga dalaman
Keputihan
Gatal-gatal di Miss V
Period tidak teratur
Lemak berkumpul
Kurang susu
Kerap kebas kaki dan tangan
Banyak angin/tidak lawas angin

Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) adalah salah satu suplemen tambahan berasaskan makanan sunnah juga. 

Ianya juga mengandungi stevia, tidak mengandungi gula. Bagus,kan !

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kandungan Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia). Jom kita tengok apa kandungan Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia)

Bahan-bahan Kandungan dalam Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia):


1.Kurma
2.Delima
3.Pueraria Mirifica
4.Pueraria Lobata
5.Kacip Fatimah
6.Manjakani
7.Akar Serapat
8.Collagen
9.Garcinia Cambogia
10.Kunyit
11.Halia
12.Mascotek
13.Stevia
14.Blackcurrent Flavour

Kalau semua nak tahu, bahan-bahan herba dalam Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) dipilih secara istimewa khas untuk khasiat dalaman dan luaran kaum wanita.

Pengalaman Mengambil jus Mama MudaMM Juice Stevia




Mummy dah dekat sebulan makan Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia), memang mummy sebenarnya ada masalah cepat letih.

Mana tak letih. Mummy dah la bekerja, blogger separuh masa, menyusukan 2 orang anak secara direct breastfeed, balik rumah lepas kerja nak buat kerja rumah lagi.


Bukan mengeluh, tapi..mummy memang perlukan suplemen tambahan supaya mummy sentaiasa bertenaga.

Alhamdulillah, selepas mengambil Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia)  mummy kurang rasa letih. Juga, jarang jatuh sakit. 

Paling best, apa tau ...Mummy masih boleh menyusukan 2 orang anak ! Ha...best,kan!

Apakah rasa jus Mama MudaMM Juice Stevia?

Rasanya sedap tau. Mummy suka sangat, rasa masam-masam manis macam air asam jawa pun ada.


Cara makan jus Mama MudaMM Juice Stevia

Mummy makan 1 sudu besar, 2 kali sehari. Seelok-eloknya gunakan sudu plastik atau penutup yang telah dibekalkan dlaam kotak Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia)

Tapi, disebabkan tiada kandungan madu dalam Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) . Nak gunakan sudu jenis lain pun tak ada masalah.

Testimoni Pengguna jus Mama MudaMM Juice Stevia


Testimoni Pengguna jus Mama Muda- MM Juice Stevia

Testimoni Pengguna jus Mama Muda- MM Juice Stevia

Harga Promosi Murah Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia)

Harga Asal Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) 1 botol ialah RM99.

Untuk harga promo Mama Muda Juice + Stevia (MM Juice + Stevia) 2 botol ialah RM150.  Tapi...jangan lupa gunakan promo MMAzlinda

Tarikh tamat promosi adalah pada 30 November 2016. Cepat dapatkan tau ! Mudah je..hanya Whatsapp ke : 012-3547392

Keterangan lanjut, boleh lawati :-







Viewing all 2984 articles
Browse latest View live