Quantcast
Channel: Bicara Mummy Azlinda Alin
Viewing all 2984 articles
Browse latest View live

YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI

$
0
0
Kalau korang ada terbaca entri mummy sebelum ni kisah membida atau bid di Chilindo. Pastinya, korang tahu mummy ada menang bid di Chilindo. 2x bid..makanya. Kena buat 2x penghantaran. Sebab ter daftar keluar awal-awal tu. Nasib badan lah, kena cas pembayaran penghantaran sebanyak 2x huhu

Apapun, mummy rasa berbaloi jugak lah. Sebab barang mummy bid semua stok memurah je. Tak sanggup nak bid memahal. 

YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI



YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI


YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI

Parcel 2 kotak sebab dua kali bid :(


YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI

YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI

Menang bid sunglasses. Sempat melaram masa 44 days pantang. Haha..tu pilis kat kepala tu, jadi saksi hehe.

Mummy memang teringin nak sunglasses yang ala-ala cermin macam ni.

Huhu.. bila tunjuk kat daddy. Daddy terus berbunyi.."mana sunglasses RayBan original ?" ..haha. sudah ! Dah berkurun selongkar cari tak jumpa RayBan original. Sebab tu lah mummy pi beli lain :)


YEAY..BARANG BID DI CHILINDO DAH SAMPAI

Topi kepala Daim Naufal tak plan pun nak beli. Tiba-tiba, mummy tergerak nak bid. Dan tetiba menang. Haha. Anggap rezeki buat Daim Naufal.

Ipad stand tu untuk Dzal atau Dhia. Dorang kadang-kadang penat pegang tab / ipad. Lelagi kalau nak facetime daddy dorang. Jenuh cari tempat untuk sandarkan iPad .

Adanya stand ni..senanglah nak ber facetime


Rak kasut memang mummy mencari. Kalau boleh nak murah-murah je. Dan, kalau boleh muat banyak untuk letak kasut dan selipar. Bagus,gak. haha..macam-macam kehendak mumy ni, kan?

Rumah tokmak dah penuh dengan kasut dan selipar. Rak kasut yang sedia ada pn dah penuh.

Jadiklah, bid sampai jadi pada harga yang patut kat chilindo ni :)





Dua barang ni berharga RM0.50 dan RM1.4 kalau tak silap..kalau salah, jangan marah na..

Urat mummy banyak putus..baru je lepas beranak. Hehe..

Kad reader tu nanti nak transfer gambar dari handphone ke laptop atau ke external hard disk. 

Kad reader mummy yang lelain ntah mana. Oleh kerana, tetiba bid menang. Amek je lah. Bukan mahal nau pun. 


Tutup mata..jalan....


Penghantaran agak lambat gak dalam 4 hari juga Chilindo pos..

4 hari waktu bekerja ye..Sabtu Ahad tak masuk.


Dengar kata...sekarang ni penghantarannya 2-4 minggu pulak. Agaknya ramai yang bid kot. Banyak barang nak kena keluar


Lama benau tu..masak ranum lah kalau nak menunggu.


BERBALOI KE BID DI CHILINDO?

Bagi mummy..tengok barang apa dan harga berapa.


Mummy aim gak mainan suitcase. .tapi ramai bid. Yang menang pun harga lebih RM30. Mummy godek shopee. Baru RM20 lebih je mainan tu. Erm..beli terus kat shopee. Tak yah lah dok bid kat chilindo.


Kalau nak bid kat chilindo ni..pastikan kita tau harga barangan semasa barang tu . Jangan main bid dan bayar. Kang rugi pulak !


BERKUALITI KE BARANGAN CHILINDO?



Kualiti barangannya sama macam harganya. Nak high expectations. ..kena pi beli harga mahal.sket kat luar la kan.

Bagi mummy, oklah barangannya.

Ada gak baca review...orang yang beli kamera dan video cam. Macam negatif review. 

Untuk 2 barangan ni..memang mummy tak bid. Tak memerlukan buat masa ni. Jadi, tak tahu nak komen u

POKKA BANANA MILK MENGECEWAKAN !

$
0
0
POKKA BANANA MILK MENGECEWAKAN ! Mummy jumpa Pokka Banana Milk ni kat kedai ECO atau di kenali sebagai kedai RM2.12. Dedulu, panggil kedai RM2. Tapi, bila GST di perkenalkan. Jadiklah kedai ECO ni kedai RM2.12. 

POKKA BANANA MILK MENGECEWAKAN !


Pokka banana milk ni bukan berharga RM2.12 sekotak. Tapi, 2 kotak Pokka banana milk berharga RM2.12. 

Kiranya sekotak jatuh pada harga RM1.06. 

Banana milk jenama Pokka ni memang sedap. Kena dengan tekak mummy. Dzal pun suka rembat stok mummy. 

Ha..kalau dah sedap. Kenapa pula Pokka Banana Milk mengecewakan? 

Okay, sebenarnya mummy akan kecewa..kalau stok Pokka Banana Milk mummy habis.

Sebab Pokka Banana Milk ini tak semua kedai ada jual.

Pokka Banana Milk Mengecewakan

Pokka Banana Milk...please jangan kecewakan mummy. Supply la kat semua pasaraya, mini market, hypermarkets ye !

Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.

$
0
0
Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer. Bertempat di RAMA V Jalan U-Thant Kuala Lumpur. Secara rasminya Murad Malaysia merasmikan Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer. Murad City Skin Duo ialah Produk Penjagaan Kulit Terbaru Untuk Memenuhi Keperluan Perubahan Alam Sekitar Kini .

Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.

Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer. 


Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.


Sebelum ini, Mummy dah cuba pakai produk Murad City age Defense SPF 50. Memang nampak kesan positif. Kulit mummy nampak bermaya dan tak kusam. 

Lepas ni, mummy nak cuba gunakan Murad City Skin Overnight Detox pula.

Murad City Skin Duo - Produk Penjagaan Kulit Terbaru Untuk Memenuhi Keperluan Perubahan Alam Sekitar Kini .


Kulit adalah organ terbesar badan kita dan ia juga adalah organ pertama yang menghubungkan kami kepada alam sekeliling. Ia menyederhanakan suhu, sinar matahari dan bahan kimia yang merbahaya. Kulit juga menhasilkan bahan antibakteria yang boleh menghalang jangkitan serta mengalakkan pemprosessan vitamin D ke Kalsium untuk menguatkan tulang. 

Penjagaan kulit yang rutin dapat dicerminkan melalui kecantikan luaran dan ia juga boleh menunjukkan status kesihatan anda melaluinya. Oleh itu, menjaga kulit anda dan membangunkan rutin penjagaan kulit yang sihat adalah penting, kerana ia boleh membantu organ ini melakukan tugasnya dengan lebih baik dan tahan lebih lama. 

Persekitaran global telah berubah dengan sangat drastik semenjak kebelakangan ini dan begitu juga dengan peranan wanita di dalam masyarakat. Kini, lebih ramai wanita mempunyai kerjaya mereka sendiri, menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah. Oleh itu, kulit mereka akan lebih mudah terjejas dengan radiasi, pencemaran and bakteria-bakteria lain. 

Memahami kehendak dan keperluan wanita hari ini, Murad telah melancarkan produk penjagaan kulitnya yang baru City Skin Duo untuk melindungi lima jenis penceroboh alam sekitar termasuk peranti digital, sinaran inframerah, sinar UV and UVB, dan juga pencemaran. Selain daripada perlindungan, Murad City Skin Duo juga menyahtoksikan kulit anda daripada kerosakkan kulit yang lama.
Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.
Pengarah Deacon Medical Sdn. Bhd, Encik Jason Choy harini mengumumkan pelancaran Murad City Skin Duo.

“Penjagaan kulit Murad telah menghubungkan pelanggan-pelanggan kami dengan Pendekatan Kesihatan Inklusif yang unik untuk membina kulit yang kelihatan lebih muda, lebih sihat dan pengguna yang lebih bahagia dengan melindungi dan memperkenalkan penjagaan kesihatan seluruh badan.” Kata Encik Jason. 

“Oleh sebab itu, kami amatlah yakin dengan Murad City Skin Duo akan menjadi kegemaran semua wanita dengan rumusan ia yang unik.” Encik Jason menambah 

Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.
Produk City Skin Duo terdiri daripada City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer. 

Banyak rakyat Malaysia menghabiskan sebahagain besar masa mereka melihat skrin electronik, Murad telah menyelamatkan mereka daripada kerosakkan kulit melalui beberapa bahan seperti lutein dan marrubium plant

PENGALAMAN MENGGUNAKAN MURAD SKIN CITY AGE DEFENSE SPF 50 PA+++ DI >> SINI<<

Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.


City Skin Age Defense SPF 50++++ adalah pelindung matahari ultra-ringan, 100% mineral yang menggunakan teknologi yang boleh melindungi alam sekitar. Murad telah mengabungkan halangan 

SPF50 fizikal dengan antioksidan lutein yang membentuk lapisan pelindung tembahan untuk mengatasi bukan sahaja kerosakkan IRA, tetapi juga pencemaran udara yang semakin serius. 

Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.


City Skin Overnight Detox Moisturizer adalah pelembap waktu malam yang menyahtoksikan kulit semalaman daripada pencemaran and toksin yang terkumpul di kulit sepanjang hari. Ia mengantioksidannya melalui sel stem marrubium plant yang boleh meneutralkan pencemaran dan menguatkan sel penghalang kulit semasa anda tidur dan vitamin C untuk mencerah dan menghidupkan nada kulit. 

Pelancaran Murad City Skin Duo - City Skin Age Defence SPF 50 dan City Skin Overnight Detox Moisturizer.


“Anti-pencemaran adalah perkara besar di dalam penjagaan kulit pada masa yang akan datang. Dengan menggunakan Murad City Ckin Duo, anda akan dilindungi daripada blue light, serta semua faktor alam sekitar lain yang akan merosakan kulit anda,” kata Encik David Whyte, Pendidik Pendidikan Global Asia Pasifik Murad. 


Mummy dapat banyak pelajaran dari Encik David tentang perlunya buah-buahan dalam dunia kecantikan dan sayuran juga jangan di lupakan.


“Falsafah utama disebalik semua produk Murad adalah sesuatu yang kita panggil prinsip Celular Water. Pandangan yand tersendiri ini dikenali sebagai Connected Beauty, adalah pendekatan yang menyeluruh untuk badan manusia untuk kesihatan dan kecantikan yang memberi inspirasi kepada orang untuk menyuburkan kulit mereka (Nourish Their Skin), membangkitkan badan mereka melalui aktiviti fizikal (Awaken Your Body), bersikap baik kepada pemikiran (Be Kind to Their Mind) dan makan (Eat) air mereka dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber air,” kata Encik David 


The City Skin Duo kini boleh didapati di kaunter Murad di seluruh negara atau www.murad.com.my


Nikmati 10% diskaun untuk sebarang pembelian City Skin Duo product melalui laman web www.murad.com.my. Sah sehingga 31 Ocktober 2017.

MANDIKAN ANAK BARU LAHIR DENGAN AIR REBUSAN KAYU SEPANG

$
0
0
MANDIKAN ANAK BARU LAHIR DENGAN AIR REBUSAN KAYU SEPANG . Sape yang sebijik macam mummy? Mummy mandikan anak-anak dari anak pertama (Dhia Batrisya) hinggalah anak ketiga (Daim Naufal) dengan air rebusan kayu sepang. Eh..tok mak yang mandikan sebenarnya. Mummy biasanya akan mandikan baby selepas abes pantang. Masa baru lahir dan dalam pantang memang tak mandikan dengan sabun. 2 minggu pertama tu..tok mak bebudak ni akan rebuskan air kayu sepang. Jadi...mereka hanya mandi dengan air rebusan kayu sepang je.


Gambar dari google. Kayu sepamg tok mak dah simpan mana ntah :)

Ada yang panggilnya dengan nama Secang atau beberapa daerah menyebutnya Sepang merupakan tanaman yang  banyak manfaat pada kulit kayunya untuk perdagangan rempah-rempah. Tanaman yang bernama latin (Caesalpinia sappan L) ada banyak khasiatnya.

Brazilin dari kayu secang teruji secara ilmiah bersifat antioksidan, antibakteria, anti-inflamasi, anti-photoaging, hypoglycemic (menurunkan kadar lemak), vasorelaxant (relax kan pembuluh darah), hepatoprotective (melindungi hati) dan anti-acne (anti jerawat).

MANDIKAN ANAK BARU LAHIR DENGAN AIR REBUSAN KAYU SEPANG


Daim Naufal - Day 1




Kenapa mandikan anak baru lahir dengan air rebusan kayu sepang? Orang tetua ni..ada masa dorang akan cerita A-Z. Ada masa, dorang macam tak nak cerita sepenuhnya. Bila mummy tanya Tok Mak, kenapa mandi dengan air kayu sepang? Tok mak hanya jawab. Bagus untuk kulit.


Awal-awal tu, dalam masa 2 minggu mandi dengan kayu sepang. Mummy tengok, macam biasa je bebudak ni. Kulit tak de lah lawa sangat. Still ada bebintik..macam ruam susu.

Cara mandikan baby dengan kayu sepang :
1. Rebuskan beberapa keping halus kayu sepang.

2. Campurkan dalam air biasa

3. Mandikan terus baby dalam tub nya dengan air tersebut.

4. Tak perlu bilas dengan air lain. 


KAYU SEPANG CANTIKKAN KULIT ANAK


Lama kelamaan, mummy nampak hasilnya. Rupanya, kayu sepang ni memang bagus. Kalau bayi ruam susu. Sekejap je hilang. Kadang-kadang ada bebintik merah kat kulit muka..tup...tup. Lepas tu, dah tak ada.


Adik ipar pun kata bagus mandi air kayu sepang. Sebab tok mak ada bagi dorang pakai  juga untuk mandikan baby.

KAT MANA NAK DAPATKAN KAYU SEPANG?

Jangan contact mummy untuk beli kayu sepang ye. Sebab mummy pun tak pasti kayu ni tok mak beli di mana. 

Cuma, tok mak kata ada jual kedai ubat cina atau kedai India yang jual rempah ratus.

Harga tak mahal.

Dengar kata...kalau kulit gatal-gatal. Buat mandi je..insyaallah gatal pun cepat hilang. Ada yang kata juga..ianya boleh buat minum.

Ha..buat minum tu mummy tak berani. Kena tanya kedai yang beli tu ye. 

Kayu sepang ni..lepas rebus warna nya akan jadi sedikit kemerahan. 

Jangan terkejut..kalau tengok warna merah tu tau.

Bagi yang nak cuba jika kulit anak tu gatal-gatal atau nak bagi kulit anak cantik. Cublah bagi mandi air sepang.

Cantik menawan sampai besar tu..mummy tak jamin. Sebab anak mummy ni paling beso umurnya 4 tahun. Alhamdulillah tengok kulit anak-anak ni nampak bersih.



JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

$
0
0
JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS . Tempoh berpantang 44 hari mummy bersama anak-anak 24 jam antara bonding yang paling best ! Bila lagi kan nak bercuti lama sebegini. Tetapi, tempoh berpantang ni...bukan boleh bersuka ria dan keluar rumah sesuka hati. Ada banyak pantang larangnya, sebab tu di panggil berpantang. Oleh kerana, ianya cuti yang tak boleh ke mana-mana. Makanya, kami sekeluarga dah plan lepas berpantang untuk bercuti tenangkan fikiran mummy sebelum bekerja dan juga spend masa bersama-sama anak di luar sana. Daddy buat keputusan ke Genting Highlands. Since, dekat 3 tahun tak ke Genting Highlands. Mummy pun setuju untuk berhuhu di Genting Highlands. Sambil tu, boleh lepak di Genting Highlands Premium Outlets (GPO). Kebetulan, mummy nak habiskan voucher Traveloka yang expired 31 Ogos ni. Terlanjur tu, terus perabihkan dan redeem voucher Traveloka untuk Hotel Seri Malaysia Genting Highlands

JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Awal pagi, mummy dah bersiap. Tk sabar nak ke GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS. Tengok tu eyebag sebeban. Tak cukup tidur. Tapi, bila bab jalan, tak cukup tidur pun tak pe. Haha. Biasalah ada anak kecil ini, mana boleh tidur nyenyak sangat. Tapi, ni lah saat yang akan kita rindukan bila anak-anak dah besar nanti. Bukan lama pun, kita nak kena berkorban untuk anak-anak ni. 


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Bagi mummy, apa yang penting ialah anak-anak happy. Tak pe lah kita susah sedikit pun. Jangan nak menyesal esok lusa. Tak guna nanti !

Bebudak ini, excited sangat. Katanya nak ke musim sejuk. Huhu. Terpengaruh dengan Upin Ipin lah tu ! Haish ! Yang sebenarnya, musim sejuk kita di Genting Highlands je. haha


YEAY, SAMPAI DAH GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


Tak jauh Genting Highlands dari Kajang, dalam sejam lebih je sampai. Perjalanan kami pepagi tu nak ke GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO). Senang sket meronda, mesti tak ramai orang pepagi tu kan. 

Lokasi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ni mudah je. Nampak bualatan Hotel Seri Malaysia. Amek pusingan pukul 3. Masa di kawasan ni, tak yah risau dah. Sebab ada sign board untuk ke GPO. 


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Sampai je GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO), bebudak ni terus main dulu. Mummy pun teruja tengok lawo nau lah playground kat GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ini.


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Anak-anak main, kami bergambar dulu lah. Jarang-jarang dapat bergambar dengan daddy sekarang. Terima kasih GoPro dan timer hahaha. Tanpa anda, tiadalah kami nak dapat bergambar sebegini.


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

"Mana musim sejuk? Tak sejuk pun..ni angin je" Dhia mengeluh. Rerupanya Dhia nak pergi tempat salji. Allah, tak sempat kot nak ke tempat salji. Mummy pun tak boleh sejuk sangat. Baru je abes pantang kan. Nanti lepas mummy lebih 100 hari baru kita plan ke tempat salji pulak ye.

JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

MURAH-MURAH BARANGAN KAT GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Daddy soh mummy masuk ke butik Coach tengok wallet. Wallet mummy dah nazak. Mummy pun yang lurus bendul ini beratur dan tengok ke dalam butik coach.

Murah memang murah. Wallet dari RM380. Ada diskaun dekat 70% juga. 

Tapi, gigih nak survey tempat lain juga. Sebab mummy tak minat wallet zip atas /  zip semua. 

Sales person kat Coach nasihatkan kami buat keputusan betul-betul. Sebab butik coach ni ramai orang. Kalau nak keluar balik. Nak masuk nanti, kena beratur panjang. Kami nekad juga keluar butik Coach tu.

Mummy pun tak selesa masa tu, baby Daim Naufal asyik dok berak dalam butik coach. Hehe. Selamba dok tukar pempes dalam tu. Dah tukar, berak lagi. Udahnya...marilah kita keluar dari butik coach ni hehe


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS

Ikutkan hati mummy, nak beli wallet murah je kat Charles and Keith.  Ada sales gak..paling murah RM54 tak silap harga wallet nya selepas diskaun.

Tapi, daddy tak suka mummy pakai Charles and Keith.  

Masuk pula kedai Kate Spade. Harga walletnya lepas diskaun dalam RM400 RM500 gak. Huhu. Baik beli coach.

Daddy offer mummy Micheal Kors (MK). Erm, okaylah MK pulak. Tengok design nya lawa. Tapi, design baru semua wallet berzip. Tak minat berzip luar. Minat wallet Michael Kors yang tak ada zip. Allah, regenya dah boleh handbag. Sayang ya amat nak beli.

Sedang pilih-pilih barang. Bebudak ni ajak makan.

So, keluar butik MK dengan tangan kosong lagi. Makan dulu lah, sambil bincang dengan daddy.

Daddy minat MK. So, lepas makan. Pi MK balik..


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS



JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


JALAN-JALAN HOLIDAY DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS


Mummy ngatkan daddy memain nak belikan MK walet untuk mummy. Sekali ..betul-betul daddy belikan. 

Dah siap daddy belikan. Daddy terus cakap. Ni hadiah birthday, ye. 

OMG hadiah birthday ke? 

Btw, thanks so much daddy. Selalu belikan hadiah birthday atas pilihan mummy sendiri. I love u !

Settled. 

Terus daddy beritahu dia nak beli sling beg dia. Tak tahu nak tengok kat coach atau MK. Harga sling bag lelaki kat MK ribu riban gak lepas diskaun. Coach pun lebih kurang sama. Dari RM2K , dapatlah RM1K macam tu.

Adoi..cemana nak bagitahu kat daddy ye. Mummy dah order sling bag daddy untuk birthday daddy bulan 10 nanti. Direct US. Murah sket berbanding beli kat butik.


Argh...kalau daddy beli gak. Bape banyak beg dia pulak ye. 

Dalam hati...tak pe la, biarlah koleksi dia banyak. Boleh tukar-tukar pakai sling bag.

Pi shopping mainan anak dulu. Pastu, lepak starbucks. Sambil tu, mummy pun bocorkan rahsia. "Nak tahu tak, orang dah order sling bag awak kat kawan orang jenama coach. Untuk birthday. "

Terus dia tanya..."dah bayar ke?". Mummy iakan,"dah bayar,cuma ada balance lagi RM280 tak abis".

"Ok , nanti orang transfer duit. Awak minta dia pos terus. Orang nak pakai sling bag cepat" ujar daddy.

Gulp! Daddy nak bayarkan ? Terkejut mummy sekejap. Erm..acaner hadiah hari jadi bulan 10 tapi nak sekarang? Confuse kejap. Pastu, daddt siap bayarkan balance lak tu.

Gamaknya, bulan 10 nanti tak ada surprise lah huhu.

Petang nak dekat balik, mummy baru teringat nak cari seluar kat PADINI. Nampak macam murah PADINI. Memasing yang shopping kat GPO yang lalu lalang bawa beg plastik PADINI.


So, masuk juga ke PADINI. Murah gila baju anak-anak. Rembat baju anak-anak dulu gamaknya hehehe. Baju apa? Nanti next entri lah mummy story ye.

Kesimpulan shopping di GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO). Berbaloi juga...walaupun barangan butik oversea macam MK , Coach tu tak semurah beli dengan kawan mummy. Tapi, masih murah dari beli kat KL.

GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) susahnya jika nak naik lif je. Lif dari LEVEL L (low) ada 1 lif sahaja yang direct ke LEVEL M (Medium). Lif lelain semua direct ke LEVEL H (High).

Kitorang yang dok naik turun..naik turun memang jenuh juga guna lif. Tapi, dah pakai stroller..nak tak nak. Berlif juga lah kan.

Parking GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) sekali masuk hanya RM5. Manakala pemegang kad GENTING boleh parking secara PERCUMA.

GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ni linked terus dengan new skyway. Boleh la naik atas tu terus kalau dah pi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO). Mummy tak naik skyway. Lepas shopping, nak balik rehat terus kat hotel. ZZZzzzz.

AYAM BRAND BAKED BEANS SUPERFOOD KAYA DENGAN PROTIEN DAN FIBER !

$
0
0
AYAM BRAND BAKED BEANS SUPERFOOD KAYA DENGAN PROTIEN DAN FIBER !Tambahkan Pengambilan Serat dan Protein Dengan Ayam Brand™ Kacang Panggang. Kaxcang Panggang atau baked beans memang kegemaran kami sekeluarga. Sedap dan ianya juga mudah di sediakan. Selalunya mummy suka buat sebagai sarapan pagi. Panaskan kacang panggang / baked beans dan makan bersama roti atai sosej ! Kenyang pun kenyang !

Kadang kala kalau mummy terlebih rajin, mummy buat steak atau western food sambil letakkan kacang panggang atau baked beans sebagai side dishes !.

Kacang panggang / baked beans kesukaan kami semestinya dari Ayam Brand !

Di sini, mummy sharekan beberapa info tentang AYAM BRAND BAKED BEANS SUPERFOOD KAYA DENGAN PROTIEN DAN FIBER ! 





AYAM BRAND BAKED BEANS SUPERFOOD KAYA DENGAN PROTIEN DAN FIBER !


Bagaimana keadaan kesihatan penghadaman dan usus anda? Tahukah anda serat memainkan peranan penting dalam memperkasakan kesihatan usus dan membantu penghadaman[1]? Adakah anda mendapat serat yang secukupnya dalam diet anda? 

Menurut Laporan Saranan Pengambilan Nutrisi Untuk Malaysia 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, orang dewasa di Malaysia sepatutnya mengambil 20-30g[2] serat sehari. wlaubagaimanapun, data tempatan menunjukkan, secara purata, diet harian penduduk bandar di Malaysia hanya mengandungi 13-16g serat[3]

Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi sumber serat utama diet harian, kekacang juga adalah sumber serat[4] yang baik. Antara yang boleh dijadikan pilihan ialah kacang panggang dalam tin yang boleh dimakan terus menjadikannya satu sumber serat yang mudah diambil dan lazat. 

Ayam Brand™ dikenali dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG, menyihatkan serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama 125 tahun. 

Ayam Brand™ Kacang Panggang boleh membantu anda mendapatkan bekalan serat yang diperlukan. Ia melengkapkan diet sihat anda memandangkan ia merupakan sumber serat yang baik4

Terdapat tiga varian produk ini yang mempunyai rasa dan keperluan diet yang berbeza iaitu Ayam Brand™ Kacang Panggang Asli, Ayam Brand™ Kacang Panggang Keju dan Ayam Brand ™ Kacang Panggang Ringan yang mengandungi 3.9g hingga 4.51g serat yang diperlukan dalam setiap 100g produk-produk berkenaan. 



Sebab Mengapa Anda Perlu Menambah Kacang Panggang Dalam Diet 


Kacang panggang dapat membantu anda mengatasi kelaparan dengan lebih lama kerana ia mengenyangkan selain mengawal kadar gula dalam badan[5] serta memberikam anda tenaga sepanjang hari sekaligus mengurang kebergantungan terhadap makanan manis. 


Kacang panggang mengandungi protein yang boleh menjadikan kuku dan rambut lebih sihat di samping membantu memperbaiki tisu-tisu rosak[6]. Lycopene yang terkandung dalam sos tomatonya merupakan antioksidan yang membantu mencegah barah prostat, paru-paru dan perut[7]. Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium, tembaga yang merupakan antioksidan berkesan dalam melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas. 


Diet yang telah dibuktikan secara klinikal menyumbang kepada kesihatan seperti Diet DASH (Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hypertensi) dan pendekatan diet Mediterranean dilihat turut menambah lebih banyak kekacang seperti kacang panggag dalam diet harian masing-masing. Anda juga boleh menerapkan diet yang lebih sihat dengan mengurangakan pengambilan daging dan menggantikannya dengan protein tumbuhan. 


Ayam Brand™ memilih untuk produknya kacang-kacang haricot utara terbaik yang lebig besar dari Amerika Syarikat bagi memastikan keseragaman dalam kualiti dan rasa. Kacang-kacang ini akan dimasak dengan sempurna bagi memelihara bentuknya dan lembut supaya boleh dimakan terus dari tin. 


Kacang Panggang Ayam Brand™ datang dalam dua saiz iaitu saiz keluarga 425g dan saiz 230g. Pilihlah daripada kacang panggang dalam sos tomato; sos tomato bersama keju parmesan untuk rasa yang lebih berkrim atau Ayam Brand ™ Kacang Panggang Ringan yang mempunyai rasa yang sama tetapi diadunkan dengan 54% pengurangan gula dan 28% pengurangan garam. 

Tips untuk menerapkan kacang panggang dalam kehidupan seharian; Elakkan makan daging sekurang-kurangnya sehari seminggu dan gantikannya dengan kacang panggang atau protein tumbuhan yang lain bagi meningkatkan pengambilan nutien dan dalam masa sama mengurangkan pengeluaran karbon. Jika anda tidak biasa berbuat demikian, tambahkan sedikit jus lemon kerana ia menambahkan rasa dan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dan zink dalam kacang panggang! 


Cadangan Hidangan 


Anda boleh makan Ayam Brand™ Kacang Panggang terus dari tinnya atau untuk rasa yang berlainan, cubalah Baked Beans & Scrambled Egg atau Baked Beans Toast yang berkeju agar pagi anda lebih ceria dan hebat. Tips ringkas: Cuba gantikan roti putih dengan roti berserat tinggi sebagai pilihan yang lebih menyihatkan. 

Untuk hidangan yang lebih enak, cubabalh gabungkan Sausage & Baked Beans. Baked Beans Tacos yang diilhamkan dari Mexico pula akan membuatkan deria rasa anda lebih terangsang. Untuk citarasa Itali, cubalah bereksperimen dengan Penne Baked Beans Bolognese. 


Ayam Brand™ Kacang Panggang boleh didapati di seluruh negara dan harga jualan yang dicadangkan RM2.12 bagi tin 230g dan RM3.29 bagi tin 425g. 



Untuk mendapatkan resipi-resipi ini dan yang lain-lain, lawati kami di pautan http://www.ayambrand.com.my/recipe atau ikuti kami di Facebook di pautan https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes dan teroki lebih banyak cara untuk menikmati kacang panggang! 




[1] http://www.webmd.com/diet/features/fiber-digestion 
[2]http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf 
[3]Ng, T. (1997). Dietary fat and fibre intakes of Malaysian adults: issues and implications when ‘western targets’ are set as dietary goals. Mal J Nutr, 3(2), pp.137--147. 
[4] https://draxe.com/high-fiber-foods/ 
5http://www.rd.com/health/conditions/health-benefits-of-bean 
[6]http://www.webmd.com/men/features/benefits-protein 
[7] http://www.pcrm.org/health/cancer-resources/diet-cancer/nutrition/how-lycopene-helps-protect-against-cancer


KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

$
0
0
KidZania SportZ 2017, Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29 . Baru-baru ini, mummy berkesempatan bersama-sama dalam pelancaran KidZania SportZ 2017 yang bertempat di KidZania Kuala Lumpur. Bersempena dengan Sukan SEA ke-29, KidZania Kuala Lumpur akan menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan selama sebulan bermula daripada 15 Ogos hingga 15 September 2017





KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29


Menerusi KidZania SportZ 2017 (KidZania SportZ program), pelbagai acara akan diadakan pada setiap hari untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri pengalaman sebagai atlet dan mendidik mereka tentang pentingnya nilai-nilai disiplin, kerjasama, dan cara gaya hidup aktif. 



Mummy tetiba pulak yang tak sabar nak bawa Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ke KidZania. Dulu dorang pergi masa kecil lagi. Tak banyak tempat yang boleh mereka terokai. Kali ini, banyak tempat dalam KidZania yang Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry boleh terokai.  Tambahan pula, ada KidZania SportZ 2017. Jom Bersukan Bersama KidZania Kuala Lumpur! 

DISKAUN 20% DI KIDZANIA KUALA LUMPUR



Bagi yang nak diskaun untuk masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Mummy cadangkan bawalah anak-anak kecil pada waktu ini. Sebab, sepanjang promosi ini KidZania menawarkan diskaun 20% (beli secara online) . 20% ini banyak juga tau ! Kalau umur macam Dhia Batrisya tu harga walk in ialah RM85. Kalau beli online dan diskaun 20%, harga tiket Dhia jatuh pada harga RM76.50. Jimat banyak,kan?

Alami semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik selama sebulan di KidZania SportZ 2017 


Bukan itu saja, sepanjang sebulan program ini berlangsung, kanak-kanak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di KidZania Kuala Lumpur dan secara atas talian. Antaranya, mereka boleh mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge dan berpeluang memenangi sesi penuh tajaan AirAsia di Akademi Badminton AirAsia. Pemenang bertuah akan berlatih bersama pemain badminton kebangsaan, Liew Daren. 

KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

Dirasmikan oleh En Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, KidZania SportZ diadakan dengan harapan agar lebih ramai kanak-kanak dan golongan remaja bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan menggalakkan aktiviti sihat pada waktu lapang. 


Aktiviti utama KidZania SportZ termasuklah Obstacles Challenge dan sesi CrossFit yang direka khas untuk menguji keseimbangan, kekuatan dan stamina kanak-kanak. Fitness Dance pula akan memperkenalkan rutin Zumba yang menyeronokkan kepada kanak-kanak untuk memperbaiki koordinasi dan meningkatkan keyakinan diri. Mereka pasti seronok apabila dapat melompat dan menari mengikut irama dan rentak yang rancak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menyertai aktivti-aktiviti yang dapat mengasah kemahiran mereka seperti memanah, golf mini, dan bola sepak. 

KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

“Kami berharap KidZania SportZ dapat mengajar kanak-kanak erti persaingan sihat dan semangat kesukanan. Sukan memerlukan disiplin, kesungguhan dan kerjasama yang tinggi. Sudah tentu, pengalaman pembelajaran dan tabiat yang sihat ini akan kekal sehingga mereka dewasa kelak, seiring dengan moto kami iaitu Learn Life Today,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. 

“Tambahan pula, dalam kehidupan masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan tersedia menjadikan kita sentiasa “melekat” dengan alat peranti dan menyebabkan kita menjadi malas untuk kekal sihat dan aktif, jadi aktiviti senaman perlulah diberi kelainan untuk menarik minat kanak-kanak, dan juga orang dewasa. Ini kerana, aktiviti sukan turut boleh merapatkan lagi hubungan seisi keluarga,” tambahnya lagi. 


Sejak 2012, Akademi Badminton AirAsia telah melatih lebih daripada 250 pemain, termasuklah Ari Latiff, pemenang pingat perak Sukan SEA untuk acara Perseorangan Badminton. “Kami teruja untuk mengambil bahagian dalam KidZania SportZ Challenge ini. Pemenang akan mendapat peluang sekali-dalam-seumur-hidup untuk berlatih di Akademi Badminton AirAsia, ia merupakan satu inisiatif berterusan buat kami untuk mempromosikan sukan ini yang sangat dicintai oleh seluruh rakyat Malaysia, dan juga bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan,” kata Spencer Lee, Ketua Bahagian Komersil AirAsia Berhad. 


KidZania SportZ turut menampilkan pakar-pakar industri dan peralatan sukan yang diperlukan untuk aktiviti yang diadakan. Golongan profesional akan turut turun padang dan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para kanak-kanak menerusi siri KidZania SportZ Talk yang akan diadakan pada hujung minggu. 

KidZania SportZ 2017 - Pengalaman Anak di KidZania Sebagai Atlet Sempena Sukan SEA ke 29

Antara penceramah yang akan mengambil bahagian adalah pengembara terkenal, Ravichandran Tharumalingam, atau lebih dikenali sebagai Ravi ‘Everest’; bekas pemain skuasy kebangsaan, Sharon Wee; pemegang pingat emas Sukan SEA acara renang, Jeffrey Ong; bekas atlet Kebangsaan dan juga bekas atlet Olimpik, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Mani Jegathesan, yang dahulunya digelar lelaki terpantas di Asia; perenang kebangsaan dan atlet Olimpik, Khoo Cai Lin; dan jurulatih serta Kapten Skuad Bola Sepak Cacat Penglihatan Malaysia, Sunny Salesh dan Mohd Amirul Arif. 


Bukan itu saja, KidZania Kuala Lumpur akan turut memberikan tiket masuk percuma dan cenderamata menarik kepada lima pemenang KidZania SportZ Facebook Contest. Pemenang boleh menggunakan tiket masuk tersebut sepanjang program berlangsung untuk menyertai aktiviti dan ceramah yang diadakan. Untuk menang, mereka hanya perlu menghantar video yang menunjukkan skil sukan terbaik mereka! 


KidZania SportZ disokong oleh AirAsia, Decathlon, CrossFit Pahlawan, Gleneagles Kuala Lumpur, Spartan Race, F&N Beverages, Telekom Malaysia dan Spritzer. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan KidZania SportZ dan pertandingan yang dianjurkan, layari www.kidzania.com.my/happenings/activities-and-events/kidzania-sportz-2017/.








TROPIKA SET PENJAGAAN BABY DAIM NAUFAL TANPA PETROKIMIA, TANPA PARABEN

$
0
0
TROPIKA SET PENJAGAAN BABY DAIM NAUFAL SECARA SEMULAJADI TANPA PETROKIMIA, STEROID, RAMUAN SINTETIK DAN PARABEN . Untungnya jadi baby, sekarang ini ada macam-macam barangan penjagaan untuk baby yang selamat dan semulajadi. Pilihan mummy untuk penjagaan kulit baby Daim Naufal adalah yang selamat tanpa paraben, steroid, petrokimia dan mummy pentingkan produk yang semulajadi. Jadi, kali ini jenama TROPIKA menjadi pilihan mummy untuk baby Daim Naufal. Alhamdulillah Daim Naufal sesuai dengan barangan jenama Tropika.


TROPIKA SET PENJAGAAN BABY DAIM NAUFAL SECARA SEMULAJADI TANPA PETROKIMIA, STEROID, RAMUAN SINTETIK DAN PARABEN


TROPIKA SET PENJAGAAN BABY DAIM NAUFAL TANPA PETROKIMIA, TANPA PARABEN


Tropika adalah set penjagaan yang berasakan minyak kelapa dara atau di kenali sebagai virgin coconut oil. Ianya dapat memelihara kesihatan kulit baby Daim Naufal.

Bahan-bahan utama dalam tropika ini telah di uji di makmal yang bertempat di Spain. Mereka sentiasa memastikan bahan - bahan yang digunakan adalah 100% natural atau semulajadi. Produk ini jiga diiktiraf oleh JAKIM dan HALAL .

Antara produk Tropika yang mummy gunakan  untuk baby Daim Naufal ialah Baby Herbal Cream, Baby Oil dan Bubble wash.


TROPIKA BABY HERBAL CREAM



TROPIKA SET PENJAGAAN BABY DAIM NAUFAL SECARA SEMULAJADI TANPA PETROKIMIA, STEROID, RAMUAN SINTETIK DAN PARABEN

Mummy suka dengan TROPIKA Baby Herbal Cream ni. Sebab dapat elakkan Daim Naufal dari kembung perut.

Bukan baby Daim je boleh pakai. Mummy pun boleh pakai sama. 

Minggu awal-awal czer tu tekak macam gatal. Takut sangat kena batuk dan selsema serta bersih. Dah la mummy jenis cepat bersin waktu pagi.

Bila pakai TROPIKA herbal cream ni. Syukur sangat. Tak ada gatal tekak, gatal hidung. Malah, bersin pada waktu pagi pun tak de. Mummy buat sapu di dada dan hidung.

Lega tau ! Kalau baru-baru czer dok batuk, selsema dan bersin. Uiiii...tak tahu nak cakap sakitnya tu.

Tropika Baby Herbal Cream ialah campuran Halia, Minyak Kelapa Dara Minyak Kayu Putih dan dari herba terpilih.

Tropika ini boleh merawat dan mencegah Daim Naufal daripada batuk dan selsema, kahak, nafas berbunyi atau lelah, hidung tersumbat dan mengatasi masalah kembung perut bayi. 

Paling best ! Krim tidak panas dan melekit ini sesuai digunakan bayi seawal 1 hari hingga dewasa.

CARA GUNA TROPIKA BABY HERBAL CREAM


Mummy suka pakaikan baby Daim Tropika Herbal Cream ni dengan sapu Baby Herbal Cream pada perut serta kedua telapak kaki, dada dan sendi-sendi baby Daim Naufal setiap kali selepas mandi, sebelum tidur atau bila perlu.


TROPIKA NATURAL BUBBLE WASH MANDIAN UNTUK BABY DAIM NAUFAL


TROPIKA SET PENJAGAAN BABY DAIM NAUFAL SECARA SEMULAJADI TANPA PETROKIMIA, STEROID, RAMUAN SINTETIK DAN PARABEN



Mandian baby Daim Naufal pula, mummy memilih Tropika Natural Bubble Wash. Seperti biasa, sebabnya ialah mandian ini tidak mengandungi SLS, Steroid, paraben dan bahan lain yang boleh merosakkan kulit Daim untuk jangka masa panjang.

APA ITU TROPIKA NATURAL BUBBLE WASH ?


Tropika Natural Bubble Wash ialah mandian dari jenama TROPIKA yang di hasilkan dari bahan semulajadi dan juga mengandungi minyak kelapa dara di rumus khas untuk baby seperti Daim Naufal yang berkulit lembut dan sensitif.

Bagi baby yang mengalami kuit sensitif atau ekzema mummy sarankan untuk gunakan mandian ini. Sebab ada banyak testimoni dari masalah ni yang berikan positive feedback.


KELEBIHAN TROPIKA NATURAL BUBBLE WASH


Membantu bayi mengatasi masalah kulit ekzema.
Mencegah kulit kepala berkuping.
Ruam lampin.
Ruam panas.
Menyihatkan rambut bayi.
Melebatkan rambut bayi.
Mengatasi masalah kulit sensitif.
Mencegah penyakit radang kulit.



KANDUNGAN TROPIKA NATURAL BUBBLE WASH

Tropika Natural Bubble Wash terdapat dalam 3 pilihan:

Sweet : Tropika Natural Bubble Wash mandian natural si manja dengan ekstrak mawar dan bunga melor.

Lavender : Tropika Natural Bubble Wash mandian natural si manja dengan ekstrak lavender.

Happy : Tropika Natural Bubble Wash mandian natural si manja dengan ekstrak Apricot dan Teh Hijau.

Mummy memilih Lavender untuk baby Daim Naufal

CARA PENGGUNAAN TROPIKA NATURAL BUBBLE WASH


Basahkan badan dan kepala baby. Sapukan sedikit Mandian Tropika Bubble Wash Lavender.  Bilas hingga bersih.

TROPIKA BABY HAIR & BABY OIL LAVENDER

TROPIKA SET PENJAGAAN BABY DAIM NAUFAL SECARA SEMULAJADI TANPA PETROKIMIA, STEROID, RAMUAN SINTETIK DAN PARABEN

Lepas sesiap mandi, mummy paling suka letakkan baby oil untuk Daim Naufal. Tropika Baby Hair and Baby Oil Lavender ni wangi sangat. 

Sapukan sambil urut manda badan baby Daim.

Lepas tu, boleh cium-cium Daim...hehe wangiiiii bau lavender tu. Sampaikan bukan baby daim  je tidur nyenyak. Mummy pun rasa tidur nyenyak je.

KELEBIHAN TROPIKA BABY HAIR & BABY OIL LAVENDER

Produk TROPIKA Baby Hair & Baby Oil ni mengandungi minyak kelapa dara dengan haruman lavender.
~Menyihat dan melebatkan rambut
~Merawat serta menyembuhkan eczema dan dermatitis
~Sesuai pada kulit bayi yg alami ruam lampin
~Merawat dan menyembuh jerawat, panau, luka akibat kemalangan atau pembedahan, kulit bersisik, melecur terkena minyak panas serta merawat kulit kaki yang pecah.
~Sesuai digunakan sebagai pelembap semulajadi.
~Merawat kulit kering.


CARA GUNA BABY HAIR & BABY OIL LAVENDER

Mummy sapukan pada rambut dan keseluruhan badan baby Daim selepas mandi. Termasuklah di celah lengan, kaki dan pelipat.

TROPIKA ni bukan jenama kegemaran mumy untuk baby Daim Naufal. 

Malah mummy pun ada set mummy sendiri dari rangakaian jenama TROPIKA ni. Ha..nanti mummy share barangan mummy pulak ye.

Mummy memang tak risau produk TROPIKA sebab rangkaian produk TROPIKA ini juga telah diluluskan oleh NPRA (NATIONAL PHARMACEUTICAL REGULATORY AGENCY) Malaysia .


Selanjutnya tentang TROPIKA, boleh lawati :



TROPIKA BEAUTY SDN BHD
53 & 54, JALAN INDAH 10R
TAMAN PERINDUSTRIAN SELAYANG INDAH
68100 BATU CAVES SELANGOR



FLASH VOUCHER KENNY ROGERS, DAPAT RM11 UNTUK SATU SET SPICY BBQ

$
0
0
FLASH VOUCHER KENNY ROGERS, DAPAT RM11 UNTUK SATU SET SPICY BBQ - Dasyat Kenny Rogers Roasters kali ni, berkali-kali keluar offer murah-murah. WOW RM11 untuk promosi terbarunya FLASH VOUCHER KENNY ROGERS, DAPAT RM11 UNTUK SATU SET SPICY BBQ


FLASH VOUCHER KENNY ROGERS, DAPAT RM11 UNTUK SATU SET SPICY BBQ




Dari 7 Ogos 2017 hingga 13 Ogos 2017. Siapa yang tunjukkan iklan gambar kat atas tu. Boleh dapat set spicy BBQ ni pada harga RM11.

Murah yamat ! Erm..sempatkah mummy nak pi, ni? Sebab mummy pun baru je dapat tahu. Huhu

Korang yang mana dah tahu ni. Boleh la terjah KRR ni ye.

Murah sangat ni, tau !

MURAH ! BAJU ANAK JENAMA MIKI HANYA RM9 DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS !

$
0
0
MURAH ! BAJU ANAK JENAMA MIKI HANYA RM9 DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS ! Sakan MummyLinda korang ni dok citer pasai GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) ja ! Okay, sebelum tu, sempena nak dekat hari jadi ni. Mummy perkenalkan diri sendiri sebagai MummyLinda since ramai confuse nak panggil nama mummy. Ada yang panggil Alin. OMG rasa macam lain machiam. Hehe Alin tu nama panggilan keluarga nama manja di kalangan keluarga. Kalau orang luar panggil, kadang-kadang rasa geli geleman je. Sorry guys :( . Memang dari kecil, orang luar panggil MummyLinda dengan nama Azlinda atau Linda. So..after this, mummy akan letak MummyLinda sebagai nama diri sendiri untuk dalam blog dan media social. Okaylah kan nama sendiri tu. Dari letak LindaLofa. Kang ada yang muntah darah pulak, kan? 

MURAH ! BAJU ANAK JENAMA MIKI HANYA RM9 DI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS ! 



Berbalik kisah shopping MummyLinda masa pi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) aritu. Memang banyak barangan murah. Bagi MummyLinda, murahlah untuk semua brand dalam GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) . Kalau nak kira RM yang keluar pula, memang terasa macam mahal untuk jenama antarabangsa. Logik kot, takkan coach, BB, MK, Kate Spade dan lain-lain tu sale sampai barangannya jatuh sehingga RM9 satu barangkan?


Kali ni, MummyLinda nak share beli barangan murah RM9 kat GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) . Iaitu baju anak-anak kat butik PADINI. Jenama MIKI biasanya memang tak dapat la sehelai harga bawah RM20. Kali ni, kat GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) mummy dapat harga RM9.

Memula, masa masuk butik PADINI GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) . Mummy nak beli seluar panjang. Almaklumlah, dah nak masuk kerja selepas dalam pantang. Nak lah berpakaian baru kekononnya. Hahaha padahal, seluar lama banyak tak muat lagi. Czer ni selalunya lepas 90 hari baru badan boleh tune balik. Hopefully lah...

So, masa MummyLinda duduk kat kerusi dalam butik PADINI sementara menunggu daddy. Mata melilau dok perati baju anak je. Aish..ada anak ni...lain macam. Asyik fikir anak je. Padahal MummyLinda ni seluar dah tak banyak boleh pakai. Huuhuu.

Tertulis di satu bahagian tu barangan RM9. Dah pulak tu, ramai gak pi borong. 

Lepas dapat barang mummy. 

MummyLinda terus pi terjah gak pilih baju anak.

GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLETS (GPO)


Ni bebaju anak yang sempat mummy grab untuk Dhia, Dzal dan Daim. Berbelas-belas helai gak lah dapat. 


GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLETS (GPO)


Baju tu harganya 2 helai RM49.
Sekarang, sehelai jadi RM9 je. Murah banyak !

GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLETS (GPO)


Seluar mummy..pinggang saiz 28 dah. Tapi, mummy tak nak pakai ketat sangat. Sebab tempat czer ari tu kan dah 2 kali berair dan menanah. Jadi, tak nak stresskan tempat czer tu dulu. MummyLinda amek loose sedikit. Cover pakai belt nanti.


Seluar mummy ni pun murah gak. Dari nak beli sehelai. Terus beli 2 helai. RM49 harga asal. Tapi, mummy dapat RM29 sehelai.


Memang giler kot kalau pi GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS (GPO) banyak barang yang murah. 

Kalau korang kaki shopping dan nak jimat banyak. Terjah lah sini ye.

NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS

$
0
0
NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI WATSONS. Bertempat di Watson Sunway Pyramid bebaru ini, mummyLinda berkesempatan untuk menghadiri majlis produk Naturals by Watsons. Produk Naturals by Watsons bukan produk baru berada dalam pasaran Watsons. Dah bertahun produk ini ada di pasaran Watsons. Produk ini telah diperkenalkan pada tahun 2011, rangkaian penjagaan rambut dan badan ini telah mendapat sambutan baik dan harganya sangat berpatutan .Kali ni, Watsons perkenalkan beberapa rangkaian barunya termasuklah Natural by Watsons PAW PAW . Natural by Watsons PAW PAW merupakan produk kegemaran MummyLinda dari Naturals by Watsons. PAW PAW Naturals by Watsons adalah dari bahan semulajadi betik dari Australia.



NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS

NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS

Best seller : Natural by Watsons OLIVE.  Produk baru : Natural by Watsons PAW PAW


NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU 



NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS


Naturals by Watsons - Paw-Paw adalah berasal dari Australia. Apa yang MummyLinda sukakannya kerana ianya extra repairing 

Rangkaian Naturals by Watsons Paw Paw di formulakan dari ekstrak paw paw dari kekeringan.

Watsons Sunway Pyramid - Produk Naturals By Watsons

Look Good, Feel Good adalah slogan dari Watsons Malaysia ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Kini di datangi dengan 7 produk semulajadi Naturals by Watsons.

Selain Naturals by Watsons Paw Paw. Rangkaian produk Naturals by Watsons terdiri daripada Olive, Argan Oil, Marula, Aloe Vera, Prestige Rose dan Blood Orange.



NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS

Naturals by Watsons Olive, adalah rangkaian Watsons' best seller. Ianya, di khaskan untuk menjaga hidrasi kulit dan berbau aromoterapi yang sangat menenangkan.


NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS

Rangkaian produk Marula pula di khaskan untuk perlindungan ekstra untuk kulit dan rambut. 


NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS


Naturals by Watsons Aloe Vera
dari bahan organik USA di khaskan untuk menenangkan kulit, melembabkan kulit dan rambut.


NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS


Naturals by Watsons Prestige Rose pula mengandungi organic rose water dari Bulgaria, Morocco dan Perancis dengan kombinasi natural rose oil dari Bulgaria yang menawarkan bauan aromaterapi untuk menenangkan tubuh dan minda.

NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS

Naturals by Watsons Argan, minyak argan 
yang tidak asing lagi di negara kita. Ianya mempunyai khasiat untuk memulihkan kulit dan rambut dengan kandungan minyak argan yang organik dari Morocco.


NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS


Naturals by Watsons Blood Orange di hasilkan dari oren organik 
dapat meningkatkan kecerahan kulit, melindungi kulit, mengurangkan pigmen dan membantu kulit wajah nampak lebih muda.

NATURALS BY WATSONS PAW PAW RANGKAIAN PRODUK TERBARU WATSONS




Bestkan, kesemua produk Naturals by Watsons? Organik, selamat dan sangat selamat dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Produk ini juga, tidak mengandungi Paraben, Mineral Oil, Silicones, Colourants, Sodium Lauryl Sulfate, Soap, Gluten, Isothiazolinone (MIT, CMIT, BIT) ... ni yang memebuatkan mummyLinda jatuh cinta terus dengan produk Naturals by Watsons 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watsons.com.my/naturalsbywatsons

RIBENA MENARIK BALIK SEMENTARA PRODUK RIBENA KORDIAL

$
0
0
MENARIK BALIK SEMENTARA PRODUK RIBENA KORDIAL.  Anak-anak mummyLinda memang penggemar ribena. Agak terkejut sedikit bila terbaca kenyataan ribena. Apabila Ribena membuat penarikan balik terhadap air kordial keluaran ribena mereka. 

Lepas baca kenyataan tu, cepat-cepat mummyLinda ke dapur untuk check tarikh expired ribena anak-anak. Alhamdulillah, batch ribena kt rumah ni tak tergolong seperti yang di nyatakan.

RIBENA MENARIK BALIK SEMENTARA PRODUK RIBENA KORDIAL



RIBENA MENARIK BALIK SEMENTARA PRODUK RIBENA KORDIAL

Batch yang terlibat ialah :

RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT  - EXPIRED DATE MAY HINGGA OGOS 2018

RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT & GLUKOSA  - EXPIRED DATE MAY HINGGA OGOS 2018


RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT  & STRAWBERI - EXPIRED DATE FEBRUARI HINGGA MAC 2018

RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT & BLUEBERRY - EXPIRED DATE FEBRUARI HINGGA MAC 2018

RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT & EPAL - EXPIRED DATE APRIL HINGGA MAY 2018

Pihak ribena mengatakan ada ralat dalam pemprosesan air kordialnya. Agak pelik juga ayatnya yang mengatakan ada ralat . Ada apa-apa yang termasuk dalam tu ke macamana ? Huhu

Seriau dengar, kan? 

Moga tak ada apa-apa yang merbahaya. Dan..semoga kita semua minum dan makanan yang selamat dan sentiasa sihat.

Aamiin.

ENCHANTEUR STUNNING WANGIANNYA MENYERLAHKAN PENAMPILAN DAN MENINGKATKAN PERSONALITI DIRI.

$
0
0
ENCHANTEUR STUNNING WANGIANNYA MENYERLAHKAN PENAMPILAN DAN MENINGKATKAN PERSONALITI DIRI. ENCHANTEUR ! mummyLinda menggelarkannya sebagai jenama paling lagend. Mummy kenal jenama ini dari zaman sekolah lagi ! Memang jenama ENCHANTEUR ni, tak lapuk dek zaman. ENCHANTEUR bukan jenama viral yang tetiba menjelma dan tetiba menghilang begitu sahaja. ENCHANTEUR antara jenama di pasaran di percayai oleh pengguna selama bertahun-tahun lamanya. Eh... ada yang tak pernah kenal jenama ENCHANTEUR ke, ni? Kalau ada yang tak kenal, ENCHANTEUR ni sebenarnya jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis. Baunya? Allahuakbar...memang peberet mummyLinda. Sedap sangat aihh ! Kalau pakai, rasa segar dan rasa lebih yakin.



ENCHANTEUR STUNNING MENYERLAHKAN PENAMPILAN DAN MENINGKATKAN PERSONALITI DIRI





ENCHANTEUR STUNNING RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ENCHANTEUR


Kali ini, ENCHANTEUR melancarkan rangkaian terbarunya ENCHANTEUR STUNNING yang terdiri dari barangan Eau de Toilette, wangian badan, losyen, deodorant, bedak talkum dan kotak baldu pink yang boleh di letakkan aksesori mummyLinda nanti.

ENCHANTEUR STUNNING MENYERLAHKAN PENAMPILAN DAN MENINGKATKAN PERSONALITI DIRI.
Dhia pun dah kenal dengan jenama ni. Siap ngendeng nak :)


ENCHANTEUR STUNNING ni baunya lain dari rangkaian ENCHANTEUR yang lain. ENCHANTEUR STUNNING ni lebih wangi dan agak ceria wangiannya. Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. 

MummyLinda suka pakai ENCHANTEUR STUNNING yang istimewa ini kerana dapat menyerlahkan penampilan dan personaliti mummyLinda

ENCHANTEUR STUNNING RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ENCHANTEUR


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempersona
" Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian " ... Author C.Joybell C


ENCHANTEUR STUNNING RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ENCHANTEUR
Losyen Badan ENCHANTEUR STUNNING

Losyen badan Enchanteur STUNNING boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.

ENCHANTEUR STUNNING RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ENCHANTEUR
Minyak wangi ENCHANTEUR STUNNING EDT

Enchantuer telah membaharui bentuk rangkain EDT. Botol EDT berkonsepkan tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala viriasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora didalamnya. 

Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan diatas meja rias.

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml



ENCHANTEUR STUNNING RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ENCHANTEUR


Bedak Enchanteur STUNNING berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. 


ENCHANTEUR STUNNING RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ENCHANTEUR

ENCHANTEUR STUNNING RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ENCHANTEUR

Deodoran Enchanteur STUNNING pula hadir dalam pelbagai bentuk samada stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Best, kan ENCHANTEUR STUNNING ni? Dahlah wangi, harga pula mampu milik ! Lengkaplah toiletries mummyLinda cenggini hehe

Jom dapatkan pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur.

Boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

BELVITA PISANG DAN OAT PERISA BARU YANG SEDAP !

$
0
0
Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat . Antara kegemaran Dhia dan Dzal makanan kudap-kudap waktu pagi ialah Biskut belVita Breakfast . Kadang-kadang mummy pun tak faham...adakala, setiap masa gak dorang minta. Suka sangat aih dorang ni dengan Biskut belVita Breakfast.

Kini...Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat . Seronoklah kalau bebudak ni tahu. Sebab dorang ni peminat pisang gak ! Hantu makan..semuanya suka hehe

Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat 


Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat Variasi baru untuk menyokong amalan gaya  hidup sihat di kalangan penduduk bandar

Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang&Oat (belVita Banana & Oats). Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat. 



Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata, “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia. 

Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.” 

Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi. 

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.” 

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral sertazat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekali gus  . Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun,pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang di perolehi.” 

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zaT besi dan zink yang seimbang. 


Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat. 

Tambah Sharon, “Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.” 

Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVitaBreakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada  pagi yang palingsibuk.” 

Harga belVita Pisang& Oat boleh di dapati dalam dua (2) pilihan pek: 

o 80g (RM2.90) 

o 160g (RM5.20) 


Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017. 

Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi. 

Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan,berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

$
0
0
ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH. Giveaway kali ni, giveaway kedua yang mummyLinda join untuk bulan ni. Ada banyak giveaway rakan blogger buat. MummyLinda tak dapat nak join semua . Depend pada syarat wajib yang diberikan. Untuk yang mewajibkan letak di blog list, mummy hold dulu. Sebab mummy puye blog susah sedikit nak update blog list. Tak tahu lah nape ntah. 

Bila nak update bloglists pun macam susah. Maka, pilihlah giveaway yang tak ada meWAJIBkan syarat untuk bloglists.  

Giveaway dari blogger AtieHilmi. This is her 1st giveaway. So, support lah kawan kan ! 

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH


ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH
Klik banner untuk join


Jom kawan-kawan sertai giveaway Atie Hilmi. Seperti yang mummy beritahu awal tadi. Giveaway ni mudah bangat. Klik-klik, siap. Tak caya jom baca syaratnya kat bawah ni :-

CARA-CARANYA :

1 : FOLLOW blog Atie Hilmi.
5 : TULIS entri berkaitan ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

MummyLinda aim Produk Olive Naturals by Watsons tu.


Eh, yang untuk lipas tu pun macam best gak.


Allah ! Nak semua lah kot !


Boleh kan, Atie? Kan? Hahaha

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER

$
0
0
ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. Antara siaran televisyen kegemaran Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ialah siaran astro channel 619 iaitu ZooMoo ! Paling best bulan Ogos ini, Leo the Wildlife Ranger dan rakannya Katie bersama-sama dengan anak anjing mereka akan di tayangkan di siran ZoMoo 619 astro.

Dengarnya, cerita ini best sebab ianya pengembaraan yang menarik di ZooMoo.

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. 

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.


ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Kraf untuk anak-anak buat sebelum menonton ZOOMOO ASTRO 619 CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. 

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.


ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Dedua anak mummyLinda memang excited habis kalau dapat kotak dari ZooMoo

Mereka tahu dah...mesti ada cerita baru kat ZooMoo nanti


ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Siap dah kraf mereka yang bertemakan ZOOMOO ASTRO 619 CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. 


SINOPSIS LEO THE WILDLIFE RANGER. 

Bagi yang nak tahu apakah sinopsis cerita Leo The Wildlife Ranger. 

Jom baca serba sedikit.....

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Leo the Wildlife Ranger adalah program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penghayatan kepelbagaian hidupan liar. Episod yang berkisar dengan tujuan utama untuk membantu haiwan yang memerlukan, dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Membawa Kanak-Kanak Lebih Dekat Dengan Hidupan Liar

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Siri ini dibuat untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kepelbagaian kepelbagaian hidupan liar, dari rumah koala di Australia ke pangkalan belut elektrik di Amerika Selatan. Episod ditetapkan dalam tema utama untuk membantu haiwan yang memerlukan, dan kepentingan menjaga alam sekitar.

“Di ZooMoo, kami mengawasi program pendidikan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak pra-sekolah. Ia adalah penting untuk setiap generasi mempunyai pemahaman tentang kehidupan haiwan liar dan mempunyai penghayatan terhadap habitat semulajadi di dunia. Dengan objektif ini sebahagian dari strategi kami, Leo Wildlife Ranger memenuhi criteria untuk saluran ini. Selain itu, siri pemenang anugerah ini adalah cetusan produser Chi-Sim Tang, telah mempamerkan bakat dari rantau ini.” Kata Catherine Nebauer, Pengurus Besar Rangkaian ZooMoo untuk Australasia.

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Pemenang ‘Program Prasekolah Terbaik‘ pada Anugerah TV Asia 2016, Leo Wildlife Ranger dihasilkan oleh Omens Studios, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Salah seorang ahli pasukannya ialah bakat dari Malaysia Kevin Chow yang merupakan produser siri ini.

“Di Omens Studios, kami sentiasa berusaha untuk memberi ilham dan inspirasi kepada setiap kanak-kanak yang kami temui dan Leo Wildlife Ranger dicipta untuk melakukan perkara tersebut. Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga ZooMoo dan berharap dapat mengembangkan lebih banyak Rangers Junior di Asia.” kata Chi-Sim Tang, Pengeluar Eksekutif Omens Studios.

Pasti Dhia dan Dzal tak sabar dan takkan melepaskan peluang untuk mengembara bersama Leo the Wildlife Ranger di ZooMoo, Astro ch 619, pada hari Sabtu 19 Ogos jam 12.05 tengahari!


Korang jangan lupa tonton sesama, ek !

BIRTHDAY TREATS DINNER KAT TONY ROMAS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS

$
0
0
BIRTHDAY TREATS DINNER KAT TONY ROMAS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS - 19 Ogos baru ni...birthday mummyLinda. Dah tua dah rasanya. Bak kata orang ,' biar umur nampak tua. Umur tu adalah nombor je, kan?' . Terima kasih kengkawan atas ucapan di media sosial dan juga PM. Tak lupa juga... Terima kasih my beloved hubby. You always made my day ! Hari tu, dok ajak pi Genting rupanya nak carikan hadiah. Hadiah special, sebab mummy kena pilih sendiri. Padahal, tak tau pun asben nak belikan sempena hari jadi. Mummy terasa masa tu, macam lambat lagi tarikh hari jadi mummy. Bila kata tu hadiah hari jadi. Dalam hati "Ya Allah...patutlah beria-ia nak suruh kita pilih jenama mahal." Mummy ni, bukan jenis mata duitan. Jenama bukanlah ukuran kasih sayang. Kasih sayang hanya dapat di rasa melalui hati ! MummyLinda bersyukur atas apa yang daddy dah berikan pada mummy dan anak-anak setiap hari

BIRTHDAY TREATS DINNER KAT TONY ROMAS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS


BIRTHDAY TREATS DINNER KAT KENNY ROGERS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS

Long wallet yang agak besar sedikit. Ala-ala wrislet. Compartment berzip dan berantai yang boleh bawa keluar masuk. Wallet ni lain dari yang lain. Unik ! Daddy pun minat dengan wallet ni. Purple pilihan kali ni.

BIRTHDAY TREATS DINNER KAT KENNY ROGERS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS



Tapi, orang tu dah beria bawa kita jenjalan jauh-jauh cari hadiah. Maka, orang nak bagi...kita ambil je lah kan? Hehehe


Hadiah dah dapat awal, celebrated hari jadi pulak kat Melaka. Kebetulan ternampak Tony Romas kat Parkson Dataran Pahlawan Melaka.


Tengah jalan-jalan. Lepas tu, daddy ajak dinner Tony Romas. Dalam perjalanan, dia beritahu yang dinner ni untuk celebrate birthday mummy.

BIRTHDAY TREATS DINNER KAT KENNY ROGERS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS

BIRTHDAY TREATS DINNER KAT KENNY ROGERS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS

BIRTHDAY TREATS DINNER KAT KENNY ROGERS DAN LONG WALLET MICHAEL KORS

TONY ROMAS - 10 oz Rib Eye, Kids Chicken Tenders, Kids Cheese Burger & Fish n Fries


Auwww...thanks daddy ! Walau kita tak ada gambar romantik masa dinner tu. Awak tetap romantik di hati saya tau ! 


Cia...cia..cia...

Believe it Or Not | Senyum di Pagi Isnin

$
0
0
assalamualaikum. Salam Isnin semua ! Jangan kelat sangat atau Monday blues ! Jom baca entri pagi ni. Mungkin boleh buat kita tersenyum.


Just suka suka pagi Isnin. SENYUM ITU SEDEKAH KAN ;)

BELIEVE IT OR NOT !

*1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.*


*2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*


*3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*


*4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*


*5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.*


*6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.*


*7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.*


*8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.*


*9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.*


*10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.*


*11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.*


*12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.*


*13-Kuda laut tidak boleh berlumba.* 


*Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...*


*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*


*2. Kamu sememangnya manusia..*


*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*


*4. Kamu baru saja mencubanya..*


*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*


*7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..*


*8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..*


*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*


*^Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*


*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*


*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*


*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin" yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*


*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA*


*```MEMBUAT ORG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN BERSEDEKAH...```*


TEMPAT MENARIK DI MELAKA | ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA

$
0
0
TEMPAT MENARIK DI MELAKA | ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA . Bila holiday di tengah bandaraya Melaka. Kami anak beranak ni, banyak menghabiskan masa di tempat berdekatan dengan penginapan kami sahaja. Cuti-cuti santai dan fokus untu berehat bersama keluarga katanya. Jadi, pada masa terluang tu..kami memilih ke Illusion 3D Art Museum Melaka yang terletak di Dataran Pahlawan Mall. 

Illusion 3D Art Museum Dataran Pahalawan Melaka ini terletak di tingkat 2, shopping mall Dataran Pahlawan Melaka. 

Sebenarnya, dari hotel kami tu tak jauh mana pun ! Dalam 10 minit jalan kaki je. Tapi, kami tak jalan kaki...tetap naik kereta parking di bangunan bertingkat Dataran Pahlawan Mall. Almaklumlah kan, ada anak kecil ni semua nak kasi angkut. Naik kereta sampai parking , mudah nak berangkut sket ! Hehe

TEMPAT MENARIK DI MELAKA | ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA 


TEMPAT MENARIK DI MELAKA | ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA

Puas posing dalam ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA . Kalau korang kaki posing. Memang best ! Kitorang ni anak 3 jenuh juga nak posing, anak pun nak posing, kang anak ni pulak moody. Fuh ! berpeluh tiak !



TEMPAT MENARIK DI MELAKA | ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA





Thanks Dhia tolong snapkan gambar. Hehe dah besar anak kami ni. Dah pandai snap gambar dah




















Amacam, cantik-cantik kan lukisan di ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA. Bukan lukisan yang cantik-cantik je ada di sini.

Malah di ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA ni ada  studio animasi. Tempat untuk ambil gambar atau video secara animasi.

STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA


STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA

STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA

STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA

STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA


STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA


STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA

Antara gambar-gambar dalam studio animasi. Masuk dalam ni PERCUMA je. Tak perlu bayar. Jika berminat dengan gambar dan video. Barulah bayar dengan harga RM55 (CD) atau RM65 (thumbdrive). Daddy pilih thumbdrive.




Ni antara koleksi video dalam studio Illusion 3D Art Museum Melaka. Best,kan !


HARGA TIKET ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA


STUDIO ANIMASI UNTUK AMBIL VIDEO DAN GAMBAR DI ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA

Selesai pengembaraan kami sekeluarga jalan-jalan dalam ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA.

Harga untuk memasuki ILLUSION 3D ART MUSEUM DATARAN PAHLAWAN MELAKA ialah :- 

Pelajar / warga emas / kanak -kanak : RM18
Dewasa : RM36
Kanak - kanak bawah  3 tahun : PERCUMA

Selanjutnya, boleh lawati : 



illusion 3D Art Museum Melaka F2-29, Second Floor, Dataran Pahlawan, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000, Melaka

9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE

$
0
0
9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE . Mummy sempat menghadiri majlis pelancaran Jualan Mega 2017 shopping online besar-besaran dari portal e-dagang Shopee. Shopee sebenarnya memang antara portal kegemaran mummy. Selalu juga mummy shopping di Shopee. Beli baju anak-anak dan barangan diri sendiri. Barangan yang di order dari oversea pun, ada mummy pernah beli. Alhamdulillah, barangan tersebut sampai dengan selamatnya. Kos penghantaran pun murah !

Aplikasi Shopee pula, memang dah lama mummy muat turun. Senang cuci mata, bila nak cari sesuatu barangan. 

Korang dah muat turun aplikasi Shopee? Kalau belum. Cepat-cepat muat turun. Sebab dari mulai hari ini ada pelbagai promosi dari SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE


9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE




9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE


Shopee telah mengumumkan kempen jualan murah usahasama dengan beberapa jenama kegemaran ramai sepanjang sambutan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9. 

Pembeli di Malaysia boleh menikmati ribuan tawaran harga sehingga 90% lebih rendah daripada pelbagai jenama termasuk Nestle, Watsons, Super, Unilever, ESH2U dan Senheng, termasuk manfaat lain daripada rakan rasmi seperti PETRONAS, KFC, Digi, 20th Century Fox, B Infinite dan banyak lagi. 

TAWARAN HEBAT SHOPEE SEMPENA 9.9 HARI JUALAN SECARA ONLINE


Selain 9.9 HARI ONLINE SHOPPING. SHOPEE menawarkan tawaran hebat lain seperti : -

9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE

MERDEKA SALE - 9.9 Shopee dimulakan dengan Jualan Murah Merdeka Shopee yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos, dengan potongan harga sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sebahagian sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. 


SPIN ON THE WHEEL - 1 hingga 9 September 2017. Pembelia dalam talian Shopee juga berpeluang dapatkan hadiah tambahan dari spin on the wheel.

TIKET WAYANG TAYANGAN PERDANA PERCUMA - Muali 1 hingga 4 September, pembeli dalam talian Shopee boleh menangi tiket wayang perdana Kingsman: The Golden Circle’. 

9.9 KEY CAMPAIGNS pada 9 hingga 11 September 2017 . Yang menarik pada kempen  9.9 (Pilihan Terbaik 9.9) Shopee akan menawarkan potongan harga sehingga 90% keatas produk terpilih. 

9 SEPTEMBER 2017Terhad pada 9 September sahaja, Upsized Shocking Sale (Shocking Sale Berganda) akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Telefon Bimbit & Gajet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah & Perabot dan Produk Berasaskan Kesihatan & Kecantikan pada harga  yang sangat rendah. ermula dari 9 September 12 tengah malam hingga 11 September 11.59 malam. 

TOP SELLING LOWEST PRICE GUARANTEED - 22 hingga 25 Ogos 2017. Bab ni, paling mummy suka. Mummy suka dengan Jaminan Harga Terendah Shopee !


Shopee beri jaminan pada mana-mana pembeli yang terjumpa sesuatu produk pada harga lebih rendah di platform lain. Shopee akan berikan ganti rugi berjumlah 120% pada perbezaan harga tersebut. 





9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE


“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee dianjurkan lagi buat tahun kedua. Kali ini, kami berusaha keras untuk memastikan jualan murah kali lebih hebat daripada sebelum ini.Kami telah membariskan ribuan usahawan Shopee yang menawarkan ribuan produk pada harga amat rendah dengan penghantaran percuma keseluruh Malaysia.Semua produk tersebut tertakluk pada Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 


“Pada masa yang sama, kami juga akan memberikan hadiah keseluruhan berjumlah RM59,999 sepanjang dua minggu ini sebagai bonus tambahan kepada pembeli dalam talian. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini di aplikasi dan platform media sosial Shopee,” kata Ho lagi. 

Kemuncak Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 


9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE

Unilever pula akan menganjurkan Jualan Khas Unilever dengan potongan harga sehingga 30% dengan baucar 20% di seluruh platform. Watsons juga memberikan potongan harga 20% di seluruh platform. Jenama elektronik Senheng pula akan menawarkan sehingga 50% potongan harga ke atas 99 barangan, manakala ESH2U menawarkan potongan harga sehingga 99% dengan baucar bernilai sehingga RM100. Pembeli dalam talian juga akan ternanti-nanti dengan tawaran mengujakan daripada Nestle, ASUS, Super Coffee and banyak lagi sepanjang kempen Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9. 

HADIAH HEBAT UNTUK PELANGGAN SHOPEE


Untung pelanggan SHoppe pada kali ini, bukan sahaja tawaran hebat dan harga murah. Malah ada lagi hadiah PERCUMA dari Shopee untuk pelanggannya seperti :- 

Menerusi usahasama dengan KFC, setiap pelanggan yang membuat pembelian dari 22 Ogos hingga 9 September akan menerima ketulan ayam KFC (KFC Nuggets) percuma dengan setiap penghantaran KFC.   

Pada 9 September, KFC akan meraikan hari ulangtahun Colonel Sanders dengan memberikan kombo 2 ketul ayam kepada setiap pengguna berdaftar ke-9 pada tarikh tersebut. 

Pada hari yang sama, PETRONAS akan melancarkan Kad Hadiah Edisi Terhad PETRONAS x Shopee bernilai RM50 pada harga RM45 (terhad untuk 3,000 unit dijual secara dalam talian). 

Manakala 9,000 unit kad hadiah akan dijual di stesen PETRONAS seluruh negara pada harga RM50 dan disertakan dengan baucar Shopee bernilai RM5. 

9.9 HARI ONLINE SHOPPING SHOPEE MENAWARKAN JUALAN HARGA PALING MURAH DI PASARAN ONLINE


Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee juga disokong oleh CIMB, Public Bank dan RHB Bank dengan potongan harga tambahan sehingga 10% bagi semua pemegang kad kredit. 


Untuk maklumat lanjut berkaitan manfaat dan penjimatan khas buat pembeli dalam talian di Malaysia bagi kempen 9.9 ini, layari laman sesawang www.shopee.com.my/99. Atau, muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini. 



#ShopeeMY99
Viewing all 2984 articles
Browse latest View live