Quantcast
Channel: Bicara Mummy Azlinda Alin
Viewing all 2972 articles
Browse latest View live

Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda

$
0
0
Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda - Siapa tak mahu sihat secara kurus,kan? Mummy pun macam tu juga, sejak beranak 2 secara operation ini, memang sukar nak turunkan berat badan. Faktor umur dan metabolisma juga memainkan peranan juga. Tapi, sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaiiannya. Bukan tiada jalan penyelesaian. Baru-baru ini mummy mendapat tahu tentang Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda.

Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda


Jom mummy perkenalkan terlebih dahulu siapa Dr Malinda ini. Dr Malinda merupakan Pakar Penuan Sihat dan Obesiti daripada Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultantcy. Mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai doktor perubatan dan pengasas Program Hcg selama 4 tahun. Ramai  peserta yang dah berjaya dalam mengikuti program beliau ini.

Sebelum mummy cerita tentang Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda . Jom baca tentang obesiti dahulu. 

APAKAH ITU OBESITI?

OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.

Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Peperangan Alaf Baru!

ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :
BMI > 23
Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) – Lelaki
> 80 cm (35 inch) - Wanita

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.

Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%

BAHAYA OBESITI
Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :
- Diabetes (Kencing manis)
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Kolestrol Tinggi
- Penyakit jantung koronari
- Stroke (Angin Ahmar)
- Batu hempedu
- Kanser Payudara
- Kanser Prostat
- Kanser kolon (usus besar)
- Masalah pernafasan (respiratori)
- Masalah muskuloskeletal
- Vena varikos
- Masalah kulit
- Osteoarthritis
- Penyakit Alzheimer’s
- Gout
- Sleep Apnea
- Infertility (Ketidaksuburan)
- Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
- Depresi

Ok setel cerita bab OBESITI. Tak sabar nak tahu tentang Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda, kan? Ha....Jom kita tengok apakah pula Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda


APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.


hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.


Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.


BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.


Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan.


Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.


Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.


APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.


DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?
Jangan Risau.
Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda!
Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.


Melalui proses cleasing dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.


ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?
BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.


BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.


Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).


ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?
Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.


Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.


BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?
Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!


Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.


TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?
Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.


APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?
Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.


APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?
Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan. Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.


Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!


ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?
Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil.


Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.


KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?


Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!


Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.


Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.




BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?


Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi. Sediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.


Matlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.

Kuatkan semangat untuk melawan nafsu & keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.


Testimoni Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda
Seperti penceritaan awal mummy, mummy ada memberitahu bahawa Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda ini telah membuktikan ramai peserta yang berjaya.

Jom kita lihat testimoni yang berjaya dalam Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda.

Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda

Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda

Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda

Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda




Testimoni lain, boleh lihat dan baca di SINI


Jika ada yang berminat untuk ikuti Program Kurus Secara Sihat Diet HCG Dr Malinda. Boleh hubungi :-



No. Tel: +6017 508 4430 (Dr. Malinda)

Resepi Mudah Kedondong Gula Cili Api

$
0
0
Malam-malam bila lapar, ada pula stok buah kedondong dalam peti ais. Terus keluar idea buat Kedondong Gula Cili Api. Resepinya pun tak susah mana. Oleh dek kerana tekak nak makan. Terus buat projek Kedondong Gula Cili Api. Nak ikutkan, boleh juga buat kicap gula cili api. Cili Api di tumbukan. Tapi..lambat pula nanti siap, kan...dah tak mudah pulak jadinya. hehehehe

Nak makan gitu buah kedondong. Mummy memang jenis tak tahan nak makan buah kedondong gitu.. Rasanyakan masam-masam. 

RESEPI MUDAH KEDONDONG GULA CILI API


RESEPI MUDAH KEDONDONG GULA CILI API

  • Cuci bersih 8 biji kedondong yang telah di sejukkan dalam peti ais. mummy suka makan buah ketika sejuk.
  • Rendam sebentar dengan air garam.
  • Potong kedondong ikut suka potongannya
  • Tabur 4 sudu gula
  • Setengah sudu garam
  • 5 batang cili api potong halus
  • Gaul rata.
  • Boleh makan terus.


RESEPI MUDAH KEDONDONG GULA CILI API

Ni ada lagi stok kedondong. tengok esok lusa buat sambal kicap ke macamana.

RESEPI MUDAH KEDONDONG GULA CILI API

 Merecik o....sambil makan kedondong gula cili api ni..sambil tonton gegar vaganza. hehehehe sodap !!

REM TERSINGKIR DI GEGAR VAGANZA 3 (GV3), MINGGU KETIGA

$
0
0
Gegar Vaganza GV3 Minggu ketiga malam tadi memang mengegarkan. Dalam masa yang sama, final piala Malaysia 2016 pula. Selangor melawan Kedah. Daddy yang baik hati memberikan mummy ruang menonton GV3 Gegar Vaganza (GV3). Mummy tak kisah pun, kalau nk tonton bola di TV.

Kerana mummy ada astro on the go. Boleh tonton Gegar Vaganza 3 (GV3) melalui HP. Tapi, daddy tetap bukakan siaran Gegar Vaganza (GV3) di televisyen. Tq my beloved husband ! :)

Ok..lagu pentas Gegar Vaganza 3 (GV3) Musim ketiga ini memang mencabar para peserta. 

REM TERSINGKIR DI GEGAR VAGANZA 3 (GV3), MINGGU KETIGA

TEMA GEGAR VAGANZA 3, MINGGU KETIGA TEMA "ADA BRAN"?


Tema Gegar Vaganza 3 Minggu ketiga di berikan tema "ada bran?"Antara lagu yang akan di persembahkan :-

Ameng - Lelaki seperti aku
Intan - Penantian
Shidi - Mengapa dikenang, mengapa difikir
Zur Eda - Karma
Rem - Penawar Rindu
Nora - Sudah Ku Tahu
Gmie - Seni berzaman
Siti Sarah - Joget Sayang di Sayang
Zarul - Generasiku
Azharina - No Women No Cry
Elly Mazlein - Perawan atau Janda

Untuk Gegar Vaganza 3, mummy sokong Intan Sarafina, Ameng dan Elly Mazlein. Peserta lain juga bagus dan terbaik. Seperti Azharina, Sarah vokal mereka memang superb. 

Cuma, kita tunggu genre lagu akan datang pula.

Elly Mazlein minggu ini, boleh pula lupa lirik. Allahu ! Nasib baik..terselamat lagi !


REM TERSINGKIR DALAM GEGAR VAGANZA 3, MUSIM KETIGA.


Seperti minggu ini, Rem yang mempunyai vokal yang bagus juga telah meninggalkan pentas Gegar Vaganza GV3 malam tadi pada minggu ketiga. Mungkin rezeki tidak meyebelahinya.

Dalam masa yang sama, lagu yang di bawakan oleh Rem malam tadi tidak mendapat pujian penuh dari para juri.

Semoga berjaya di luar ya, Rem. Tahniah untuk album single yang terbaru !


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

$
0
0
Baru-baru ini, mummy mencuba set kecantikan untuk kulit wajah dari Deeja Cosmetic. Banyak review positif, tu yang makin mummy tak sabar nak mencuba produk Deeja Cosmetic. Selain itu, juga produk Deeja Cosmetic ini ada masuk dalam TV3. Famous juga Deeja Cosmetic ni, kan?

Bagi yang belum tahu apakah itu Deeja Cosmetic, jom baca entri ini sehingga habis ye.


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari


APA DIA DEEJA COSMETIC?


Deeja Cosmetic ini di asaskan oleh artis Malaysia yang bernama Sherry Ibrahim.

Beliau telah mengeluarkan produk kecantikan Deeja Cosmetic produk yang mengandungi pencuci muka, toner, krim siang, krim malam dan krim nano malam. Keayuan wajah dalam masa 5 hari. Haaaa..part ni paling best kan !


BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM DEEJA COSMETIC


Deeja Cosmetic yang dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi dan herba-herba terpilih. Seperti kunyit, air mawar, ekstrak carrot, extrak aloe vera dan bahan lain.


SIAPA BOLEH GUNAKAN PRODUK DEEJA COSMETIC?


Produk Deeja cosmetic ini, bukan untuk orang perempuan je tau ! Deeja Cosmetic ini sesuai untuk kaum lelaki juga. 

Deeja Cosmetic juga sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit sensitif, jerawat, jeragat, pigmentasi, berminyak di zon T, 'black head', bintik-bintik halus di muka dan lain-lain lagi. 

Deeja Cosmetic ni boleh digunakan untuk peringkat umur 16 tahun dan keatas.


Cara Pakai Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set




Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari




1. Gunakan Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic 


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic berbentuk bar, segi empat. Seperti biasa, kalau nak jimat. Kene kerat sabun ini ye.

Mummy bersihkan muka dengan basahkan sedikit air dan sapukan sabun pembersih muka Deeja Cosmetic ke muka. 

Urut perlahan-lahan secara manja di wajah.

Selepas itu, bilas bersih. Erm....segar sangat. Kulit bersih, lembut dan tidak terlalu tegang 

Sabun ni menggunakan bahan-bahan seperti Carrot, Susu dan Air Mawar tau dan bahan-bahan ni memang sangat sesuai untuk menghalang dari jerawat, kulit kering di samping dapat menjadikan kulit kita lebih cerah. Masalah eyebag pun dapat diatasi kalau korang menggunakan sabun pembersih muka dari Deeja Cosmetic ni ! Sangat puas hati lah...

2. Tepekkan Toner Nano Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Selesai bersihkan muka dengan sabun pembersih Deeja Cosmetic. Tepekkan atau tepuk-tepukkan toner Nano Deeja Cosmetic di wajah. Toner ini best sangat, cepat meresap dan tak melekit, baunya pun wangi sebab ianya mengandungi Air Mawar dan Aloe Vera. 


3. Sapu Rata Krim Siang SPF 50 Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Siap gunakan toner nano Deeja Cosmetic. Sapu rata krim siang pula, krim ni calit-calit dan ratakan je. Mudah.

Krim Siang SPF 50 Deeja Cosmetic ini mengandungi biji Almond, Biji Tomato dan Aloe Vera. 

BIla gunakan Krim Siang SPF 50 Deeja Cosmetic ini, warna kulit lebih sekata, lembut dan pori-pori juga semakin kecil.

4. Untuk Malam, Sapukan Krim Malam Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari

Krim Malam Deeja Cosmetic ini di gunakan pada waktu malam. Mummy gunakan selepas mencuci dengan sabun pembersih Deeja Cosmetic dan selepas di sapukan toner Nano Deeja Cosmetic.

Krim Malam Deeja Cosmetic ini mengandungi 4 bahan utama iaitu AHA (Alpha Hidroxy Acid), Vitamin E, Retinoid Acid dan juga Gliserin. 

Apa yang best krim malam ini, ianya tak melekit. Bangun tidur pagi pun kulit mummy tak melekit. Best sangat !


5. Dan Jangan Lupa Pada Waktu Malam Sapukan Krim Nano Deeja Cosmetic


Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari


Akhir sekali, selepas sapu rata, Krim Malam Deeja Cosmetic. Sapukan pula Krim Nano ni sebagai lapisan kedua tidur. 

Warna Krim Nano Deeja Cosmetic, berwarna kuning kerana mengandungi kunyit.Bila sapu ke muka pun kulit akan menjadi kekuning-kuningan. tapi..jangan risau. Bukan selama-lamanya kuning ye

Seperti mana kita tahu, banyak kebaikkan kunyit ini.Mummy akui, selepas mummy gunakan Krim Nano ini. Kulit mummy kurang gatal-gatal. Masalah selsema pun kurang.

Testimoni Mummy Menggunakan Set Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set



Deeja Cosmetic Kulit Cantik dan Ayu Dalam Masa 5 Hari
Sebelum menggunakan Set Deeja Cosmetic


Selepas seminggu menggunakan set Deeja Cosmetics


Setelah menggunakan set ini, kulit mummy mudah untuk di bersihkan. Nasi atau cacing di muka tu (whitehead)...mudah keluar. Tak perlu picit-picit lagi. Gosok-gosok je dah keluar. Kulit pun lebih lembut.

Lagi satu, yang mummy suka tentang Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set ini, ianya tidak mengelupaskan kulit. 


Testimoni Lain dari Pengguna Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set :-


Testimoni Lain dari Pengguna Deeja Cosmetic



Testimoni Lain dari Pengguna Deeja Cosmetic

Testimoni menggunakan set Deeja Cosmetics, buka berseri, jerawat semakin hilang dan parut jerawat pudar.

Bagi mummy berbaloi memiliki set Deeja Cosmetic 5 Jenis Produk Dalam 1 Set kerana harganya sangat mampu milik iaitu RM85.00 (SM) dan RM90.00 (SS)


Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh terus hubungi :

INSTAGRAM : @deeja_cosmetic_hq
WHATSAPP : 019 - 694 5950


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

$
0
0
Siapa dalam dunia ini tak suka benda PERCUMA? Mummy pun triple suka tau, bila dapat tahu Pixajoy offer buat Business Card, Name Card atau Kad Nama (100pcs) secara PERCUMA. Mummy terus terjah website Pixajoy. Buka webiste terus tempah  Business Card, Name Card atau Kad Nama . Gelojoh sungguhkan !

Macamana tak gelojoh... Business Card, Name Card atau Kad Nama (100 pcs) dari Pixajoy secara PERCUMA ini ada limit tau, 50 pelanggan untuk sehari. Kang kalau lambat, tak dapat PERCUMA pula hehehehe. 

Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Ta da...... ini lah Business Card, Name Card atau Kad Nama mummy dari Pixajoy. Simple je,kan.

Mummy pilih design sedia ada dalam website Pixajoy tu, lepas tu.. edit sedikit-sedikit je. Siap !!

Sebenarnya, mummy masih ada balance 1 kotak lagi Business Card (blogger) stok dari tahun lepas. Dulu aktif pi event. Cepat je habis 2 kotak business card. 

Sekali buat dulu, 3 kotak terus. Sekarang dah jarang-jarang pi event. Tu yang lambat luak business card (blogger). Tapi tak pe, bukan ada expired pun kan. Yang penting data jangan di tukar. Kalau ada pertukaran. Kenalah tempah yang baru. huhuhu.

Penting ke tak business card? Sangat subjektif benda ini. Bagi mummy penting. Blogger ini , kadang-kadang secara tak langsung kita bekerja juga. Kebanyakan PR yang akan kita jumpa, pastinya akan bertanyakan tentang business card kita. Takkan nak bagi business card opis tempat kita kerja kan. 

Blogger sesama blogger pun, bila jumpa akan bertukar kad. Pendek kata, kena juga standby business card (blogger).

Kalau tak mahu buat pun tak pe, tak ada masalah pun.

Bagi yang ada business tak kira berniaga besar-besaran ke meniaga kecil-kecilan ke.. Perlu business card kan? Dah PERCUMA ini, boleh lah tempah terus ya !

Bila pos barang pada customer, boleh selitkan sekali business card tu :) Nak pos pada mummy sekeping dua pun ok gak :0 hehehehe


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Ini pula design kedua kad dari Pixajoy. Untuk Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry pula. Amacam? Ok tak designnya? Hahahaha design sedia ada juga ini, tambah gambar, taip sedikit dan edit fonts je. Siap !

CARA BUAT BUSINESS CARD DI PIXAJOY

Oh..nak buat business card di Pixajoy ini mudah je . Pastikan untuk buat design ni dengan menggunakan PC atau laptop. Buat melalui hand phone memang tak boleh, ye : -

2. Pilih design mana yang suka, nak create design sendiri pun boleh.
3. Edit
4. Confirmkan design
5. Save dan terus buat order.
6. Bayaran secara kad debit, kad kredit dan pay pal pun boleh.

Walaupun PERCUMA, tapi harus bayar delivery charge. Untuk semenanjung RM8.48 je untuk 1 kotak (100 pcs).

Oh ya..berapa kotak boleh buat ye? Sebulan boleh buat 1 kotak (100 pcs) Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy secara PERCUMA. Kalau dah tempah bulan ini, kene tunggu bulan lagi satu untuk tempahan yang baru.

Jom tempah Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy secara PERCUMA. Sementara promosi ini berlangsung :)


4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

$
0
0
Baru-baru ini, mummy telah mencuba wangian terbaru dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Ianya telah di lancarkan di negara ini, Malaysia. Apa yang menarik tentang haruman wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini, ianya memiliki keunikan tersendiri. Membuatkan orang di sekeliling menoleh, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai diri kita. 





Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

Syahirah dengan bangganya memperkenalkan koleksi terbaru wangian antarabangsa SYAHIRAH VITALIS. Yang disahkan halal oleh Majelis Ulama Indonesia.


4 Koleksi Wangian Haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne


Di datangkan dalam 4 wangian terbaik dan mewah iaitu Celebrite, Femme Chic, Haute Couture dan Glamstar. Gabungan bentuk botol yang elegan dan premium serta rona-rona terpilih yang berani dan terang menggambarkan personaliti harumannya yang unik, glamor dan anggun.


4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi


HAUTE COUTURE

Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Perpaduan rose, geranium, ylang ylang, woody dan musk yang begitu sensasional menciptakan keharuman yang ekspresif dalam setiap penampilan yang menarik.


FEMME CHIC

Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

Perpaduan buah-buahan segar dan vanilla musk yang berkelas menciptakan keharuman yang tahan lama untuk keanggunan yang sejati.


CELEBRITE

Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.


4 Wangian Wanita Syahirah Vitalis Eau De Cologne Yang Mewah dan Wangi

GLAM STAR

Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. 

Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Testimoni Mummy Tentang Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Mummy suka dengan keempat-empat wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini, kerana baunya wangi, harum, tidak tengik, baunya tidak menusuk hidung.

Sesuai di gunakan ketika ke pejabat dan beriadah juga.


Mummy gunakan botol hijau  Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne Glam Star. Best sangat, tahan 8 jam ketika berada di ofis.

Ketika beriadah (outdoor) pula, mummy gemar menggunakan botol merah wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne Haute Couture.

Mummy yakin, ramai yang suka dengan wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne kerana harganya sangat sangat mampu milik iaitu RM19.90 untuk 100ml.

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

$
0
0
Berbulan juga siapkan dan planning untuk Aqiqah Dzal Aidi Fiqry. Ada yang tanya, aqiqah baby baru ke? Huhuhu aqiqah baby tua ni, tapi masih belum baligh. Maka, masih ada tanggungjawab kami. Bila nak fikir bab aqiqah ini, kena juga tambah tolak kira-kira bajet semasa. Oleh kerana aqiqah ini, lebih afdhal di lakukan dengan duit dari bapa. Jadi, aqiqah Dzal Aidi Fiqry bergantung green light daddy.


Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry


Alhamdulillah, walaupun Dzal Aidi Fiqry dah berumur 2 tahun. Rezekinya aqiqah pada usianya itu. Masa Dhia Batrisya dulu, aqiqahnya ketika mummy dalam tempoh berpantang. Awal buat aqiqah Dhia Batrisya dulu. Mungkin rezeki Dhia Batrisya pada masa itu.

 
Kambing Dhia 3 tahun lepas ;)

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
Kambing Dzal

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
Door Gift dalam proses :)

Misi Persiapan Aqiqah Dzal Aidi Fiqry
 kad jemputan untuk di edarkan pada kumpulan Yassin dan surau ;)

Oleh kerana kali ini, aqiqah anak lelaki. Maka 2 ekor kambing akan di aqiqahkan. Seperti biasa, kami suka aqiqahkan depan mata dan aqiqah di tempat sendiri. Dan masak sendiri juga nanti. Kolot ke? Tak,kan? Dari segi pemilihan kambing, kami nak pilih kambing sendiri dan melihat kambing itu.

Ketika penyembelihan kambing aqiqah juga nak bawa anak lihat depan mata juga. 

Mencari kambing aqiqah ni pun makan masa, dekat sebulan juga mummy dan daddy survey untuk kambing Dzal Aidi Fiqry

Antara tempat yang shortlisted ialah di Ijok, Keramat (tempat beli kambing aqiqah Dhia Batrisya) dan Hulu Langat.

Oleh kerana hujung minggu aritu, hujan dengan kerap. Kami ambil keputusan ke kandang kambing di Hulu Langat je.



Sampai di sana, daddy puas hati dengan kambing yang ada, harga juga agak murah dan pilihan kambing juga banyak.

Terus kami booking terus kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.

Walaupun dah buat pendahuluan dan dah pilih kambing. Pihak penjual tetap berikan kelonggaran untuk kami menukar mana-mna kambing pada bila-bila masa.

Bagus,kan !

Sehari sebelum majlis, kami akan datang kembali untuk menyaksikan penyembelihan kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry.


Buat masa ini, inilah 2 ekor kambing aqiqah Dzal Aidi Fiqry telah di pilih. Bertanda oren.

Apa hukum aqiqah ini, ye? Jom kita tengok hukum aqiqah .

Hukum Aqiqah

Aqiqah hukumnya adalah sunnah muakkad, sekalipun orang tua dalam keadaan sulit. Aqiqah juga telah dilakukan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat. 

Hukum aqiqah adalah sunnah mu’akkad dan seharusnya tidak ditinggalkan oleh orang yang mampu melakukannya.

Aqiqah bagi anak laki-laki afdhalnya dengan dua ekor kambing, namun dengan seekor kambing juga dibolehkan. Sedangkan aqiqah bagi anak perempuan adalah dengan seekor kambing.

Waktu utama aqiqah adalah hari ke-7 kelahiran, kemudian hari ke-14 kelahiran, kemudian hari ke-21 kelahiran, kemudian setelah itu terserah tanpa melihat hari kelipatan tujuh. Pendapat ini adalah pendapat ulama Hambali, namun dinilai lemah oleh ulama Malikiyah. 

Aqiqah asalnya menjadi tanggungjawab ayah selaku pemberi nafkah. Aqiqah ditunaikan dari harta ayah, bukan dari harta anak. Orang lain tidak boleh melaksanakan aqiqah selain melalui izin ayah. (Shahih Fiqih Sunnah, 2/382)

Imam Asy Syafie mensyaratkan bahawa aqiqah adalah untuk orang yang mampu. 

Imam Asy Syafie berpendapat bahawa aqiqah boleh di lakukan pada bila-bila masa. Namun disarankan agar tidak dibuat ketika sudah baligh. Jika aqiqah ketika sudah baligh. Maka, ianya tidak wajib di buat oleh bapanya atau orang tua. Tetapi, anak punya pilihan, boleh mengaqiqahi dirinya sendiri atau tidak. 

Dalam aqiqah ini mengandung unsur perlindungan dari syaitan yang dapat mengganggu anak yang terlahir itu, dan ini sesuai dengan makna hadits, yang ertinya: "Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya." 

Sehingga anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya Allah lebih terlindung dari gangguan syaithan yang sering mengganggu anak-anak. Hal inilah yang dimaksud oleh Al Imam Ibunu Al Qayyim Al Jauziyah "bahawa lepasnya dia dari syaitan tergadai oleh aqiqahnya".

Aqiqah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan: "Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya)"

Sumber : google 

SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

$
0
0
SUSU Anmum™ Essential UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN . Bukan mudah nak pilih susu tepung atau susu formula ni. Pastinya, kita sebagai ibu bapa mahukan susu terbaik buat si manja kita. Mummy pasti, ramai ibu bapa di luar sana akan memilih dan menitikberatkan kandungan nutrisi dalam susu tepung atau susu formula. Mummy pun macam tu juga, masuk pasaraya baca nutrisi dahulu. Kerana tidak semua susu tepung atau susu formula mengandungi kandungan yang sama. Bagaimana dengan kandungan gula tambahan? Adakah kita pasti susu tepung atau susu formula si manja kita tidak mengandungi gula tambahan? Mummy dapat tahu bahawa susu formula atau susu tepung Anmum™ Essential tidak mengandungi gula tambahan.


SUSU ANMUM UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Anmum™ Essential mengandungi nutrien penting untuk anak kita, tetapi tidak mengandungi gula tambahan.

APAKAH IA GULA TAMBAHAN



SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Ada apa dalam susu? Dalam sedar tak sedar, sebenarnya gula tambahan ini ada di dalam susu tepung atau susu formula. Gula tambahan yang ditambahkan ke dalam susu tepung atau susu formula apabila ia diproses atau disediakan. Ini tidak termasuk gula semulajadi seperti di dalam susu dan buah-buahan. Nama bagi gula tambahan ialah gula perang, pepejal sirap jagung, dekstrosa, fruktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltosa, maltodekstrin dan gula putih.

Mummy baru tahu nama-nama gula tambahan ini, lepas ini..mummy kene baca label betul-betul sebelum membeli susu untuk anak-anak.

SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


Mummy harus menyemak label kandungan susu tepung atau susu formula terlebih dahulu. Pastikan tiada gula tambahan di dalamnya. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


KENAPA DENGAN GULA TAMBAHAN?

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, apa efek susu formula dan susu tepung yang ada gula tambahan ini? Gula tambahan merbahaya untuk anak kecil kerana ianya boleh mengakibatkan obesiti dan ketidakstabilan dalam metabolisma dalam badan.

Mengikut Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013.

Kanak-kanak yang berusia 2- 6 tahun tidak boleh mengambil lebih dari 3 sudu gula sehari.

Manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun tidak di galakkan untuk mengambil 7 sudu gula dalam masa sehari.

KEMPEN ANMUM ESSENTIAL - ADA APA DALAM SUSU



SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Untuk pastikan susu formula atau susu tepung anak kita tiada gula tambahan. Jom bertukarlah kepada Anmum™ Essential. Kerana Anmum™ Essential tiada gula tambahan di dalamnya . Dengan ini, anak kita bukan sahaja mendapat nutrien penting seperti GA® dan DHA, tetapi ia juga tidak mengandungi Gula Tambahan.


Jika sebelum ini, meminum susu formula atau susu tepung  bukan dari Anmum™ Essential tetapi mahu bertukar ke Anmum™ Essential.

Pastikan mengikut langkah-langkah ini jika mahu bertukar susu. Jangan terus menukar susu secara terus. 

Penukaran jenama susu tepung atau susu formula harus melakukan dengan berperingkat. Supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri. 


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


VIDEO KESEDARAN Anmum™ Essential TIADA GULA TAMBAHAN



Ini pula video kesedaran dari Anmum™ Essential tiada gula tambahan. Pastikan anak kita sihat walafiat ye !

Info tentang Anmum™ Essential tiada gula tambahan : http://www.anmum.com.my/happenings/added-sugars-bm/

Selanjutnya, boleh lawati :-





Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

$
0
0
Sapa suka makan rojak manis? Yeay...sep sket ! Mummy memang suka sangat rojak manis ni. Rojak manis ni lebih kurang rojak kat mamak. Cuma, ada lain sedikit bahan mummy guna. Pendek kata, rojak ini,,,,buat sendiri puas hati. Boleh tambah dan kurangkan ikut citarasa sendiri.

Kenapa panggil rojak manis? Ha..bab ini, tak tahu lah...ken memang orang Johor panggil rojak manis,ye? Mummy ikutkan je panggilan yang mak bagi. Dah katanya rojak manis, maka rojak manis lah kita panggil :)


Resepi rojak manis ini tak susah pun sebenarnya..bahan utamanya adalah kuah kacang. Jom tengok resepi rojak manis ini.


Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

RESEPI ROJAK MANIS

Resipi kuah kacang boleh refer di : SINI


Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

BAHAN-BAHAN ROJAK MANIS

Cucur udang secukupnya 
5 biji telur rebus (ikut citarasa sendiri)
5 biji kentang, rebus hingga empuk, biar sejuk dan dipotong
Daun salad secukupnya, cuci, toskan dan potong
Tauhu (digoreng dan potong kecil)
Timun (dihiris)
Sengkuang (dihiris)
Sotong (di rebus, di toskan dan di potong)

BAHAN-BAHAN CUCUR UDANG :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 camca besar gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh penuh instant yeast
1/2 camca teh serbuk kunyit @ beberapa titik pewarna kuning makanan
1 cawan + 2 camca besar air
1/2 kg udang saiz sederhana.
1 ikat daun kucai

Resipi Mudah Rojak Manis Kuah Kacang

CARA MEMBUAT ROJAK MANIS


CUCUR UDANG :- 
1. Campurkan bahan di atas, gaulkan rata.
2. Ambil 1 senduk tepun tadi letakkan udang dalam nya dan masukkan ke dalam kuali berminyak panas
3. Goreng satu persatu hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.
5. Setelah sejuk, boleh potong kecil.

Setelah kesemua bahan, dan telah di potong. Hidangkan dan boleh di gaulkan bersama kuah kacang. Auuummms sedap merecik tau ! Selamat mencuba 

BOH GREEN TEA LATTE SEDAP !

$
0
0
Mummy memang peminat Green Tea Latte, paling minat yang kat Starbucks la kan. Tapi, kalau nak kesana setiap hari pekena Green Tea Latte. Boleh bankrupt kot ! Dan..baru-baru ini, terjumpa Green Tea Latte 3 in 1 jenama BOH di pasaraya. Apa lagiiiiiii... amek 1 terus. Nak kata tak bagus produk 3 in 1 ini entahlah ye. Tapi, apa yang mummy baca tentang BOH Green Tea Latte ini, ianya mengandungi stevia. Bukan mengandungi gula.

BOH Green Tea Latte

Macamana rasa BOH Green Tea Latte, rasanya sedap macam green tea latte Starbucks . Cuma kurang creamy. Kat Starbucks tu very ceramy sebab mummy suka letak whipped cream.

Tak silapnya, dalam 1 pek BOH Green Tea Latte ada 12 pcs harga tak sampai RM10 (kalau salah jangan marah..lupa harga).

BOH Green Tea Latte

Bagi peminat Green Tea Latte, jangan lupa untuk mencuba BOH Green Tea Latte tau ! 

DRAMA AWAK SANGAT NAKAL LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL

$
0
0
DRAMA AWAK SANGAT NAKAL ADAPTASI NOVEL yang bakal ditayangkan di ASTRO RIA dan ASTRO RIA HD bagi menggantikan drama Surihati Mr Pilot. Mummy dah tengok trailer Awak Sangat Nakal. Nampak menarik sangat cerita tu. Lakonan yang agak nakal dari Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad. Tak berganjak lagi lah 10 malam mummy depan tv tu nanti hehehe. Dan..takkan di lupakan rekod sesiap. Kalau terlepas, boleh tengok semula.

Ini pula sinopsis Awak sangat nakal.


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL  LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL  LAKONAN AYDA JEBAT DAN SHARNAAZ AHMAD ADAPTASI NOVEL


Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”

“Jo..”

“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!

Tak sabar mummy nak tunggu Isnin ni 7 November 2016 

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

$
0
0
Kali ini, mummy nak share pengalaman mummy menggunakan FemMist Semburan Antibakteria dan Anti Radang khas untuk kawasan Intim Wanita (Miss V) dari  Ekstrak Manggis. Ketoksikan FemMist Semburan Antibakteria dan Anti Radang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis telah di uji bahagian Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Melalui penyelidikan bersama dengan Universiti Taylor, ia telah membuktikan bahawa FemMist® Semburan Antibakteria dan Anti Radang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis berkesan untuk membasmi beberapa mikroorganisma yang paling biasa, termasuk Candida albicans, yis yang bertanggungjawab menyebabkan rasa tidak selesa pada faraj.

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

Apakah itu FemMist® ?


Produk FemMist® adalah satu produk baru dalam pasaran. FemMist®  pembersih kawasan intim wanita (Miss V) yang beebentuk semburan. 

Berfungsi sebagai anti radang dan anti bakteria.

FemMist® mengandungi ekstrak manggis yang mempunyai ladang di Jelebu dan beberapa kawasan lain di Malaysia

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

Manfaat FemMist®


• Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina
• Anti-bakteria dan anti-fungus
• Mengatasi masalah keputihan
• Menghilangkan gatal-gatal dan inflamasi
• Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh
• Kesan melecet
• Menganjalkan dan memutihkan
• Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan
• Pembungkusan yang tidak menonjol dan mudah dibawa bersama
• Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang
peringkat proses).


6 Fakta Perlu tahu Tentang FemMist®

1. FemMist® tidak menyakitkan semasa digunakan kerana sebenarnya ia adalah berdasarkan semburan yang menjadikannya penggunaan tanpa sentuhan.

2. FemMist® mempunyai 2 mekanisme yang berfungsi sebagai:
-Anti- radang (Mengurangkan Kegatalan dan Bengkak)
-Anti-bakteria / Mikrob (Mencegah/Henti dan basmi yis berbahaya dan bakteria yang menyebabkan 

3. FemMist® di buat bentuk semburan kerana medium yang paling berkesan untuk menyampaikan ekstrak FemMist® adalah dalam bentuk semburan

4.  FemMist® tidak mengandungi Steroid , Antibiotik atau Agen Peluntur

5. FemMist® adalah bebas daripada wangian / minyak wangi / bau. Kami menggunakan 100% semulajadi minyak pati lavender sahaja. Ia berfungsi untuk menenangkan dan melegakan kerengsaan juga!

6. Di reka designnya berbentuk tidak terlalu besar untuk membolehkan pengguna mudah bawa kemana sahaja.

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis


Apakah bahan-bahan yang ada di dalam FemMist®?
Akua, DermaXan™ (Garcinia mangostana), PEG-40 hydrogenated minyak kastor (Bebas dari 1,4 dioxane ), Vitamin E, 2-phenylethanol (ekstrak dari ros), caprylyl glycol (ekstrak dari ros) dan minyak Lavendula augustifolia (lavender tulen).

Bakteria atau mikrob jenis apa yang telah diuji?
Antara bakteria yang telah di uji ialah :-
Staphylococcus aureus MRSA (ATCC43300)
Streptococcus pyogenes
Pseudomonas aeruginosa
Candida albicans (Yeast Infection)
Staphylococcus mutans (ATCC25175)
Streptococcus pyogenes (ATCC 19615)
Staphylococcus aureus (ATCC 25923)
Porphyromonas gingivalis (ATCC 33277)
Diabetic wound antibiotic resistant Yersiniaenterocolitica
Diabetic wound antibiotic resistant Proteus Mirabilis

Apa yang mummy suka dengan produk ialah ianya bukan sahaja menjaga dan mengubati kawasan intim wanita (Miss V) malah ianya bebas daripada:
SLS
Paraben
Dioxanes
Agen Peluntur (Chlorides & Peroxides)
Phthalates
Acrylics
Sulphates
Steroids
Antibiotik

Mengapa kaun wanita perlu menggunakan pencuci feminin?
Keputihan, kekeringan, gatal-gatal, kebocoran kencing dan bau merupakan beberapa masalah biasa yang dialami oleh wanita. Ia adalah disyorkan untuk memastikan kawasan faraj bersih untuk kesihatan dan kebersihan faraj serta keselesaan peribadi.


Cara Penggunaan FemMist
Ianya di cadangkan:-
1. Gunakan tiga kali sehari, atau selepas ke tandas agar kekal segar sepanjang hari.
2. Biarkan 1-2 minit
3. Bilas

Produk syarikat ini telah mendapat: -
1. Pensijilan HALAL oleh JAKIM
2. Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3. Kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP

Mummy sangat yakin untuk menggunakan produk ini setelah mummy tahu ianya selamat dan di iktiraf.

Banyak kajian di jalankan sebelum terhasilnya FemMist. Memang mummy tak ragu-ragu !

Mummy highly recommended pada semua.

FemMist Semburan Antibakteria AntiRadang Intim Wanita (Miss V) Ekstrak Manggis

HARGA FemMist :-

RM48 sahaja. Macamana nak beli? Untuk pembelian Spray8 boleh terus ke SINI

Nak diskaun RM10 pula, jangan lupa gunakan kod : FBIO-33C


Selanjutnya, boleh layari :-


PERSONAL SHOPPER IKEA DAN KAISON DI TAIPING PERAK

$
0
0
Sebulan berkali-kali Personal Shopper IKEA dan KAISON ke KL dari Perak. Nampak sangat Personal Shopper IKEA dan KAISON Taiping Perak ini adalah trusted seller. Zaman sekarang ni, macam-macam berita mummy dengar yang berlaku antara seller dan buyer online ni, kan? Bagi mummy, sangat sangat sangat penting memilih trusted seller. Pilih personal shopper yang betul-betul boleh di percayai. Silap letak kepercayaan boleh rugi nanti.

Cerita bab IKEA dan KAISON. Ramai mak mak pak pak yang suka design rumah ala konsep IKEA dan juga KAISON. Sebab dekorasinya agak santai dan mengikut trend. Harga barangan IKEA dan KAISON juga tidak terlalu mahal seperti jenama lain.

Mummy pun suka..ada jugalah barangan IKEA dalam rumah. Tapi, belum 110% guna pakai konsep Ikea. Buat masa ni, rumah kami konsep anak-anak ... yang di penuhi dengan mainan. hahahaha.

Mesti ada peminat konsep IKEA dan KAISON stress sebab cawangan IKEA dan KAISON tidak banyak di Malaysia. Tapi..jangan risau. Sekarang ini, dah ada personal shopper untuk IKEA dan KAISON.

Jimat dan duit tol, minyak dan masa. IKEA ni bukan sentiasa lenggang. Si daddy budak-budak ni sendiri pun kurang gemar ke IKEA. 

Jadi...nak mudah kerja. Order dan beli sahaja dengan Personal Shopper IKEA dan KAISON .

Berita baik untuk orang PERAK terutama di TAIPING. Ada trusted Personal Shopper IKEA dan KAISON di sana tau !!

Personal Shopper IKEA dan KAISON Taiping


PERSONAL SHOPPER IKEA DAN KAISON DI TAIPING PERAK


Boleh jumpa mereka dan cuci mata barangan IKEA dan KAISON di facebook PS Ikea/ Kaison Taiping

Atau terus ke group Whatapps Ps Ikea/Kaison Taiping dengan klik di https://chat.whatsapp.com/BBX4yOhzDc9IBRPYlUUJYm

Lepas klik link di atas, terus automatik akan masuk group Personal Shopper IKEA dan KAISON 😊😊

Mudah je !!

ELLY MAZLEIN BUKAN TERSINGKIR DALAM GEGARVAGANZA 3 TAPI DIA MINTA DI SINGKIRKAN

$
0
0
Ya Allah terkejut tau malam tadi Elly Mazlein tersingkir dalam Gegar Vaganza 2016 Musim Ketiga di minggu keempat. Lagu Elln pada minggu ini JANGAN MENANGIS SAYANG di bawakan dengan baik sekali oleh Elly Mazlein. huhu macamana boleh terkeluar pula ye !

ELLY MAZLEIN BUKAN TERSINGKIR DALAM GEGARVAGANZA 3 TAPI DIA MINTA DI SINGKIRKAN


Mummy perasan juga macam ada tak kena dengan Elly Mazlein. Masuk pentas #adalaguadalagi pun lambat. Dengan muka sedih tak senyum. 

Pada mulanya, mummy berpendapat Elly tak sihat. Sebab dekat ig Ellyn, nampak Elly ni macam ada semput.

Tapi, bila terbaca di ig Dato Seri Vida interview Elly Mazlein sendiri.

Rupa-rupanya, Elly dendiri yang minta keluar dari GV3. Kerana komen Dato Ramli MS.

Allah Elly...nampak Elly senyum je ketika di komen.

Rupanya, ada terluka di situ.

Jika boleh..mummy nak Elly masuk ke GV3 kembali.

Tapi...kadangkala...kita harus hormat keputusan tuan empunya diri.


MINUMAN EPHYRA PREMIUM KOLAGEN UNTUK TENAGA, KECANTIKAN LUARAN DAN DALAMAN

$
0
0
Minuman wajib yang ada di rumah mummy ialah Ephyra Premium Kolagen. Kisah minuman Ephyra Premium Kolagen ini... Sebenarnya, bukanlah pertama kali bagi mummy. Cerita kisah minuman Premium kolagen Ephyra ini,mummy pernah tulis di SINI .

8 AGEN ANTIOKSIDA YANG ADA DALAM MINUMAN EPHYRA PREMIUM KOLAGEN

Walaupun kulit mummy nampak macam tak ada masalah, tapi semakin meningkat umur kita, semakin banyak protein dalam kulit mula hilang dan kurang. Bila ianya hilang dan kurang, kulit cepat menjadi kedut dan kusam. 

Mummy tak mahu kulit mummy semakin berumur, semakin kusam. Apa kaitan dengan minuman kolagen Ephyra? Ha..Kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. Sebab tu, mummy amalkan minuman kolagen Ephyra. Nak bagi kulit mummy sihat. Bukan pada kulit wajah je. Tapi pada seluruh kulit yang ada.

8 AGEN ANTIOKSIDA YANG ADA DALAM MINUMAN EPHYRA PREMIUM KOLAGEN


Apa itu minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN?


Minuman Ephyra Premium Kolagen ialah sejenis minuman antioksida rasa seperti oren yang mengandungi kolagen. Ianya juga adalah minuman kesihatan dan kecantikan hasil rumusan semulajadi terbukti berkesan untuk segala masalah kulit seperti kusam, jerawat, jeragat, kulit kendur malah eczema. Rasanya yang sangat sedap tak masam dan tak berapa manis ini berbentuk sachet.

Terdiri daripada 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi, memperbaharui dan memberikan apa yang diperlukan oleh kulit.

Minuman Ephyra Premium Kolagen ini dihasilkan daripada rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato)yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.


8 AGEN ANTIOKSIDA YANG ADA DALAM MINUMAN EPHYRA PREMIUM KOLAGEN


Apa beza minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN dengan kolagen lain?

Minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN terhasil dari ikan terhidrolisis yang lebih tinggi khasiat daripada struktur kolagen ikan biasa. Minuman EPHYRA  PREMIUM KOLAGEN diformulasikan dengan kolagen ikan dihidrolisiskan (unit kecil molekul) yang membenarkan kolagen untuk diserap serta-merta oleh sel-sel dan memberikan hasil yang optimum.


Bilakah masa terbaik untuk mengambil minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN?


Mummy ambil minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN pada waktu pagi sebelum sarapan pagi dan pada waktu malam sebelum tidur. Dos yang di sarankan untuk minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN ialah :-
  • Dos pagi untuk penyerapan maksimum ketika perut kosong sebelum makan.
  • Dos malam pula dapat membaiki dan memulihkan sel-sel badan semasa tidur.


Cara Pengambilan Minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN.

Video ini, mummy ada tunjukkan cara pengambilan minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN. Mudah je :

1) Ambil 1 paket sehari sebelum sarapan atau sebelum tidur.

2) Untuk kesan lebih cepat, boleh ambil 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan malam.

3) Tuangkan 1 paket Ephyra ke dalam gelas yang berisi air suam atau air sejuk sebanyak 180ml. Elakkan dari mencampurkan dengan air panas dikhuatiri akan memusnahkan nutrient yg ada di dalam minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN.

4) Goncang dalam shaker EPHYRA PREMIUM KOLAGEN sehingga larut dan sedia untuk diminum.

Jangan lupa minum air putih banyak sekurang-kurangnya 3-4 liter air sehari supaya toksin dalam badan senang dikeluarkan.

Untuk kesan lebih efektif, elakkan kafein (kopi, minuman bergas,) sebab kafein boleh kurangkan keberkesanan vitamin c. Sekaligus kurangkan keberkesanan serapan gluta dalam badan.


Khasiat Minuman Ephyra Premium Kolagen
✔ Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
✔ Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
✔ Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
✔ Membantu memulihkan masalah kulit eczema
✔ Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
✔ Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
✔ Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan 
✔ Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
✔ Membantu menyeimbangkan tekanan darah 
✔ Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
✔ Meningkatkan sistem ketahanan badan. 
✔ Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
✔ Melegakan kesakitan sendi
✔ Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.

Khasiat minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN Ibu menyusu & berpantang
Jangan tak tahu ye minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang hamil atau pun menyusu badan seperti mummy. 

Antara khasiatnya:-
✔ luka cepat sembuh (terutama bagi ibu yg ceaser)
✔ susu badan melimpah + pekat (baby jd cepat kenyang)
✔ sembelit hilang
✔ kulit cerah berseri + glowing
✔ cepat hilang berat badan
✔ ibu akan rasa kenyang berpanjangan
✔ mengurangkan jaundis
✔ membuang angin dalam badan
✔ memberi tenaga kepada ibu
✔ menganjalkan kulit yg menggeleber semasa mengandung
✔ memperbaiki stretch mark
✔ menstabilkan hormon ibu
✔ mencantikkan kulit bayi


8 AGEN ANTIOKSIDA YANG ADA DALAM MINUMAN EPHYRA PREMIUM KOLAGEN

Testimoni Mummy Setelah Consume Minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN.

Seorang ibu yang menyusukan anak ni,kan. Memang cepat lapar dan cepat letih. Bayangkanlah setiap malam dalam masa beberapa jam. Mummy kena menyusukan anak.Penat,kan?

Alhamdulillah...Syukur, ada minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN yang sangat membantu mummy. Mummy kurang rasa letih walaupun hanya dapat tidur beberapa jam sehari je.

Lapar pun kurang..nak ikutkan. Breastfeed mom ini, selera makannya memang tak ingat dunia. Memanjang je lapar. Tapi, bila consume minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN, mummy cepat kenyang.

Selain itu, kulit mummy juga mudah di jaga. Kulit nampak sihat dan bermaya.

Mummy highly recommended minuman EPHYRA PREMIUM KOLAGEN ini.

Mummy bagi 4.5 / 5 bintang ☺

Keterangan lanjut dan untuk pembelian, boleh hubungi :

Web : www.oceanlife2u.com
Instagram: www.instagram.com/ephyra2u
Facebook: https://www.facebook.com/EphyraOceanlife2u/


LAGU OST AWAK SANGAT NAKAL - AYDA JEBAT

$
0
0
Semalam dah tengok episod 1 Awak Sangat Nakal lakonan Ayda Jebat dan sharnaaz Ahmad. Menarik jalan ceritanya. Episod 1 Awak Sangat Nakal berjaya tambat hati mummy dan Dhia. Hahaha Dhia pun suka. Ikut mummy layan drama sekali

LAGU OST AWAK SANGAT NAKAL - AYDA JEBAT


Paling Dhia suka lagunya..nakal..nakal...nakal.



LAGU OST AWAK SANGAT NAKAL - AYDA JEBAT



Kamu sangat nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Kamu sangat nakal

Kau buat hatiku terbang
Setiap kali memandang
Kau buat nafasku hilang
Senyum mu asyik ku kenang

Kau buat hatiku terbang
Setiap kali memandang
Kau buat nafasku hilang
Senyum mu asyik ku kenang eh

Kamu sangat nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Nakal nakal nakal
Kamu sangat nakal

Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun

$
0
0
Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun - Bila anak-anak dah besar ini, macam-macam keinginan mereka. Masing-masing dah pandai minat kartun. Dan ..ada favorite kartun sendiri pula, tu ! Dhia Batrisya paling minat kartun Frozen, Sofia, Princess. Dzal Aidi Fiqry pula lebih minat kartun yang ada perkataan 'man' spiderman, ultraman, batman, superman dan avengers pun minat juga. Siap hafal !


Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun



Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun



Dzal paling excited dapat beg. Almaklumlah anak nombor 2 ni selalu dapat barangan kakak je kan. Jarang-jarang dapat benda baru. Bila dapat beg cartoon animasi hard cover 3D (Beg Telur Kartun) versi baru datang dari kedai. Hrm,,,senyum sampai ke telinga. Tak berenggang dengan beg tu !

Mummy pun tetiba terharu, suka tengok anak-anak happy.

Hilang terus penat seharian bekerja !

Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D (Beg Telur Kartun) Untuk Anak

Bila nampak mummy bawa masuk stok Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun. Terus, semua dah pilih sorang satu Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun. Huhu. Oleh kerana beg cartoon animasi hard cover 3D (Beg Telur Kartun) ini jual murah. Sambutan sangat hangat. Stok sampai je..habis terjual.

Maka....inilah pilihan anak-anak. Senyum sampai ke telinga !

Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun

Minat dengan beg cartoon animasi hard cover 3D (Beg Telur Kartun) ? Jom baca sampai habis :)


Apa yang best tentang beg cartoon animasi hard cover 3D (Beg Telur Kartun) 

Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun

✔ Tingkatkan moral anak-anak supaya lebih bersemangat untuk ke sekolah dengan beg comel ni.
✔ Senyuman pasti terukir setiap kali anak mahu ke sekolah.
✔ Anak anda akan merasai keseronokan anda ketika kecil dulu selepas mendapat beg sekolah baru. 

Apa yang istimewa beg cartoon animasi hard cover 3D (Beg Telur Kartun)?

  • Design futuristik berbentuk bujur telur.
  • Gambar kartun popular masa kini.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang baru memasuki tadika, taska dan prasekolah.
  • Sesuai untuk menyimpan buku, mainan atau tuala kecil.
  • Sesuai untuk simpan barang-barang anak ketika pergi bercuti atau pulang ke kampung.

Butiran Produk beg cartoon animasi hard cover 3D (Beg Telur Kartun)

  • Material: ABS kalis air, fabrik & zip.
  • Saiz: 27 cm (L) x 13 cm (W) x 32 cm (H).
Hanya RM30.00 + RM8.00 pos (SM)
Hanya RM35.00 + RM12.00 pos (SS)

KOLEKSI TERHAD!
Buat masa ini, stok yang ada ialah :


Beg Cartoon Animasi Hard Cover 3D, Beg Telur Kartun


Tapi, untuk keterangan lanjut boleh terus ✆ WHATSAPP / PM
>> WHATSAPP 012-6460421 <<
>> WHATSAPP 012-6460421 <<
>> WHATSAPP 012-6460421 <<



TESTIMONI CANTIK PERSIS CELEBRITI SPA SHAH ALAM

$
0
0
Setiap orang mesti ada SPA favorite kan? Mummy pun sama gak, ada SPA favorite juga. Tentunya cantik persis Celebriti Secret SPA favorite mummy dan antara yang tersuka. Dan..bukan mummy sorang je suka tau dengan cantik persis Celebriti Secret SPA ini. Ramai blogger pun suka dan dah rasai berSPA di Celebriti Secret SPA ini.

Asyik baca pengalaman mummy ke SPA..Kali ini, kita baca pengalaman orang lain ke SPA .

Jom tengok dan baca testimoni pelanggan di Celebriti SPA, Seksyen 7 Shah Alam ini.

Testimoni Pelanggan di Celebriti SPA, Seksyen 7 Shah Alam 

TESTIMONI CANTIK PERSIS CELEBRITI SPA SHAH ALAM

Foto diatas adalah hasil sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Yang sebelah kiri tu hasil selepas facial, yg sebelah kanan tu sebelum tau. Boleh nampak perbezaannya, cuba perhatikan pipi sis pada foto sebelah kanan tu, senyum la sampai ke telinga sekalipun pun pipi x naik2 juga kan. Maklumlah time ni baru lepas pantang, paham-paham jela bila da beranak-pinak ni seri muka pun da mula berkurangan lagi-lagi umur da masuk 3series ni kan. Muka pun da mcm mak cik beranak 10 je huhuu. Mari kita lihat pula hasil selepas treatment pada foto sebelah kiri, wow vavavom kan, pipi ada naik gitu. Suami balik kerja tgk muka kita ada senyum sampai telinga da...katanya takdela nampak bekas-bekas parut jerawat dan bintik-bintik hitam lagi. Pipi pun da nampak tegang tak mcm dulu londeh je. Hamboi hihii.
Testimoni dari Asha yang berikan good feedback cantik persis Celebriti Secret SPA



I am feeling my skin moisture all day long and flawless skin
Testimoni dari Sherry tentang cantik persis Celebriti Secret SPA



Visiting @spa_best_murah for lifting facial .Bagusnya 👍Any friends over Shah Alam can try here . Good service
Testimoni dari Suki




Memang recommended. Tempat yang sangat selesa, nyaman, santai, cantik dan ape yang best staff dia sangat baik semasa melayan kita. Kiranya anda tidak kekok la disana.. Siap dapat free gift taw.
Testimoni dari Mummy Jasmeen mengenai cantik persisi Celebriti Secret SPA





harga yang di tawarkan sangat berpatutan. Tempat memang kemas dan bersih kalau buat rawatan di sini selesa sangat. layanan pun terbaik.
Testimoni dari Iuzira



Lepas dah buat rawatan ni kan , korang akan rasa perubahan ketara sangat , yang pasti semua white head dan black head hilang , muka licin jeee sampaikan suami aku tegur , dah-dahla pegang muka tuh ! haha nak wat camne , rasa licin amat je lepas buat rawatan , so sangat recommended
Testimoni dari Qaseh




bercerita tentang rawatan whitening coklat ni...satu pengalaman yang menarik..dari bersihkan muka...terus ke buang whitehead yang ada...huiiiii....sedap...sedap sangat si Nurin mengerjakan mula aku..menimbun white head berjaya dikeluarkan...muka rasa sakit betul...lepas tu baru la rawatan facial whitening coklat di aplikasikan ke muka...masa ni dengan bau coklat semerbak dimuka buat aku rasa nak makan je...wangi coklat tu buat aku rasa nak jilat2 je kulit muka...kalau la boleh kan..hehehehe....best...sangat- sangat best sebab lepas tu rasa segar sangat muka....rawatan selama 3 jam memang cukup puas hati...rasa segar aje muka....

Testimoni dari Suria Amanda




Promosi Hebat Celebriti SPA, Seksyen 7 Shah Alam 

Promosi hebat ini akan berlangsung dari 15 -18 NOVEMBER 2016.. JOM BOOKING SLOT.. SEMENTARA SLOT MASIH ADA..

~ JOM LADIES KE SPA HILANGKAN STRESS ~

WHITENING FACIAL PROMO NP RM128
NOWW!! RM68

📌Mencantikkan Kulit
📌Lebih Gebu
📌Lebih Flawless
📌Menaikkan Aura Seri Wajah
📌Menutup Liang-Liang Roma
📌Mengurangkan Kesan Parut Jerawat
📌Memberi Kesan Awet Muda
📌Mengurangkan Minyak di Muka

Manjakan diri hanya 1 jam !!

**Bagi Mengelakkan Masa Menunggu. Booking cepat ye!!

WhatsApps :

📲MIZZ NIESSA 019-6348332


Untuk dapatkan PROMO PRICE..Booking sebelum slot penuh.!!

CELEBRITI SKIN EXPERT
No. 6A, 1 st floor, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7, 40000 shah alam
Selangor.

Careline : 03-55194159 

Instagram: SPA BEST MURAH
Google+ : Cantik Persis

6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

$
0
0
Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Bila hari Jumaat ni, banyak tazkirah yang mummy dapat dari group Whatsapp yang ada. Mummy jarang nak forwardkan pada group Whatsapp yang lain. Sebab takut menggangu. Oleh kerana tazkirah Jumaat tu best untuk di baca dan di kongsikan. Mummy share di blog mummy terus. Tazkirah tentang bersangka baik.

Nak positif kena bersangka baik. Nakkan aura positif pun kene fikir yang baik-baik. insyaallah.

 6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI

6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI



1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 


Pendek kata, konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah. 


Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.


Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.


Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.


Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis diserata tempat..


Tazkirah pagi...dari group Whatsapp yang mummy terima.

Bila Mummy Kurang Sihat..

$
0
0
Kisah beberapa minggu lepas, bila mummy kurang sihat. Memang melepek sahaja di hujung minggu. Dah siap-siap bagi anak makan, minum, mandikan petang mereka semua. Terus mummy beritahu Dhia,"Mummy penat sangat, tak sihat...mummy makan ubat dan mummy tido sekejap ye !...Dhia jaga adik, adik pun jaga kakak, tau. Jangan main jauh-jauh. Main dekat-dekat mummy je". Dhia dan Dzal jawab,"ok, mummy".

Dah besar, boleh faham apa yang kita maksudkan. Tak lama pada tu, mummy tertido. Almaklumlahkan telan ubat selsema, demam dan batuk. Mana nak tahan sengkang mata kan..

Daddy as usual, minggu busy kerja hari itu 7 hari kerja sampai malam. Demi isterinya dan anak-anak. Alhamdulillah, daddy memang seorang yang rajin dan komit sangat dengan kerja. Bila daddy kerja keras cari duit, mummy pula kena lebihkan masa dengan anak-anak. Baru anak-anak tak rasa di pinggirkan.

Bila Mummy Kurang Sihat.


Bila Mummy Kurang Sihat..

Sebelum Maghrib, mummy terjaga sebab dorang dok main lari-lari, bising. Nasib baik dorang bising. Kalau senyap je, mau mummy pun lena sampai langgar Maghrib.

Bangun tidur, mummy buka handphone. Ya Allah, penuh gambar mummy tidur Dhia snap, pastu gambar Dhia selfie dan gambar adik sedang main.

Handphone mummy walau ada password tapi, camera still boleh buka. 

Gambar lain-lain yang banyak Dhia ambil tu. Mummy tak tepek dalam blog. Sebab ada gambar yang agak kurang sopan.

Time bila tak sihat sangat-sangat, begini lah mummy. Tapi, selagi boleh tahan..bertahan. 

Tak perlu kot nak "me time" sangat hehehe. Dah jadi mak-mak ni..kena lebih strong. Tak leh nak manja-manja sangat hehehe.

Berbanding zaman belum kahwin. Sakit sedikit, pun tak boleh nak keluar bilik. Nak tolong mak kat dapur? Erm...tak sihat kan. Nak tolong pun tak larat (kononnya lah)
Viewing all 2972 articles
Browse latest View live